View: 10794|Reply: 19
|
keturunan daeng ahmad (wak minah)
[Copy link]
|
|
kepada sesiapa yang tau asa usul daeng ahmad.. sy nak sgt tau asal usul keturunan saya ini... |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku keturunan daeng ni dari aceh atau sumatera..kalau tak silap laa..tapi mmg asal sebelah2 sana..location yg betul2 aku x tau laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama lah.. ni tgh baca lagi.. thanks ah!! |
|
|
|
|
|
|
|
pehal avatar tuan rumah dan tetamu sama je ekk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 surayaarshad's post
nickname awak tu macam.. nama......he he ..saya keturunan daeng jugak (Bugis) selangor +perak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miftahuljamilah at 14-6-2008 04:26 PM
nickname awak tu macam.. nama......he he ..saya keturunan daeng jugak (Bugis) selangor +perak
nama penuh saya lah tu.. saya bugis perak+johor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya nama Daeng nie asal usul kebanyakan dari Sulawesi iaitu Bugis. Susur galur keturunan anda mungkin merantau ke Semenanjung Tanah Melayu semasa zaman2 penjajahan Belanda-Inggeris. Mungkin jugak anda keturunan dari 5 daeng bersaudara yang tercatat dalam sejarah tanah melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita lah sikit pasal Daeng nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
daeng ni gelaran kerabat diraja bugis.mcm kt m'sia ni kerabat diraja guna gelaran tunku,tengku,raja DLL.dlm sejarah m'sia ada disebut "daeng 5 bersaudara" iaitu Almarhum upu daeng perani,upu daeng merewah,upu daeng chelak,upu daeng kemasi dan upu daeng menambun.diorg ni anak kpd almarhum upu tendriburang daeng rilaka ibni raja upu la'maddusila.datuk diorg ni adalah raja bugis yg masyhur sekali dlm sejarah bugis dan merupakan raja bugis yg pertama memeluk agama islam.diorg 5 bersaudara ni dtg belayar ke tanah melayu semasa bugis diserang oleh belanda dan mereka telah memainkan peranan yg penting dalam sejarah melayu.nak tahu lebih lanjut mengenai 'daeng',bacalah kitab tuhfat an-nafis dan salasilah melayu-bugis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 surayaarshad's post
Surayaarshad,
Carikan "siapamoyanganda" mengguna mana-mana browser pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
yang nih daeng sadeli
800 ahli keluarga Daeng Selili berkumpul
ANTARA yang hadir pada perhimpunan terbesar kedua keluarga Kulop Daeng Selili di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Seramai 800 orang ahli keluarga daripada keturunan diraja Bugis, Daeng Selili berkumpul sempena perhimpunan terbesar kedua generasi itu hari ini.
Presiden keluarga tersebut, Datuk Mohamed Ibrahim Osman Bashah berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi ketujuh sehingga kesebelas keturunan Kulop Shah iaitu cucu kelima Daeng Selili.
Menurut Mohamed Ibrahim, beliau turut berbangga kerana keturunannya melahirkan banyak insan cemerlang.
Beliau berkata, antaranya bekas Duta Malaysia di Belanda, Datuk Faridah Ariffin; ahli korporat, Datuk Mohd. Adnan Arifin; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin; Ketua Kakitangan Perkhidmatan Markas Tentera Darat Kem Sungai Besi, Brig. Jen. Datuk Mohd. Razif Idris serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Ahmad Makarudin.
Ibrahim berkata, ahli keluarganya yang paling tua ialah Noriah Mat, 80, yang merupakan isteri kepada anak bongsu Kulop Shah iaitu Kamaruzaman. |
|
|
|
|
|
|
|
keturunan sultan johor berasal dari daeng mana?( betul ke soalan aku ni??/) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 eveready\ catat
keturunan Sultan Johor berasal dr Almarhum Upu Daeng Perani...dari isteri ke-3 baginda iaitu Tengku Tengah dimana anak @ cucu baginda (perempuan) berkahwin dengan seorg Temenggung Johor (yg mewarisi takhta kesultanan Johor skrg)
[ Last edited by fuel_i at 13-2-2009 02:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# surayaarshad
CERITA DAENG AHMAD, SAMA DENGAN SALASILAH YG ADA PADA SAYA (TAHUN 1930), SILA HUBUNGI SAYA, SEBAB SAYA SEDANG MENYUSUR DAN CUBA MELENGKAPKAN SALASILAH SAYA. SAUDARA TERPUTUS DARI ZAMAN DATUK ADALAH DI KAWASAN PT BAKAR DAN SERKAM MELAKA. SAYA DI MELAKA (EMAIL: admantau@yahoo) .... |
|
|
|
|
|
|
|
KITA MEMILIKI SALASILAH YG SAMA. HARAP HUBUNGI SAYA direct WA: 011 15785849
Saya dr salasilah Daeng Ahmad.
Sy juga Sama spt dgn apa yg sdra Dauf katakan..(punya salasilah pd tahun 1930)
Dan cuba mengatur semula salasilah. Saya di kl. |
|
|
|
|
|
|
| |
|