CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

misteri api marak muncul lagi

[Copy link]
Post time 29-1-2008 06:40 PM | Show all posts
aku baca dari forum lain... kes semacam ini dijohor dulu disebabkan oleh jin...tapi jin ni jin yang bukan berasal dari malaysia....dinyatakan juga bahawa dia hairan sebab kenapa jin malaysia tidak menghalang jin ini ketika dia buat huru hara ...mungkin lagi power kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by atreyu05 at 28-1-2008 08:36 PM
yeker? ada lak cenggitu?



ah ah.. kat area johor jugak.. pastu suka nyakat orang baru.. cam time kakak dia baru kawen.. brg adek ipar dia asek kene alih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 11:33 PM | Show all posts
dulu ade bace kisah api terkeluar tiba2 ni...ade yg ckp api ni start dr bawah tanah, pastu naik ke lantai pastu ke dinding pastu ilang....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:39 AM | Show all posts

Reply #21 ninja9's post

jin singapore kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 12:41 PM | Show all posts
Ada penerangan secara saintifik tak mengenai perkara ni?? Adakah puncanya dari bebola kilat??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 1-2-2008 12:41 PM
Ada penerangan secara saintifik tak mengenai perkara ni?? Adakah puncanya dari bebola kilat??


anak anak jin main masak masak kot....gurau je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2008 09:58 AM | Show all posts
Ada penjelasan saintifik pasal nih ???
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by perrrghhhh at 2-2-2008 09:58 AM
Ada penjelasan saintifik pasal nih ???


http://www.tagate.com/thunder/page/ball_lightning.shtml
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 11:29 PM | Show all posts
standardlah perangai "derang" mcm tu

sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 05:27 AM | Show all posts
Api belum lagi padam

Oleh SAMSUL BAHARI
MOHAMED




MUHAMAD menunjukkan pakaian dankarpet rumahnya
yang hangus, didakwa akibat api misteri di Kampung Air
Chanal, Tanah Merah semalam.






TANAH MERAH - Selepas kira-kira tiga minggu menyepi, api misteri muncul semula di Kampung Air Chanal di sini.

Mangsanyamasih lagi keluarga Mek Kelthom Samad, 48, apabila kejadian bermulaAhad lalu dan berlarutan hingga pagi semalam apabila api secaratiba-tiba membakar pakaian dan karpet dalam rumahnya.

Wartawan yang bergegas ke rumah mangsa sempat melihatabu api dan kesan asap yang menyelubungi ruang tamu rumahnya selepasapi dipadamkan oleh beberapa orang jiran.

Menurut Mek Kelsom, apa yang menghairankan ialah kedua-dua kejadian(termasuk serangan api misteri bulan lalu) berlaku semasa beliau dansuaminya, Muhamad Awang, 54, tiada di rumah, tetapi disaksikan bapanya,Samat Matmin, 90.


KERATAN KOSMO! 28 Januari 2008.

Katanya, kejadian kira-kira 10 pagi Ahad lalu menyaksikan apimenyambar pakaian yang disangkut di ampaian dalam rumah dan kemudiantiba-tiba marak di bilik tidur tingkat bawah.

Ia diikuti hari berikutnya apabila api membakar pakaian yang digantung di tempat sama, juga pada pukul 10 pagi.

Semalam keluarga itu sekali lagi dikejutkan dengan api yang membakar semua pakaian dalam bilik tidur di tingkat atas rumah.
"Kami benar-benar bingung. Saya merayu bantuan sesiapa yang dapat membantu kami," ujarnya.

Bagi Muhamad, kejadian itu menyebabkan keluarga itu tidak lena tidurdan lebih berbahaya, jika ia berulang sewaktu mereka suami isteri tiadadi rumah dan yang tinggal ialah anak-anak serta bapa yang sudah uzur.

Pada akhir bulan lalu, keluarga itu dikejutkan dengan tujuh kejadian api menyambar barangan di rumah dalam masa seminggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2008 06:17 AM | Show all posts
'Anak kerak' dipercayai punca api misteri

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED




Seorang penduduk, Samat Matminmenunjukkan pakaian
yang terbakar di rumahnya akibat serangan apimisteri
di Kampung Air Chanal, Tanah Merah semalam





TANAH MERAH - Walaupun api misteri tidak muncul lagi namun pendudukKampung Air Chanal di sini percaya ia ada kaitan dengan niat jahatpihak tertentu.

"Saya percaya api misteri ini ada kaitan dengan 'anak kerak'," demikian tegas penghulu mukim itu, Wan Zain Wan Deraman.

Malah menurutnya, sejak kebelakangan ini kerap berlaku kes kecuriandi kampung tersebut beberapa bulan lalu dipercayai bertujuan mengujiilmu kebatinan oleh pihak tertentu.

"Kami percaya perkara ini kerana ada di kalangan penduduk sekitaryang masih mengamalkan 'anak kerak' atau ilmu kebatinan menggunakan'pesuruh' melibatkan makhluk halus.

