CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6264|Reply: 10

Kedai & Gambar lama

[Copy link]
Post time 9-6-2008 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Sesiapa yang tahu di kedai gambar mana boleh kita hantar foto-foto lamauntuk diselamatkan?

Diselamatkan ini maksudnya
(1) dibuka dari framekaca dan gambar akan kekal elok - tak melekat pada kaca
(2) gambar discan semula dengan hasil yg cantik
(3) gambar di shoot semula denganhasil yang cantik

tenkiu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 08:09 PM | Show all posts
bang..aku tak pasti la kedai foto mana yg ada servis ni .. tapi servis yg kau nak ni biasanya arkib atau muzium je yg buat .. bawah teknik reprography ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 05:11 PM | Show all posts
kerja-kerja recondition gambar ni YS Photo di seksyen 15 subang jaya ada buat. gambar lama, dia scan balik dan bagi nice touch up ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 02:23 PM | Show all posts

Reply #3 stormyrain's post

berapa harga yg dia charge?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 06:44 PM | Show all posts
menarik ni..kebetulan ada kawan ckucin tgh cari kedai camni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 09:18 AM | Show all posts
harga bergantung kepada "kesukaran" krja recondition yg nak dibuat. kalau gambar dah koyak rabak dan dia susun semula, mahal la. tapi kalau setakat dah pudar dan nak enhance kan semula warna, rendah sikit harganya. tapi ni pun dalam RM30 gak rasanya.

aku dah survey banyak kedai dan pada aku YS Photo ni murah sikit.  

nanti aku nak balik kampong dan carik gambar2 lama mak bapak aku. kalau aku tak buat, habislah anak cucu aku tak merasa tengok gambar-gambar ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2008 09:44 AM | Show all posts
Nostalgia Tunku Abdul Rahman

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
[email protected]

Setiap kepingan gambar lama Tunku Abdul Rahman yang hampir rosak dan lusuh, tidak dibiarkan begitu saja. Tapi, diperbaiki dan diceriakan semula. Bagaimanakah caranya?



Sedikit pudar dan lusuh sehingga hampir melenyapkan kandungan dalam gambar. Barangkali kerana ia gambar lama yang acap kali bertukar lokasi simpanan atau pun terdedah pada persekitaran yang tidak menentu. Sebahagian daripadanya pula sudah bercapuk dan tertanggal.

Siapakah empunya diri yang berada dalam gambar tersebut? Cuma jelas kelihatan seorang jejaka yang segak menyarungkan sepersalinan sut, bercermin mata, rambut disisir rapi dan berposing di kereta antik.

揑nilah gambar mantan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman sewaktu remaja. Jika diteliti gambar asal, agak sukar mengesan wajahnya kerana gambarnya semakin gelap.

揘amun, selepas dibaiki dan diterangkan, bukan sekadar wajah Tunku dapat ditatap malah latar belakang dalaman gambar jelas kelihatan. Lebih-lebih lagi apabila ia dicetak di atas kanvas berkualiti,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 09:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 10:19 AM | Show all posts
gunakan scan dan photoshop cs3 atau cs4
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 08:29 AM | Show all posts
Cuba di Galeri Canvas Pixels di Taman Prima Saujana, Kajang
Owner dia Sharul Ridzuan

Dia guna teknik "wasacth tech"

Harga baik pulih gambar antara RM150 - RM800

Ni alamat dia D-1-GA, Jalan Prima Saujana 2/F, Taman Prima Saujana, Kajang
012-6328936
018-3688928

(aku dapat maklumat ni dalam Utusan hari ini)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 05:52 PM | Show all posts
Menyegarkan kembali foto lama yang pudar

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL



Sharul Ridzuan memegang potret hasil kolaj dan isterinya, Khairul Bariah memegang sebuah potret lama yang telah mengalami proses restorasi.

PEPATAH Inggeris ada menyebut sekeping gambar mampu menceritakan seribu kisah (a picture can tell a thousand stories). Sekeping gambar juga mampu mengembalikan memori indah bukan sahaja kepada pemiliknya malah beberapa lapisan generasi selepas itu.

Fitrah manusia, semakin meningkat umur daya pemikiran juga semakin berkurang, lalu melalui gambarlah segala peristiwa dan kenangan dirakam untuk dikongsi dengan generasi seterusnya.

Namun seiring penambahan usia, gambar juga akan mengalami proses 'penuaan' akibat pendedahan kepada udara, titisan air dan cara penyimpanan yang kurang sempurna.

Imej pada sekeping gambar akan terhakis dan meninggalkan tompok-tompok putih yang menjejaskan kualiti keseluruhan gambar tersebut.

Lebih teruk, kerosakan menular hingga menyebabkan wajah individu atau imej pada gambar hilang terus tanpa dapat dikesan. Kebimbangan bahawa gambar yang disimpan akan terus pudar dan rosak begitu sahaja telah membawa kepada terciptanya teknologi restorasi yang begitu bermanfaat bukan saja untuk individu malah dalam dunia fotografi itu sendiri.

Terima kasih juga kepada penciptaan teknologi wasacth, iaitu gabungan teknik penggunaan bahan kimia terpilih, kreativiti dan perisian Fotoshop yang mampu mengembalikan seri gambar yang pudar dan tidak lengkap.

Bukan sekadar membaik pulih gambar malah teknologi ini juga mampu memberi warna kepada gambar hitam putih.

Walaupun teknologi ini berasal dari Amerika Syarikat, namun anak tempatan kini telah berjaya mengadaptasi dan menzahirkan beberapa lagi teknik restorasi berasaskan gabungan beberapa teknologi yang diberi nama wasacth tech.

