CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2687|Reply: 19

Tanda si dia 'poket kering'

[Copy link]
Post time 19-2-2008 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Tanda si dia 'poket kering'

Perkara paling sensitif dalam hidup lelaki apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, "Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu" atau "apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?"

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.

"Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah." Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: "Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis."

Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

Pulang awal

Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.

Alasannya: "Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja."

Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: "Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya..."

Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: "Lain kali sahajalah kita pergi."

Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: "Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua."

Hanya menemani

"Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?" Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: "Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi."

Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. "Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih.

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya. - NOOR HASLIZA NUSI

www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2008 09:43 AM | Show all posts
betul a....aku pernah kena mcm ni....si dia akan menolak kalau ajak keluar.
walaupon dia tak ckp xde duit, tp aku paham....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 09:52 AM | Show all posts
fahamilah kedudukan pasangan anda. kalau dah nampak semua tanda-tanda tu ada, try le jadi supportive spt tanya dgn baik apa masalah pasangan anda. ada berani?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:16 AM | Show all posts
wow..good tips
bile ty psl duit..bkn jek xmo jwb..malah melenting
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:17 AM | Show all posts
aku pun pnh kene..tp bg aku better terus terang..aku lagi marah kalau nak hidden2 bnde2 yg org lain leh agak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 12:09 PM | Show all posts

Reply #1 sako_72's post

alahai.. pink tak kisah pun poket dier kering ka tak... asalkan poket pink yg tak kering cukuplah... mmgla kalau poket diorg kering diorg malu nak ajak kuar tp.. tak salah kalau kite yg ajak n belanje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2008 06:11 PM | Show all posts
kalau dah kawen tips ni mcm tak praktikal.. sbnya hubby selalu akan berterus terang keadaan kewangan camane utk bulan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 09:57 AM | Show all posts

Reply #6 pink_lavender's post

baiknya hati ko Pink.... Didoakan Allah murahkan rezeki kau... hidup di dunia tak lama... tadi aku dapat berita kawan aku meninggal dunia... ishhh sekejap jer...

Dekat akhirat terimalah apa yang kita laburkan dekat dunia ni....
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2008 10:32 AM | Show all posts

Reply #8 sako_72's post

(mungkin tak sesuai cerita ini di sini.... diambil dari email yang diterima)

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya
.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

[ Last edited by  sako_72 at 20-2-2008 10:38 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #9 sako_72's post

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik
. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 11:08 AM | Show all posts
huhuhuuhuh...poket kering kompem kene tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 12:28 PM | Show all posts

Reply #8 sako_72's post

la.. lgpun duit kan bole bawa mati... pompuan zaman skrg nie bukan mcm yg pompuan dulu, la nie semua de karier mereka sendiri n ade duit poket sendiri... so, kdg2 dlm hubungan duit bukan satu isu... kering ka tak kering ka yg penting die jujur n setia.. tp jgnlah yg mmg pemalas nk harap nk gune duit pompuan je.. yg nie minta di jauhkanlah yer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 12:32 PM | Show all posts
apa la nak tengok tanda-tanda. kalo aku, aku sound direct je, duit takde, kalo awek tu nk blanja kira ON la.

kalo nak tinggal aku sbb takde duit? bagus la tinggal masa bercouple ni, daripada kena tinggal lepas berumahtangga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 12:35 PM | Show all posts
terima kasih sako...sharing is caring...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 02:17 PM | Show all posts
poket die mmg slalu kering kerna haku......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 08:51 AM | Show all posts

Reply #14 ziha_rina's post

u r welcome.... Dalam Islam kita diajar untuk bersederhana "Sebaik-baik urusan yang bersederhana". Jadi kalau nak jadi baik sangat pun tak boleh... cth: Katakanlah, kalau yang pompuan berkerja .. lelaki goyang kaki kat rumah, nanti mesti ada yang akan ambil kesempatan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2008 05:06 PM | Show all posts
assalamualaikum warahmatullah... sambil tersenyum

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 08:35 PM | Show all posts
to be honest...most of the tips given aku tak setuju
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #18 payrol's post

ko punya poket kering gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 10:31 AM | Show all posts
poket aku penah dikeringkan...
nasib baik dah tinggalkan dia yg asyik bergantung kat aku.

baik tinggal skrg dari merana bile dah kawen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 1.448967 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list