"Sehingga kini kami mengadakan solat hajat dan bacaan surah yasinmohon pertolongan Allah, manakala nasihat saya kepada golongan ini agartinggalkan amalan khurafat itu dan kembali ke pangkal jalan," ujarnya.

Menurut Wan Zaini, wang di dalam peti simpanan masjid juga hilangbulan lalu tanpa pintu peti dibuka lantas menimbulkan kehairanan orangramai.

Sementara itu, tinjauan  kami semalam ke rumah mangsa apimisteri, Mek Kelthom Samad mendapati tiada lagi kejadian terbarusetelah kali terakhir api tersebut menyerang petang kelmarin.

Bagaimana pun, seisi keluarga itu masih berjaga-jaga termasukmenempatkan baldi berisi air di penjuru rumah dan bilik tidur keranabimbangkan jika kejadian serupa berulang dalam lagi.

Menurut bapanya, Samat Matmin, 90, ada antara anggota keluarganyatrauma dengan kejadian itu lantas berpindah sementara ke rumah saudaraterdekat buat sementara sehingga keadaan pulih.

"Walau pun kejadian ini pelik, tetapi saya anggap ia dugaan Allahdan sepertimana kata Wan Zain (penghulu), saya harap siapa yang adaanak kerak itu hentikanlah," ujarnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:02 PM | Show all posts
'anak kerak' tu ape?cam anak 'kerek' jekk
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 11:03 AM | Show all posts
misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 11:49 AM | Show all posts
standardlah perangai "derang" mcm tu

sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia
the_slayers Post at 3-2-2008 23:29



statement yang amat salah..pasal jin pon ada yang masuk syurga...sama macam manusia..bagaimana jin boleh masuk syurga kalau sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia...sbb ada juga yang manusia kekal di dalam neraka..amik contoh firaun...so bagaimana jin boleh masuk syurga kalau dia lebih jahat dari firaun..

ni statement orang melayu..islam takde pon kata camtu...psl nabi pon pernah berdakwah kepada jin..jin ni sama juga mcm manusia..ada islam, kristian, yahudi, hindu dll..nak tau lebih lanjut, beli la cd/vcd ceramah ustaz ismail kamus pasal jin..ataupon bole cari dalam internet ceramah ustaz ismail kamus..bila sebut ada jin islam, maknanya dorang juga berpuasa, sembanhyang dll sama mcm manusia.. dlam syurga nanti, manusia boleh tengok jin, jin pulak tak dapat tengok manusia..

perlu tau beza antara jin dan syaitan...jin ni ada islam ada kapir...tapi syaitan memang terang2 kapir..tak mahu dia  kepada islam..

berbalik kepada mslh tt, boleh rujuk pada mana2 pengamal perubatan islam..ataupon beli cd ayat2 ruqyah pasang dlm rumah..ikhtiar.


*sekadar berkongsi pandangan*
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 01:16 PM | Show all posts
anak kerak tu toyol kut
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 01:32 PM | Show all posts
statement yang amat salah..pasal jin pon ada yang masuk syurga...sama macam manusia..bagaimana ...
jinboroi Post at 16-7-2010 11:49



    owh ye ke.
    thanks for the info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 02:52 PM | Show all posts
statement yang amat salah..pasal jin pon ada yang masuk syurga...sama macam manusia..bagaimana jin boleh masuk syurga kalau sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia...sbb ada juga yang manusia kekal di dalam neraka..amik contoh firaun...so bagaimana jin boleh masuk syurga kalau dia lebih jahat dari firaun..

ni statement orang melayu..islam takde pon kata camtu...psl nabi pon pernah berdakwah kepada jin..jin ni sama juga mcm manusia..ada islam, kristian, yahudi, hindu dll..nak tau lebih lanjut, beli la cd/vcd ceramah ustaz ismail kamus pasal jin..ataupon bole cari dalam internet ceramah ustaz ismail kamus..bila sebut ada jin islam, maknanya dorang juga berpuasa, sembanhyang dll sama mcm manusia.. dlam syurga nanti, manusia boleh tengok jin, jin pulak tak dapat tengok manusia..

perlu tau beza antara jin dan syaitan...jin ni ada islam ada kapir...tapi syaitan memang terang2 kapir..tak mahu dia  kepada islam..

berbalik kepada mslh tt, boleh rujuk pada mana2 pengamal perubatan islam..ataupon beli cd ayat2 ruqyah pasang dlm rumah..ikhtiar.


*sekadar berkongsi pandangan*
jinboroi Post at 16-7-2010 11:49


yups.. sangatlah benar nya..... cuma ada juga yang ISLAM pada nama tapi perangai mcm JIN.... ehh, mmg depa tuhh JIN ekk.... heheh....

kira dari segi kehidupan mereka jauh berbeza dgn manusia tapi masih lagi ada beberapa persamaan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 01:47 AM | Show all posts
mungkin ada pencawang rf, high voltage equipment berdekatan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 02:10 AM | Show all posts
ape citer terbaru pasal kes ni? dah lama thread ni...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050396 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list