CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5305|Reply: 1

Helang

[Copy link]
Post time 21-5-2008 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Tarikan helang
Oleh Ziauddin Sharuddin

Peminat burung menggunakan teropong melihat aksi burung helang di Tanjung Tuan, melaka.


Setiap tahun, kira-kira 20,000 ekor burung pemangsa berlegar sekitar Tanjung Tuan dalam tempoh dua minggu

JERITAN burung bergema di angkasa. Bukan seekor dua, tetapi puluhan ekor terbang berkelompok. Jika bernasib baik, angka ini mencecah ratusan ekor.

Bukan sebarangan burung. Menyaksikan burung pemangsa seperti helang di Tanjung Tuan amat menakjubkan. Jika pada waktu lain, burung ini terbang tinggi di langit, tetapi ketika ini jika bernasib baik tanpa menggunakan teropong pun boleh menyaksikannya.

Inilah keunikan Tanjung Tuan yang menjadi pilihan burung pemangsa berkunjung setiap tahun. Dulu fenomena ini kurang disedari, tetapi kebelakangan ini, acara melihat burung pemangsa menjadi tarikan utama melewati sempadan.

Tanjung Tuan persinggahan burung pemangsa

SETIAP tahun antara Februari hingga April, Tanjung Tuan, menerima tetamu istimewa yang menjadikan tanah tinggi menghadap Selat Melaka sebagai destinasi terkenal di kalangan pencinta burung seluruh dunia.

Peminat burung mengunjungi ke rumah api, Tanjung Tuan, Melaka.

Tetamu bergelar raja di udara, burung pemangsa (raptor) singgah di tanjung ini ketika dalam perjalanan pulang ke hemisfera utara.

Inilah bukti keagungan Tuhan, haiwan hebat ini tahu apa yang hendak dilakukan untuk meneruskan kehidupan.

Selepas tempoh mengawan pada akhir musim panas, kebanyakan burung, termasuk pemangsa meninggalkan hemisfera utara, meliputi wilayah Siberia di Russia, Mongolia dan China, ke hemisfera selatan di Asia Tenggara yang kaya dengan makanan.

Apabila musim bunga tiba, haiwan ini kembali ke hemisfera utara untuk melengkapkan kitaran kehidupan.

PENGUNJUNG melihat dari dekat burung helang di Tanjung Tuan.
Walaupun waktu penghijrahan berbeza mengikut spesies burung, kebiasaannya penghijrahan ke hemisfera selatan berlaku antara September hingga November (musim luruh) dan kembali semula ke utara antara Mac hingga Mei (musim bunga).

Ketika pulang ke hemisfera utara dari Sumatera, Tanjung Tuan seperti namanya, sebuah tanjung di Semenanjung Malaysia yang menghadap Pulau Rupat, Sumatera, adalah tempat persinggahan wajib burung pemangsa.

Mengapa Tanjung Tuan menjadi pilihan sedangkan banyak kawasan lain yang mempunyai ciri fizikal sama seperti tanjung ini. Mengikut maklumat Projek Kajian Migrasi Raptor Asia, tempat persinggahan burung pemangsa tidak berubah sejak ribuan tahun lalu dengan kawasan yang menjadi pilihan ialah tanah tinggi dan tanjung menghadap selat.

Oleh itu, tidak hairan beberapa tempat di negara ini seperti Taiping, Perak, malah Bukit Melawati dekat Kuala Lumpur, menjadi tempat persinggahan burung pemangsa.

Bagaimanapun, Tanjung Tuan mempunyai kedudukan istimewa menyebabkan Kelab Burung Oriental (OBC) meletakkan tempat ini antara 10 lokasi persinggahan utama burung pemangsa di Asia Timur.

Kalangan pakar burung berpendapat bahawa burung pemangsa memerlukan termal, iaitu udara panas dari bahang matahari yang menimpa daratan untuk terbang di udara.

Termal dari tanah tinggi dan kawasan rendah membolehkan burung meluncur ke angkasa dan meneruskan perjalanan. Selepas suatu tempoh tertentu, proses mendapatkan termal berulang hingga tiba di destinasi.

Ibarat sebuah kereta yang hendak memulakan perjalanan jauh melalui lebuh raya, begitulah burung pemangsa.

Haiwan ini yang datang dari Sumatera melintasi Selat Melaka dan selepas melalui udara sejuk memerlukan termal untuk perjalanan lebih jauh.

Tempat yang paling hampir di tanah besar Asia dengan Sumatera ialah Tanjung Tuan menyebabkan tanjung bertuah ini menjadi pilihan helang untuk berehat dan mendapatkan termal.

Berbeza dengan tempat persinggahan lain di Asia Timur, Tanjung Tuan dikelilingi kawasan yang maju dan berhampiran Port Dickson menyebabkan tempat ini menjadi tumpuan pencinta burung untuk menyaksikan fenomena alam ini.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan serta pelbagai agensi kerajaan lain dan sektor swasta mengadakan Minggu Melihat Burung Pemangsa atau RWW (Raptor Watch Week).

Bermula sejak tahun 2000, RWW ke-9 pada tahun ini diadakan di Tanjung Tuan pada 15 dan 16 Mac lalu.

Presiden MNS, Anthony Sebastian, berkata RWW kini menjadi program yang semakin mendapat tempat di kalangan pencinta burung bukan saja di negara ini, malah seluruh dunia.

Katanya, RWW adalah satu-satunya program melihat burung pemangsa di Asia Tenggara, manakala Tanjung Tuan disenaraikan sebagai lokasi burung pemangsa utama oleh BirdLife International, National Geographic Society dan Hawk Mountain.

揗atlamat MNS ialah meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat mengenai keajaiban alam yang berlaku di negara ini. Pada masa sama, kita mahu melindungi Tanjung Tuan sebagai hutan hujan tropika pantai yang amat berharga kepada negara,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 09:57 AM | Show all posts
such a majestic animal (ewahhh!!)
ske tgk helang. masa kecik2 dulu berangan la nk bela helang haha.
sbnrnya mcm2 nk bela..i juz luv animals
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 1.027780 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list