|
Apakah ada had umur untuk menjadi penulis danpengarang kreatif? Atau lebih tepat, apakah ada istilah tua untukmemulakan penulisan karya kreatif?
Dalam satu bengkel yangpernah saya hadiri, salah seorang pesertanya berusia kira-kira 60tahun. Jauh di sudut hati, saya tertanya-tanya apakah usia lewatmengizinkan penulis untuk mencipta nama dalam dunia sastera.
Bagaimanapun,sastera dan dunia kreatif selalunya tidak mengendahkan senioriti untukmenghasilkan karya serta mencipta nama. Meskipun, ada kecenderunganuntuk mengangkat senioriti dalam dunia sastera -misalnya dalampenganugerahan hadiah sastera tertentu-, karya yang mencetuskanfenomena atau mengejutkan khalayak atau meraih hadiah selalunya tidakmengira sudah berapa lamakah pengarang itu menulis.
Secaralumrahnya, kita mengakui sasterawan mapan itu lahir selepas melaluiperingkat kepengarangan dan karyanya terbukti oleh zaman, tetapi kitatidak boleh menafikan karya baru yang segar dan besar juga boleh lahirdaripada mereka yang baru bertatih atau yang digelar penulis setahunjagung.
Justeru, tidak hairanlah pada peringkat antarabangsa,pengarang baru dari Lubnan, Rawi Hage, menewaskan nama besar untukmeraih Anugerah Kesusasteraan Impac Dublin. Moga-moga, khalayak sasterakita dapat belajar daripada senario sastera dunia.
Novelis Baru Menumpaskan Roth, Pynchon dan Atwood untuk Merangkul Hadiah Impac
PengarangLubnan, Rawi Hage, menulis dalam bahasa ketiganya, meraih AnugerahKesusasteraan Impac Dublin bernilai RM642,000 (
|
|