View: 1885|Reply: 2
|
Mangkuk,madu dan sehelai rambut
[Copy link]
|
|
Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya Abu
Bakar r.a., Umarr.a, Uthman r.a, dan Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Alir.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha., puteri rasulullah S.A.Wmenghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkukyang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambutterikut di dalam
mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudianmeminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandinganterhadapketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu
dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan
mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umarr.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,seorang rajaitu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itulebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Uthman r.a. berkata,"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yangmenuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yangdimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Ali r.a.berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamutamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembalipulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimahr.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yangcantik,wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkanseorang wanita yang
tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah S.A.W. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal
dengan amal yang baik itu lebih manis darimadu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril A.S. berkata, "menegakkan pilar-
pilaragama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkandiri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu danmempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari menitisehelai rambut".
Allah S.W.T. berfirman, " Syurga-KU itu lebihcantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-KU itu lebih manisdari madu dan
jalan menuju syurga-KU adalah lebihsulit dari meniti sehelai rambut". |
|
|
|
|
|
|
|
hadis riwayat siapa? macam kenal aje cerita ali dengan fatimah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
riwayat ni boleh jadi disangsikan sebab yg berckp tu macam ikut giliran khalifah pertama, ke2, ke3, ke4.
firman Allah yang akhir tu... hadith qudsi ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|