|
bukan thn lepas dah nmpk kan objek nibiru ni... aku pon x pasti sbb aku tgk sendiri... ingatkan ufo mana lah warna merah... aku siap sembunyi2 lagi kat tiang takut2 dia bom ke kan...
pada aku... korg jgn lah takut atau buang mentah2 apa yg hebat di katakan tu.... bukan semua kata2 tu boleh ambik... atlis ada lah sikit buat ko insaf nak taubat kan... apa yg pasti qiyamat sdh dekat dan bila qiyamat sdh dekat org kafir akan kata kat mana nak lari, mcm mana nak slamat... selamat beramal |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan nafi dakwaan Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012
2010/12/14
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.
Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul planet nibiru ni dijangka langgar bumi bole tengok fasha sandha pakai tudung.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak tambah sikit..
dari Surah A-LI' IMRAN AYAT 7
bermaksud - Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya ( memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Ni satu lagi..
dari Surah Al-A'raaf ayat 187
bermaksud - Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari Kiamat: "Bilakah datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesunggguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." |
|
|
|
|
|
|
|
tanya sikit bole?? kenapa semua planet bentuk bulat ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kiamat tu pasti akan berlaku...bila? Wallahualam....
Balik pasal Nibiru ni...benda ni ditimbulkan oleh sorang pemilik laman web Zeta Talk yang kata dia boleh berkomunikasi dengan makhluk asing melalui implan dalam kepala dia....dan dia kata alien2 ni suruh bagitau kat kita semua pasal kehadiran Nibiru (tapi nape tak alien tu aje yang datang sini tolong pindahkan kita?)
Dan paling menarik..kata pemilik Zeta Talk tu, Nibiru ni nak masuk orbit Bumi tahun 2003..... dan sebab Mayan Calendar tengah VOGUE la ni, maka diupdate ke 2012...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang ada Google Earth, then tukar Earth to Sky..
cuba type di Location Search coordinate ...
bluemenx Post at 27-12-2009 13:21
NASA boleh block Google Sky tapi NASA langsung takleh block beribu2 amatur astronomer keliling dunia dari hala teleskop masing2 ke situ..... |
|
|
|
|
|
|
|
planet bukan bulat sangat, sebenarnya mcm batu, berceranggah, nampak bulat sebab ada lautan, ada pokok2, kalu kering semua air di bumi, bumi takkan nampak bulat |
|
|
|
|
|
|
|
Planet jubolu ade juga dekat dgn planet jubomu
(posted by mobile) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang terbaru citer pasal Elenin..x1 yang baru saja ditemui..ahak2 dec 2010.. oleh astronomer russia..kelas comet dan tak kena bumi..cuma.. bila dia allign ngan bumi..dan matahari ader saja kejadian macam gempa bumi..link http://www.elenincomet.org/Elenin_Comet.html |
|
|
|
|
|
|
|
Nibiru mula dikesan pada tahun 1983 oleh IRAS..infra red satelit.tapi waktu tu bentuk dia cuma dot merah...then diorang cuma rekod macam bintang2 kecil yg lain...then 10 tahun dia makin dekat dan makin jelas dalam teleskop...masa nilah diorang start follow dan kaji semua aspek,daya graviti,panjang satu pusingan dengan matahari..then 2006..confirm benda makin dekat dah boleh dilihat dgn mata kasar terutama di sebelah hemisfera selatan.Nasa buat kajian mendalam then declare that benda tu mmg besar dan boleh di klasifikasikan sbg planet.kaji punya kaji bintang ni akan completkan dia punya pusingan dgn matahari pada tahun 2012.,which is dia akan berada sangat close dgn bumi...start bulan may...sept..then paling paling dekat pada decmber 2012....bulan may tu dah start macam macam mega disaster yg related dgn kerak dn core bumi..iaitu..gunung berapi dan gempa bumi...then bulan december tu bumi akan terus ikut rentak tarikan graviti nibiru yg sekaligus memutarbalikkan kutub utara dan selatan...cuba korang pusingkan globe ikut arah jam..then terbalikka kutub utara jadi kutub selatan...ha...maka bermulalah bumi berputar lawan arah jam...maka matahari tak lagi terbit dijepun....semasa proses pemutaran kutub ni..bumi akan berada dlm kegelapan yg lama..then kutub akan berada betul2 mengadap matahari...maka cairlah ais gergasi kat situ....bannjir besar akan berlaku dan diikuti dgn tsunami ...tenggelamlah sebahagian dari permukaan bumi.
Persamaan yg di ceritakan oleh nostradamus
-akan ada burung api beekor dari langit dtg menghancurkan bumi....rupa bentuk planet nibiru ni mmg macam burung...ada kepak ( bulan-bulan)...dan ekor.
Yg diceritakan olen puak maya
-tarikh akan terhenti dan bermula perkiraan baru......bila matahari dah terbit dari barat..calendar pun akan bermula balik dari awal.
Yg banyak di ceritakan dlm quran..(quranlah yg paling jelas menceritakan persamaan fenomena ini walaupun tak bagitahu bila tarikh tarikhnya..)
-matahari terbit dari barat
-langit seakan warna merah darah
-tiupang sangkakala....mungkin dari ngaungan metal bumi yg berputar ikut graviti nibiru
-siang akan berada dlm kegelapan
-gunung gunung hancur berterbangan
-banjir besar..
So 2012 bukanlah pertembungan bumi dgn nibiru...cuma berada dekat sahaja.
Bumi sebenarnya dah menerima massage dari hidupan2 super interligent lain yg berada di alam maya ni....salah satunya melalui massage ' crops circle'..Mereka dah bagitahu tentang kedatangan nibiru...tapi kita manusia tak dapat mentafsir dgn tepat....
Tu jer untuk setakat ni...aku dah follow nibiru sejak nasa declare pada 2006... Banyak article/buku pasal ni...cuma nak percaya atau tak jer...
Cubayang kan kalau NASA declare nibiru as ancaman kiamat...Dunia akan jadi sgt huru hara..
-orang akan pakat2 berenti kerja...duduk rumah abiskan masa yg tinggak sikit2dgn org tersayang
-ekonomi merundum..bila semua dah tak produkif
-pemiutang akan rasa tak apa kalau tak bayar utang...
-orang berebut hak hartanah..sbb nak buat kawasan perlindungan
-matawang akan jadi x bernilai
-kes bunuh diri akan meningkat..
Bannnnyak lagi....walaupun aku pun mulanya skeptikal dgn perkara ni tapi kita kena berfikiran wajar...kaitkan perkara diatas dgn quran yg tak pernah nyatakan bila tarikhnya...( sekali lagi pendekatan terbaik adalah dari alquran)...
Jgn tolak mentah apa yg di ceritakan...tak semestinya kita kena percaya...kiamat itu benar...kehancuran itu benar.....plan for the better...prepare for the worst |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan org islam hanya dapat tgk dajal, yakjuj makjuj matahari terbit barat binatang melata turun nabi isa angin dari barat yg membunuh org beriman, lepas tu tiada umat islam lagi di dunia dan kiamat beberapa tahun kemudian hanya org kafir ja melihatnya |
|
|
|
|
|
|
|
ya bila dah takde orang azan/sebut nama Allah, ini dah fasa terakhir dah ni..
orang yang mempunyai sedikit iman di tarik nyawa dengan angin sepoi sepoi bahasa.
kita pikir zaman imam mahdi yang bakal datang sudehh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bbalik at 24-8-2011 08:51
dolu masa aku sekolah planet yang last pluto jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|