|
Salam semua...
M|cKeY nak tanya...
mcm mn nak jadi sukarelawan kat rumah anak2 yatim ke...
or utk pesakit2 kanser ke...
sapa2 yg ada info...blh share kat sini tak...
thanx a lot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Pr|nCeSS^M|cKeY's post
ko g jer kat agensi tu...
atau ko hubungi jer agensi tu n nyatakan hasrat murni ko...
or ko ke induk dier... JKM ker.. n bg tau je.. pas tu dia bg tau la ko caranya.. |
|
|
|
|
|
|
|
join Yayasan Salam |
|
|
|
|
|
|
|
join Yayasan Salam
payrol Post at 13-4-2008 06:06 PM
Betul, nak join mana-mana kumpulan sukarelawan pun tak apa, tidak timbul soal mana yang lebih baik. Yang penting, niat kita ikhlas untuk membantu mereka-mereka yang di dalam kesusahan. Di sini saya nak berkongsi juga satu kumpulan sukarelawan yang mungkin para forumer ada yang berminat.
Untuk maklumat rakan-rakan, saya merupakan pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan sukarelawan di Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). YBK setakat ini mempunyai keahlian sukarelawan seramai kira-kira 600 orang yang berdaftar dan merangkumi satu Malaysia.
Berkenaan aktiviti, fokus utama sukarelawan YBK tentulah pembasmian kemiskinan, di mana para sukarelawan bertindak sebagai jambatan/moderator serta penyalur maklumat kepada pihak YBK. Maka, para sukarelawan berpeluang bukan sekadar memberi sumbangan dan bantuan, tetapi dapat merasai pengalaman menyiasat dan mendapatkan maklumat individu atau keluarga yang kurang berkemampuan.
Aktiviti kami tidak terbatas sekadar memberi bantuan, tetapi meliputi aktivit lain seperti lawatan amal, kutipan dana derma (fund-raising) dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dirancang oleh para sukarelawan sendiri. Pihak pengurusan YBK memberi fleksibiliti kepada para sukarelawan untuk merancang aktiviti dan jika mempunyai manfaat dan nilai tambah, Insya Allah tiada halangan kepada pihak pengurusan untuk membantu menggerakkannya.
Pendaftaran untuk menjadi sukarelawan YBK adalah percuma. Jika saudara-saudari berminat untuk menyertai kami, dialu-alukan menghubungi saya selaku pegawai bertugas di Facebook saya. Sila search profail saya, "Audi Faliq Ibrahim" dan kemudian saudara-saudari hanya perlu menghantar PM kepada saya memaklumkan ingin menyertai Sukarelawan YBK. Saya akan maklumkan langkah pendaftaran yang berikutnya.
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan melalui Facebook saya atau e-mail kepada audi[at]ybk[dot]org[dot]my |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sejahtera para forumers.
Kepada sesiapa yang berkelapangan pada 31 Disember 2011 sebelah pagi, saya ada satu program gotong-royong untuk anda. Program di bawah Sukarelawan YBK, tetapi kepada yang ingin sama menyumbang tenaga. :-) |
|
|
|
|
|
|
|
rumah anak yatim senang jer.... terutama bagi ibu tunggal. pergi jer masuk rumah tu pastu declare nak jadi volunteer. biasa nanti ada ler orang bagi hadiah apa-apa ke.... baju terpakai, beras, susu, milo, .... ada la bahagiuan hadiah utk anak yatim dan bahagian hadiah utk sukarelawan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|