CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6603|Reply: 11

Parkour -

[Copy link]
Post time 31-3-2008 10:43 PM | Show all posts |Read mode


apa la agaknya parkour ni ye...
ha - jom kita belajar dan mengenal parkour ni --

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parkour (sometimes abbreviated to PK) or l'art du d閜lacement(English: the art of displacement)
is an activity with the aim of moving from one point to another as efficiently and quickly as possible,
using principally the abilities of the human body.

It is meant to help one overcome obstacles, which can be anything in the surrounding
environment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2008 10:47 PM | Show all posts
Monday March 31, 2008
Perpetual motion


David Belle (standing), the world抯 leading practitioner of parkour,
watches as Adam Krohn of Houston leaps over obstacles in New York.



LIVING out Newton抯 laws of motion, practitioners of parkour use external forces or obstacles to push themselves as they vault, climb and career from one point to another, letting no roof, wall or gap impede their movement.


Parkour was developed in Lisse, France, in 1988 by David Belle when he was just 15. It was inspired by the French military training his father had undergone in Vietnam, and focuses on employing the natural capabilities of the human body to overcome obstacles efficiently.

True practitioners of parkour do not see it as a sport as it goes against its philosophy of non-competitiveness.


Sebastian Foucan is one of the creators of parkour,
or 慺ree running
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 08:08 PM | Show all posts
masa dexa kat canada ada parkour?
kat malaysia pun ada..
tengok kat youtube...
dasatdasat jugak...
nak try..tapi badan dah keras aa....
ada magezine dalam mas tu(alaaaaa..lupe dah namanya) snap shot gamba menarik..
jadi kite cam lihat orang terapong melintang..
ada amik bawak balik megezine tuh..tah mana yeh..hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by hetrek at 1-4-2008 08:08 PM
masa dexa kat canada ada parkour?
kat malaysia pun ada..
tengok kat youtube...
dasatdasat jugak...
nak try..tapi badan dah keras aa....
ada magezine dalam mas tu(alaaaaa..lupe dah namanya) s ...



memang ada.. tapi masa tu saya tak tahu depa panggil
benda ni parkour... yang buat tu semua flexi...
kalau buat somersault tu senang aje..
magazine MAS yang mana?  golden holidays ke?

nak tanya la... hetrek boleh buat cartwheel and somersault
semua tu ke? - rasanya kalau skateboarding boleh.. footballz
belaka.. not to mention volleyballz... mesti boleh buat cartwheel
and somersault, eh -
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 08:22 AM | Show all posts

Reply #4 dexa's post

haha aku panggil benda ni Yamakasi jer heh heh

2nd movie yg kat thailand tu tak best...idea kurang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 01:19 PM | Show all posts
dah ada 2nd flim ka?
yang 1st pon aku tak tengoktengok lagi.....
tnegok preview saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2008 12:01 PM | Show all posts
best gak parkour nih, tapi sesuai ker utk aku.. mcm tak sesuai ngan umur jer

anyway.. kat bawah nih ada link utk sape2 yg minat parkour.. credit to CrossFit :victory:

Parkour technique

Parkour Quadrupedal Movement Drills

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:08 PM | Show all posts
hello. nama saya amir. and a traceur. and dari gravity parkour group which consists of just me and my brother. probably dissolved into a bigger community now. so anyway, i've been doing this for about 3 years now, and have done professional work as well in this field. so untuk siapa2 yang berminat, kite ade forum board di www.pkmy.tk. ape2 berita akan di post kan disana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2008 04:23 AM | Show all posts
Cabaran halangan hutan konkrit




PARKOUR, adalah satu aktiviti yang memerlukan individu bergerak dari satu poin ke poin lain sepantas mungkin, dengan menggunakan keupayaan badan.

Berbeza daripada sukan papan luncur atau kasut roda, tiada peralatan khusus diperlukan untuk aktiviti ini. Pengamal parkour digelar traceur.

Sekiranya melihat aksi mereka dalam video mahu pun media lain, traceur berupaya bergerak dengan mudah dari bumbung ke bumbung, membuat lompatan berani dengan pendaratan yang sempurna di samping melepasi jurang dan halangan seperti dinding, pagar dan tembok tinggi dengan keupayaan atletik badan manusia.


AKTIVITI sebegini memberi suatu kelebihan
positif pada diri seorang traceur muda.


Mereka turut menjadikan persekitaran alam seperti pepohon dan batu-batu besar sebagai 'mangsa'.

Untuk mengatasi halangan ini, traceur perlu menjadi ahli gimnastik, pelari dan pelompat, pendaki dan ahli lagak ngeri sekali gus.

