View: 2092|Reply: 16
|
sebenarnya tariqat ada dalam Islam...
[Copy link]
|
|
Apakah yang dikatakan tarekat itu? Banyak pandangan yang didengar mengenai sama ada baik dan buruk dalam pengamalannya. Harap beri penjelasan.
Tarekat berasal daripada perkataan Arab bermaksud jalan atau cara. Yang dimaksudkan di sini ialah jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dari sudut istilah ia merujuk kepada aliran-aliran yang wujud dalam amalan tasawwuf atau amalan penyucian hati dan jiwa yang selalunya difokuskan kepada pengamalan zikir-zikir tertentu yang disusun dan dihimpunkan oleh tokoh-tokoh ulama tertentu.
Amalan penyucian diri atau lebih dikenali dengan nama Tasawwuf adalah sebahagian amalan yang dituntut oleh Islam. Ia berdasarkan sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim yang menceritakan kisah Jibril `alihissalam bertemu dengan baginda saw dan bertanya beberapa soalan penting tentang agama. Antara ialah tentang apa itu iman, apa itu islam dan apa itu ihsan. Baginda menjelaskan bahawa iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, MalaikatNya, Rasul-rasulNya, Kitab-kitabNya, Hari Akhirat dan dengan ketentuan baik dan buruk. Islam pula ialah kamu memberi kesaksian bahawa Tiada Tuhan yang mesti disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah sekiranya mampu. Ihsan pula ialah bahawa kamu beribadah/memperhambakan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu.
Iman berkaitan dengan ilmu aqidah iaitu kumpulan keyakinan di hati terhadap perkara-perkara ghaib. Ia melahirkan ilmu Tauhid atau Usuliddin. Islam pula berkaitan dengan pengamalan zahir seperti solat dan sebagainya. Ia melahirkan ilmu Fiqh atau dikenali juga sebagai ilmu syariat. Ihsan pula berkaitan dengan penyucian jiwa. Dari perbahasan Ihsan inilah lahirlah ilmu tentang penyucian jiwa yang lebih dikenali kemudiannya sebagai ilmu Tasawwuf. Dari sini lahir pula aliran-aliran Tasawwuf yang pelbagai yang dikenali sebagai Tarekat. Kepelbagaian ini berlaku kerana perbezaan fokus amalan dan perbezaan bentuk-bentuk zikir yang digunakan dalam amalan seharian. Sebahagian zikir ini dipetik daripada al-Qur抋n dan hadis, manakala sebahagiannya adalah susunan tokoh-tokoh ulama yang menjadi perintis kepada kumpulan Tarekat tersebut.
Umat Islam wajib menyucikan diri dengan pelbagai amalan yang membawa kepada penyucian hati. Antara amalan yang dianjurkan untuk penyucian jiwa ialah zikir-zikir seharian yang banyak disebut dalam al-Qur抋n dan Hadis. Untuk menyucikan diri atau 搈enjadi ahli sufi |
|
|
|
|
|
|
|
salam
kena membenarkan
pasai dah betoi
teruskan sebegini
*** gamaknya semua tu ada dlm KALAMNYA kottttt |
|
|
|
|
|
|
|
thread tareqat ke? semalam kata thread tasawuf...
thread tareqat dah ada. kalau tak banyak sambutan nanti akan dimerge. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 21-3-2008 11:29 PM
thread tareqat ke? semalam kata thread tasawuf...
thread tareqat dah ada. kalau tak banyak sambutan nanti akan dimerge.
off topik
thread tareqat yang ilang tu... takpelah saya bukak version baru punya... klo ade terperasan yang lama ada tak kene delete bagitu kaweh yew... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
pihak berkuasa punya tarekat atau tasawuf atau tauhid atau usuluddin
itu adakah betul???
utk memperbetulkan org lain???
atau sekadar ikut ikutan nenek mkoyang dahulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 anak_pejuang's post
tolong sambung huraian anda |
|
|
|
|
|
|
|
haku teringat fatwa Dr Ramadhan Al-Bhuti tentang tareqat, ade orang tanye : "tareqat mane yg saye nak masuk neh?"
jawabnye : "zaman skang bnyk DAJJAL, ko bace je la al-azkar yg dikumpul oleh imam nawawi, kalo ko bace tuh, maka Nabi sollallahu alaihi wasallam adalah mursyid ko"
macam nak tergelak pon ade |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Snow_Lexx's post
apakala hati sedia menarima tanpa bantahan
ke situlah tempat dituju |
|
|
|
|
|
|
|
Mafhum Tasawuf dan Tarikat
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tasawuf dalam penggunaan ahli sufi merujuk kepada akhlak dan proses penyucian jiwa (rujuk siri penerangan tasawuf sebelum ini). Adapun golongan yang tidak mahu menggunakan istilah tasawuf, tidak mengapa. Apa yang paling penting, bukan nama, tetapi mafhum dan makna tasawuf itu sendiri, merupakan suatu kewajiban bagi setiap umat Islam.
Sepertimana dalam ilmu fiqh, kalau ada yang mengatakan, 搒aya menolak penggunaan nama ilmu fiqh |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi, siapa yang rasa, kononnya dirinya boleh menyucikan jiwa dengan Al-Qur抋n dan As-Sunnah sendiri, silakanlah. Sedangkan Imam Al-Faqih Abu Hanifah Imam Al-Mujtahid As-Syafi抏, Imam Al-Muhaddith Ahmad bin Hanbal, Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali, Imam Sultonul 慤lama |
|
|
|
|
|
|
|
Dari zahirnya, ia merupakan suatu perkembangan positif dalam memperbanyakkan pelapis-pelapis para ulama |
|
|
|
|
|
|
|
Ini menyebabkan, ramai dari kalangan murid tersebut hanya mewarisi ilmu dari para ulama |
|
|
|
|
|
|
|
Percayalah bahawa, rahmat Allah s.w.t. itu luas. Maka, sepertimana di zaman Imam Al-Ghazali, ada mursyid yang muhaqqiq, seperti itu juga, di zaman ini dan seterusnya, ada dan akan terus ada mursyid yang muhaqqiq. Inilah rahmat Allah s.w.t. yang tiada bersempadan kepada umat Islam.
Sedangkan doktor pakar sakit jantung sendiri, bila sakit jantung, pergi berubat kepada doktor sakit jantung yang lain卪aka fahamilah |
|
|
|
|
|
|
|
salam
hanya sekadar pertanyaan
kalau seorang itu dalam kelompok para wali
belum tentu ia menjadi wali
kalau seorang itu dalam kelompok lanun
belum tentu ia menjadi lanun
hanay tuhan yg memberi petunjuk dan hidayat
manusia hanya berupaya memberi peringatan sahaja sesama sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
suka dgn usaha tuan rumah menerangkan tentang tasawuf dan tareqat ini..minta maaf saya tidak dapat menyumbang apa2 lantaran kesibukan kerja.hanya menjadi pembaca sahaja.harapan saya forumer jelas dgn ilmu ini..terlalu byk salah faham dan prasangka yg memerlukan penjelasan..syabas.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|