CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3618|Reply: 8

Hukum Main KUTU

[Copy link]
Post time 26-3-2008 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman




Soalan

Uzar saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini

Pekerja office saya adamembuat \"main kutu\". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orangjadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan.Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happyla..



Saya melihat disini ia adaunsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena,jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetapsiapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb,ali mac dan seterusnya itu adalah harus.

Saya harap sangat komen uzar.namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah,ini bermakna saya fahamsetelah membaca buku uzar tulis

- Ayub -



Jawapan



Setakatinfo yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalahharus.  

Ini adalah kerana sebenarnyawang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yangterkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tibagilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'inadvance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedahdari semua ahli kumpulan.



Bermakna, setiap bulan semuaahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannyaitu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannyahalal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai,dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.



Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim 'kutu'antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad danmunasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktivitipinjam meminjam.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-



Pertama : Keharusan kaedah :-
أسلفني وأسلفك
Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)
Menurut mazhab Maliki, konsepini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberihutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam iaadalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-duapihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnyadiharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.


Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.


Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah.Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiadasebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.
Manakala syarat untuk memberipinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun iaadalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satupihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu 慡uftajah'.Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim.Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad  (Qadhaya FiqhiyyahMu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.


Namun di dalam hal ni tiadasebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dantempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.
Ibn Qayyim berkata :-
والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم
Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)


Adapun persepakatan dalampinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung didalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya FiqhiyyahMu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)


Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telahditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.



Namun, setakat pengamatansaya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' ataudisebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukanapabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnyaadalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW jugapernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yangakan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.  

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2008 11:53 AM | Show all posts
mana ada apa2 unsur meragukan..
dan mender nie tak merugikan....
pasal takde unsur penindasan..
takde masalah rasanya..
lagi menggalakkan kita utk menyimpan duit dgn
cara ni adalah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:57 AM | Show all posts
dividen takdak, bunga takdak, bonus pun takdak...........
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:08 PM | Show all posts
lainlah...org yg dpt mula2...terus tak bayar utk yg seterusnya....
yg lain meloponglah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:18 PM | Show all posts
kalu nak main kutu mainlaa ngan org yg korang leh caya.. then sewaktu mula2 nak main kan dh kene cabut nombor giliran.. so dh tau giliran memasing bila akan dpt duit ter sebut.. bukannya tiap tiap bulan ada cabutan.. mcm tu x aci laa kalo dh dpt pastu cabuta nombor lg nombor dia naik n dpt lg tu mmg x adil la.. ,melainkan bila buat cabutan seterusnya org yg dh dpt tu x terlibat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:20 PM | Show all posts
xpernah main kutu.. tapi ibu pernah dgn kawan2 keje.. xbanyak pun.. sehari kene bayar 50 sen jer . kalau xmampu bayar xtaular
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2008 12:25 PM | Show all posts
kutu ada kat kepala

xmo main kutu gatal
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 04:32 PM | Show all posts
aspek yang lain tu aku tak pandaila sangat
cuma bila main kutunih katala org yg dah dapat duit meninggal or koma bebulan2 kat spital
kita yg tinggalni nak pi mintak ngan waris....anak2 dia rasa segan...malu...simpati ye la majoriti yg main kutu bukannya org senang sangat
perkaranih dah penah terjadi....terpaksala yg lain2 yg lom dpt 'halalkan dlm terpaksa'
nak2 lagik sekarangnih umur baru 40an ada yg mati mengejut
selagi boleh elakkan la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2008 08:16 PM | Show all posts
kroit takut nak main kutu nih, sebab tengok kawan2 kroit main, satu hari RM1..

main dalam 7-8 orang lar.. pastu bila orang first dah dapat duit, dah kaya, terus stop, kuar.. nanti gado.. ish..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.254590 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list