David Belle, 35, dipercayai telah memperkembangkan parkour pada usia semuda 15 tahun di Lisse, Perancis.

Inspirasi untuk terus memperkembangkan sukan itu datang daripada latihan ketenteraan Perancis yang diterima kepada ayahnya, Raymond, di Vietnam yang memberikan fokus pada penggunaan keupayaan badan untuk mengatasi halangan dengan efisien.

Bukan hanya itu, semangat dan keberanian yang ditunjukkan oleh Raymond dalam pelbagai operasi menyelamat dengan pingat-pingat yang diterimanya menjadi sumber aspirasi kepada David dan rakan baiknya, S閎astien Foucan.

Menurut Belle, keghairahan terhadap parkour adalah disebabkan pesertanya perlu bergerak untuk mengatasi cabaran fizikal dan mental, dengan hanya menggunakan keupayaan badan.

Seperti Belle yang tidak gentar dengan halangan persekitaran, remaja Abudi Alsagoff, 17, sanggup menghabiskan masa dan tenaganya setiap hujung minggu untuk berlatih di sekitar Bangi dan Putrajaya.

Sungguhpun baru setahun berkecimpung dalam aktiviti itu, pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangi ini percaya hobi itu memberi manfaat pada kecerdasan diri selain menyeronokkan.



Pendedahan klip-klip video di laman web YouTube dan tayangan filem Perancis tahun 2001, Yamakasi, arahan Ariel Zeitoun dan Julien Seri, telah mencetuskan minat remaja ini.

Beliau kemudian menyertai sesi latihan yang dikenali sebagai jams yang dikelolakan oleh traceur tempatan, Amir Hamzah dan Mohd Qayyim Hafidzi.

Dalam sesi mingguan itu, kira-kira 10 sehingga 15 remaja yang terdiri daripada mereka yang baru sahaja berkecimpung dalam aktiviti itu kepada separuh profesional seperti Amir telah melakukan pelbagai aksi parkour. Semuanya untuk untuk iklan-iklan televisyen dan roadshow bagi jenama Reebok. Mereka akan berkumpul dan mendapat bimbingan intensif serta menjalani latihan untuk mengasah kemahiran masing-masing.

"Latihan biasanya diadakan di beberapa lokasi sekitar Bangi dan juga Putrajaya. Pemilihan kawasan itu bergantung pada halangan seperti adanya kawasan berpagar, tiang ataupun dinding dan kewujudan tempat-tempat lembut.

"Di Perancis ramai traceur berlatih di bumbung-bumbung rumah kerana reka bentuknya yang mendatar dan sesuai untuk latihan seperti melompat dan bergolek.


PARKOUR bukan sahaja memerlukan
kekuatan tetapi juga ketangkasan berfikir.


"Namun kami di sini berlatih di kawasan-kawasan seperti taman awam sahaja kerana kesesuaian halangan yang ada," jelas Abudi.

Sesi jams turut memperlihatkan latihan lompatan rendah dan juga pendaratan yang sempurna di kalangan traceur muda atau baru dan mereka yang lebih berpengalaman. Lompatan pada dinding atau tembok setinggi dua atau tiga meter dengan mudah dan lancar.

Sungguh pun tiada bentuk kelengkapan spesifik yang diperlukan ketika melakukan parkour kecuali memakai pakaian dan kasut yang selesa dan sesuai, Abudi berkata, sebagai langkah keselamatan tambahan terdapat traceur yang akan memakai perlindungan di siku dan lutut untuk sokongan pada buku lali.

Disebabkan sifatnya yang bergerak dengan cara paling efisien dan lagak 'ngeri' yang terlibat, remaja ini tidak menyangkal bahawa terdapat segolongan yang beranggapan bahawa sukan itu adalah satu bentuk pemberontakan.


TIADA bentuk kelengkapan spesifik
diperlukan ketika melakukan parkour.


"Hakikatnya kami tidak melakukan sebarang vandalisme terhadap kemudahan yang ada ataupun menceroboh mana-mana kawasan awam. Sebaliknya, kami hanya pergi ke tempat-tempat awam untuk berlatih," tegas beliau.

Bagi Ahmad Irsyad Ab Rahim, 18, aksi parkour bukan sahaja menarik, sebaliknya memberikan suatu kelebihan positif pada dirinya.

Memberitahu bahawa beliau diperkenalkan dengan parkour oleh Mohd Qayyim sejak dua tahun lalu, pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam tempatan ini menegaskan segala aksi yang dilakukan telah difikir dengan mendalam dan penuh tanggungjawab.

"Kami bukan melompat sesuka hati, tetapi menganalisis keadaan dan persekitaran terlebih dahulu," kata beliau yang memaklumkan bahawa perkara pertama yang beliau pelajari ketika terlibat dalam parkour ialah memaklumkan tentang aktiviti itu kepada ibu bapanya.