Nama Sharul Ridzuan Abdul Salam, 33, dan Khairul Bariah Denan, 26, mungkin tidak begitu dikenali kerana mereka bukanlah jurugambar popular yang pernah mengadakan pameran solo dan sebagainya.

Namun, mereka adalah 'orang di belakang tabir' juga anak tempatan pertama yang mempelopori wasacth tech di negara ini.

Bermodalkan dengan minat yang mendalam, Sharul mengutip pengalaman bekerja di sebuah syarikat swasta selama lapan tahun sebelum benar-benar bersedia untuk mewujudkan galeri gambarnya sendiri.

Minat dicambah dan modal dikumpul hari demi hari, seiring dengan asahan kreativiti dan eksplorasi teknologi, Sharul bertekad untuk menjadi pemangkin dalam teknologi wasacth ini.

Kalau sebelum ini ramai yang menganggap teknik restorasi gambar adalah untuk golongan elit sahaja, Sharul mahu mengubah semua tanggapan tersebut. Ini kerana beliau mahu menjadi anak tempatan pertama yang bukan sekadar mempelbagaikan gabungan teknik malah menawarkan dalam harga yang amat berpatutan dan boleh dinikmati oleh golongan yang berpendapatan sederhana.

Teknik wasacth

Jelas Sharul lagi, tanpa perlu negatif asal, gambar yang telah pudar dan rosak boleh kembali kepada asal dengan teknologi ini.

"Gambar yang ingin dibaik pulih akan melalui beberapa proses sebelum dicetak di atas kanvas. Kami juga akan meletakkan sejenis bahan kimia khas yang akan membuatkan gambar tersebut mampu bertahan sehingga lebih 20 tahun asal tidak terkena percikan air," jelas Sharul ketika ditemui di galerinya, Canvas Pixels yang terletak di Prima Saujana, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Sharul berkata, penggunaan kanvas untuk cetakan adalah lebih baik daripada cetakan di atas kertas biasa, ini kerana cetakan di atas kanvas mampu menghasilkan kualiti dan ketahanan yang lebih lama.

"Jika gambar yang ingin dibaik pulih rosak sepenuhnya di bahagian wajah, gambar rujukan diperlukan supaya kami boleh membentuk semula wajah yang telah hilang. Namun, jika hanya separuh wajah yang telah hilang, dengan teknologi yang ada, kami boleh membinanya semula.

"Bagi yang masih ingat warna pakaian yang dipakai pada gambar hitam putih boleh 'mewarna' gambar tersebut seterusnya menghasilkan gambar baru yang lebih ceria," ujar Sharul yang pernah membaik pulih gambar lama yang diambil pada tahun 1813 milik sebuah kafe di Ampang, Selangor.

Sharul juga pernah menerima tempahan membaik pulih gambar daripada seorang Inggeris yang tinggal di Australia.

"Wanita Inggeris yang berusia lebih setengah abad mengetahui tentang khidmat kami menerusi internet dan terus menghantar emel kepada kami gambar yang ingin dibaik pulih yang telah disalin semula," katanya sambil menunjukkan gambar wanita tersebut kepada penulis.

Menurut Sharul, proses membaik pulih atau mewarna gambar bergantung kepada tahap kerosakan gambar.

Katanya, jika sedikit sahaja yang terjejas, proses membaikpulih mungkin hanya mengambil masa tiga hari tetapi ada juga memakan masa selama dua minggu atau tiga minggu.

Selain proses restorasi, Sharul turut boleh memindahkan gambar dari satu gambar ke gambar yang lain.

"Contohnya, koleksi gambar pengantin di mana pemiliknya mungkin tidak suka reaksi wajahnya di atas pelamin sebaliknya lebih suka wajahnya ketika berjalan beriringan, jadi gambar wajah ketika berjalan dipindah ke gambar mereka sedang bersanding di atas pelamin tanpa ada sedikit pun kelainan," tambah Sharul lagi.

Berdasarkan pengalamannya bekerja dulu, kebanyakan hanya orang Cina yang memanfaatkan teknologi tersebut. Malah, hasil kaji selidik yang dibuatnya sendiri mendapati orang Melayu menganggap proses restorasi ini sebagai sesuatu yang mahal dan hanya mampu dibuat oleh golongan berada sahaja.

"Harga untuk proses membaik pulih bermula daripada RM150 hingga RM800 mengikut saiz serta tahap kerosakan gambar. Sekali imbas harga itu mungkin agak mahal, tetapi harus diingat ia merangkumi proses cetak dan bingkai gambar yang mengikut cita rasa pelanggan.

"Jadi saya rasa ia amat berpatutan berbanding nilai gambar itu sendiri yang mungkin membawa makna cukup besar kepada pemiliknya," jelasnya yang turut bercita-cita mewujudkan rangkaian Canvas Pixels di seluruh negara suatu hari nanti.

Info galeri

Galeri Canvas Pixels mengambil sudut tepi rumah kedai di Taman Prima Saujana. Ia menempatkan pelbagai koleksi gambar yang telah melalui proses restorasi, mewarna, kolaj, menukar latar belakang dan teknik memindah gambar.

Walaupun baru berusia tiga bulan, galeri ini telah mula dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung dari Kajang dan Kuala Lumpur.

Dekorasinya yang lapang dan pemilihan cat yang ceria membuatkan ia tampil dengan konsep galeri yang lain daripada kebiasaan.

Selain perkhidmatan yang telah disebut di atas, mereka turut menjual gambar lukisan untuk perhiasan rumah dan pejabat.

"Kami ingin pengunjung memahami sendiri perkhidmatan menerusi gambar sebelum dan selepas yang dipamerkan. Selain itu, mereka boleh mencuci mata dengan pelbagai koleksi lukisan pemandangan yang eksklusif di sini," jelas Sharul mengakhiri perbualan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 2.515214 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list