|
aik biasa ar manak, lebih takutkan benda yg nampak dari tak nampak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dianthe at 3-2-2008 12:28 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
ekekeke lu manak, perwatakan perempuan tu awal2 lagi dah leh ramal.
Kalau blom kawen dah pandai ngata, pandai ngeluarkan kata2 keji, dah kawen nanti sama gak, esp kalau umo makin meningkat, maca ...
Seems like you are describing yourself, dear![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak tough
dua-duanya senang saja.
dalam hadis ada disebut, jalan ke neraka dipenuhi dipenuhi keseronokan, jalan kesyurga dipenuhi onak dan duri.
jd utk menjd dayus atau mendayuskan..kedua2nya senang.
tp nak mengelak dari menjadi dayus adalah susah.
saya rasa maideen senior mungkin lebih mahir menjawab soalan saudara manakautau ni.
bagi manakautau sendiri macamana? susah ke senang?
sudah page 23 ni, saya pun tak larat nak baca semua page. scan yg last-last saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 dram74's post
pendapat akulah....kalau dia jujur sangsi tak salah. Tetapi kalau dia sebenarnya tahu tetapi buat-buat sangsi itu double dayus. Ini serupa macam terima surat layang kisahnya sebenarnya betul tetapi sebab dah terkena batang hidung sendiri kata surat layang tak perlu dilayan. Macam orang politik jugalah.![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik kepada hukum mencarut, memaki dan menggunakan kata-kata yang keji, pertamanya kita perlu merujuk kepada Quran sebagai sumber hukum Islam yang paling utama.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 197 Allah berfirman (maksudnya): "Barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasik (fusuk), dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji".
Terdapat beberapa pengertian mengenai makna "rafath". Menurut Ibnu Umar, "Rafath ialah bersetubuh dan bercakap mengenainya". Ata' Bin Abi Rabah berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh dan mengucapkan kata-kata lucah. Hukumnya adalah haram". Mengenai perkataan "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat". Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji" (Ibnu Kathir, Tasfir al Quran al-Azim).
Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut:
"Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)". Memulakan perbincangannya beliau menyebut: "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".
Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu.
Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban);
"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);
"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);
"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya); "
Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).
Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:
"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".
Setelah menyebut Hadis-Hadis diatas, Imam Ghazali mengulas : "Itulah Hadis-Hadis yang mencela percakapan yang keji (alfuhsy).
Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut.
Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya.
Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejinya; sebahagiannya lebih keji daripada yang lain, dan kadang-kadang ia berbeza-beza mengikut adat sesebuah negeri" (Lihat al- Gha'zali, al- Ehya, jld. 3).
(perkataan manakah yg lebih elok dari kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang perintah dan larangan Allah SWT..hanya yg dihati nya ada sifat munafik yg merasa SAKIT HATI apabila diingat dan ditegur...wallahualam..)
[ Last edited by intanterpilih at 4-2-2008 09:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 4-2-2008 09:53 AM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Thank You Intan....Usaha kamu dari aspect mencari hadith2 serta ilmu al-quran yg sesuai dalam konteks perbincangan tentunya tidak mudah seperti mana ramai sangkakan .."sekadar cut paste, aku pu ...
tk per manak....sesst yg baik itu boleh diterima oleh org yg dihatinya ada hidayah dan petunjuk Allah sedangkan sesuatu yg baik itu akan menjadi kudis dan nanah kepada org yg dihatinya sudah Allah SWT butakan....sebenrnya mereka bukan menentang apa yg aku copy and paste tp hakikatnya mereka menentang apa yg Allah khabarkan utk mereka utk dijadikan pedoman...
Hidayah itu dr Allah jua...walllahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 4-2-2008 09:53 AM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Thank You Intan....Usaha kamu dari aspect mencari hadith2 serta ilmu al-quran yg sesuai dalam konteks perbincangan tentunya tidak mudah seperti mana ramai sangkakan .."sekadar cut paste, aku pu ...
manak, aku dulu belajar INFORMATION RETRIEVAL...siap belajar coding program lagi cam ner nk buat search engine .....memg aku C & P, tp its not easy to retrieve exactly what u want if u did not have the skills to search...hehhehehe..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intanterpilih at 4-2-2008 10:08 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
manak, aku dulu belajar INFORMATION RETRIEVAL...siap belajar coding program lagi cam ner nk buat search engine .....memg aku C & P, tp its not easy to retrieve exactly what u want if u did ...
I know precisely INTAN.....bukan sekadar cut n paste secara sembrono, tapi usaha yg sedikit utk mengemaskinikan fakta yg berkaitan dgn topik perbincangan....itulah pahala yg besar yg mungkin kita tidak sedari, lebih2 lagik kalau kita ikhlas utk berkongsi agar manfaat jua yg dapat diraih.....MASYAALAH........
|
|
|
|
|
|
|
| |
|