PEMILIHAN kawasan bergantung pada
halangan-halangan yang begitu mencabar
fizikal para pemain


Saya seringkali menunjukkan mereka klip-klip video yang ada di Internet agar mereka melihat sendiri dan bukan hanya mendengar apa yang cuba dijelaskan.

"Malah jika kita lihat pada masa ini banyak iklan di televisyen yang mendedahkan parkour kepada orang ramai dan setiap kali ia ke udara, saya maklumkan kepada mereka."

Sungguh pun begitu, bagi Ammar Haidhar Abdul Halim, parkour bukanlah satu aktiviti yang tidak mempedulikan keselamatan atau pun lompatan tanpa sebab.

"Parkour bukan sahaja memerlukan kekuatan tetapi juga ketangkasan. Ia bukanlah aktiviti yang boleh diambil mudah.

"Mungkin orang ramai lihat ia hanya suatu lompatan, tetapi pada hakikatnya latihan dan bimbingan yang intensif perlu dilakukan sebelum terlibat dalam sukan ini."

Jelas terlihat bahawa parkour adalah satu aktiviti yang memerlukan stamina tinggi, tahap kecerdasan yang baik adalah penting untuk latihan yang efektif.

"Parkour adalah lebih daripada aspek fizikal. Ia mengubah perspektif traceur terhadap persekitaran, mencabar diri sendiri dan mengetahui batasan diri.

"Ia membuka minda tentang diri keseluruhan, bukan sahaja dari segi kesihatan dan kecerdasan. Ia juga membentuk sikap dan mental yang positif," kata remaja berusia 18 tahun ini yang diperkenalkan aktiviti itu dua tahun lalu oleh abangnya, Amir.

Tambah beliau, penglibatan dalam parkour turut meningkatkan fokus dan cara pemikiran traceur agar melihat suatu masalah lebih positif.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2008 09:00 PM | Show all posts

Freerun (Larian Bebas Global )

Sepantas yang boleh



YUSUF Yirtici merupakan seorang bapa muda yang tegas. Dia sentiasa menyemaikan nilai-nilai murni seperti disiplin, kerja keras dan sikap bertanggungjawab terhadap risiko.

Ketika ditemui, beliau sedang mengimbangi badan dalam kedudukan handstand di atas sebuah tebing konkrit di landasan bawah tanah yang terletak di sebatang jalan raya tersibuk di London.

Yirtici sedang berlatih untuk persiapan menyertai kejohanan freerun atau larian bebas global pertama yang diadakan di London baru-baru ini.

"Larian bebas dikaitkan dengan risiko dan risiko adalah mengenai percaturan," kata lelaki berusia 25 tahun ini kepada Reuters sambil menggerakkan badan bersama tiga pesaing lain. Beliau kelihatan melepasi tiang-tiang lampu dan tangga di salah satu kawasan latihan kegemaran mereka di tepi Sungai Thames.

"Anda boleh membuat percaturan dengan badan. Jika anda melihat satu lompatan atau pergerakan yang anda rasa boleh lakukan, maka anda harus melakukannya sungguhpun berasa takut."


Tambah beliau : "Sekiranya anda takut dan tidak membuat pergerakan itu, ini bermakna anda membenarkan ketakutan mengalahkan diri. Anda perlu mengatasi ketakutan untuk berjaya."

Apa yang dilihat ini seperti sebuah cita-cita besar untuk kegiatan masa hadapan urban yang akar umbinya tersirat dalam kawasan konkrit subbandar Paris pada tahun 1990-an.



MAJORA menunjukkan demonstrasi berlari bebas di laluan bawah tanah di London.


Tetapi freerun atau juga dikenali sebagai parkour kini pantas berkembang menjadi sebuah sukan dan seni yang kian dikenali dan dihormati serta mampu menarik minat tajaan syarikat-syarikat besar termasuk penampilan dalam filem-filem blockbuster serta melibatkan artis mega seperti Madonna.

Mengikut teori, asas parkour adalah jelas iaitu pergi dari A ke B sepantas dan efisien yang boleh, dengan hanya menggunakan badan dan tidak membenarkan sebarang halangan mengganggu laluan.

Larian bebas mempunyai teras prinsip yang sama, tetapi pengamalnya meletakkan lebih banyak penekanan terhadap ekspresi individu, aliran kreatif dan merit artistik.

Urban Freeflow (UF), badan wakil utama sukan tersebut di Britain dan Amerika Syarikat (AS), memberikan tutorial terperinci dalam laman webnya mengenai asas fundamental. Ini termasuk pergerakan seperti crane moonstep, double kong vault dan 360 wallhop.

