CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ashy

bila accident di hadapan mata.... bila kita menyaksikan kematian mengejut...

[Copy link]
Post time 3-3-2008 11:15 AM | Show all posts
Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 10:11 PM | Show all posts

Reply #21 pasolatido's post

insaf membaca kisah ini
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 08:57 PM | Show all posts
Subhanallah... Bergenang air mata aku... [Cover line buat-buat letak Eye Mo]
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 12:26 AM | Show all posts
Inalillahi Wainnalillahirajiuun. Semoga kita pergi menemui Pencipta kita dalam berkeadaan Islam, InsyaALAH.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 06:23 PM | Show all posts
saya juga pernah terlibat dgn eksiden 2x,tapi yg pertama melibatkan kematian.3 dr 4 yg ada bersama saya mati ditempat kejadian..sebelum kejadian berlaku saya masih ingat berbual2 dgn kawan yg baru saya kenal pada hari kejadian,kami sama2 nak p belajar memandu..kami tak sempat belajar lama hanya 1/2 jam hujan turut,sesi latihan dibatalkan..

sebelum pulang guru sek memandu beri kami surah yaasin,kebetulan ada 2 saya beri satu pada arwah.dalam perjalanan soalan terakhir yg saya ingat " jamiah letak surah yaasin kat mana "?dia jawap "ada dalam poket." hujan yg lebat meneybabkan jalan licin dan pemandangan tak jelas. saya tak ingat macamana perkara berlaku,cuma saya ingt saya macam mengantuk sgt dan saya pegang yaasin kuat2 dlm hati teringat "kalau apa2 jadi saya ada Yaasin.."nak letak poket saya rasa tak patut sebab tertidih dgn peha ketika duduk.

tak tau apa terjadi selepas tu saya antara sedar dan tidak terasa kereta berpusing2 dan suasana diluar terdengar hujan lebat.apa yg saya ingat saya dengar org ramai suruh saya mengucap..dan saya buat kemudian mata saya rasa terlalu mengantuk..saya terdengar suara menjerit tapi tak pasti apa yg berlaku dan sampai di hospital saya ingat muka saya dijahit,saya diusung dlm troli dan dibawa naik ambulan seterusnya ke wad kecemasan tapi masih tak sedar apa2,saya di scan ,x ray dalam separuh sedar..

setelah terjaga baru saya sedar saya masih belum sampai rumah dan hari sudah malam saya belum solat..kemudian emak memberitahu saya kemalangan kereta dgn lori semua kawan saya meninggal dan seorg lagi masih tidk sedar.tak tau apa yg saya fikr waktu itu..cuma saya masih terbayang2 wajah kawan yg saya baru kenali.Kesian anak2nya masih kecil dn menyusu badan pula..baru saya sedar bunyi2 dan org yg saya lihat bukan mimpi tapi itu adalah realiti semasa saya sedang bergelut dgn maut!

saya pula patah kaki dan tgn,terpaksa dimasukkan besi pada lutut dan aerial ditgn..kawan sayaseorang saja yg hidup hilang ingatan sementara waktu..yg meninggal semuanya cedera parah,pemandu patah tengkuk dan mata penuh dgn kaca.umur baru 18, penumpang depan tgn termasuk separas siku kedalam..wajahnya kempis sehingga terpaksa ditiup bg kenalpasti wajah!

Hanya saya yang benar2 bernasib baik..walaupun parut dimuka ..saya reda..cuma pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini,ingatlah ajal dan maut ditgn Allah.ia tidak berbau..bersedialah menghadapinya..kerana kita tidak tau adakah sesaat lagi kita masih bernafas atau tidak..Allah masih memberi saya peluang untuk hidup..syukur padaNya..
tiba2 saya teringat pada lagu "pergi tak kembali" rabbani..

buat teman2 saya hadiahkan Al Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 06:49 PM | Show all posts
Mati itu sebagai satu permulaan kehidupan yg abadi, yg seterusnya lagi menyeksakan klu tak menuruti perintahNya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2008 02:17 AM | Show all posts
Manusia mati bukan kerana dia jahat , manusia mati bila sampai masanya. Cara mati tu semua dah ditentukan Allah tiada berkaitan dengan perangainya semasa di dunia

Ada orang baik yang mati secara kejam dilihat secara mata kasar manusia yang tidak memahami dan ada juga orang yang jahat tetapi matinya aman dan senang
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 1.643968 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list