Apabila lompatan semakin tinggi atau terlalu tinggi seperti dari kren mercu tanda atau bangunan yang dipaparkan dalam filem James Bond, Casino Royale atau video Jump oleh Madonna, keadaan ini akan mengundang risiko yang tinggi untuk pelari terjatuh dan dimasukkan ke bahagian kecemasan hospital.

Franck Nelle, 28, warganegara Perancis yang akan mewakili negaranya pada kejohanan dunia menganggap mereka yang merasakan atlet larian bebas sebagai 'hantu' adrenalin liar adalah salah.

"Ramai yang berfikiran bahawa kami adalah individu berani yang akan melakukan apa-apa sahaja atau kesemuanya. Sebenarnya, kami juga mempunyai ketakutan seperti orang lain," kata beliau.

Beliau menambah: "Disiplin sangat penting. Kami berlatih mulai peringkat asas berulang kali sehingga sempurna, kemudian baru kami meningkatkan kemampuan."

Menurutnya, sikap serius yang perlu digandingkan dengan loncatan dan imej menarik telah menarik perhatian sesetengah penyokong dan syarikat.

Pasukan Polis Metropolitan London dan Komando Marin Diraja yang merupakan pasukan elit Britain, telah meminta bantuan pasukan UF menyediakan latihan dalam hutan urban.


FRANK NELLE, Majora dan Yusuf Yirtici
berganding bahu menunjukkan demonstrasi
larian bebas di hadapan London Eye.



Barclaycard merupakan penyokong utama Kejohanan Larian Bebas Dunia yang akan memaparkan atlet dari sekurang-kurangnya 17 buah negara menjangkau Brazil sehingga ke Afrika Selatan dengan Adidas dan Sony Ericsson bertindak sebagai penaja bersama.

Namun Yirtici yang mewakili Turki melihat kebanyakan nilai murni datang daripada aktiviti itu di jalan-jalan tempatan.

Beliau telah pun mengajar amalan itu di sekolah dan kelab-kelab komuniti belia sekitar London. Beliau juga percaya, mempunyai potensi untuk mengajar semula dan membebaskan generasi kanak-kanak yang terperap dalam masyarakat yang terlalu melindungi dan kehilangan kemahiran hidup dalam menilai risiko.

"Tiga laluan kami ke arah kejayaan ialah dedikasi, keazaman dan disiplin. Jika anda kekurangan salah satu daripada elemen ini maka anda tidak akan pergi jauh," katanya.

Dalam bengkel-bengkel yang dikendalikannya di mana para peserta berusia 10 sehingga lebih 50 tahun, penekanan yang diberikan ialah mengingatkan mereka tentang kemahiran fizikal yang boleh digunakan apabila sesuatu menghalang laluan mereka.

"Saya mengajar mereka bagaimana untuk merangkak terlebih dahulu. Ini kerana ia sesuatu yang sering kita lupa. Kemudian, saya mengajar mereka bagaimana untuk berjalan menggunakan tangan dan kaki bersama-sama.

"Selepas itu, barulah kami beralih kepada lompatan, pendaratan dan menggolekkan badan.

"Kami mempunyai satu pepatah iaitu 'mulakan dari ketinggian yang rendah dan perlahan'. Ini sangat penting kerana sekiranya anda memulakan latihan asas dengan cara 'gila-gila', anda akan cedera."

Pip Andersen, remaja berusia 17 tahun dari Taunton, selatan England, yang berlari bebas untuk Great Britain pada kejohanan tersebut merasakan kisahnya adalah bukti potensi sosiol kegiatan ini.

"Dahulu, saya merupakan salah seorang remaja yang akan merosakkan benda dan berhadapan masalah dengan polis," katanya setelah melakukan aksi melonjak seperti seekor kucing liar dari papan tanda setinggi empat meter.

"Ini telah mengubah hidup saya kerana kini, saya tidak lagi meletakkan tenaga untuk mendapatkan perhatian orang. Saya berusaha untuk memperbaiki diri dan memperoleh sesuatu yang indah melalui pergerakan badan sendiri." - Reuters


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



best betul baca mengenai freerun ni.... belum ada kat malaysia lagi... bila agaknya.. tapi memang mencabar -
kalau setakat obstacle okay lagi.. tapi.. ishhhh yang kena handstand semua... memang interesting betul..

bagus ada aktiviti ni.. bagus untuk kesihatan juga.. - tapi kena always careful.. sebab prone to injury gak ni -

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 10:51 AM | Show all posts
banyak jugak clips parkour and free running yang tak jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:47 AM | Show all posts
ni mcm satu aktiviti sukan or riadah or saja saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.231164 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list