CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6138|Reply: 12

Kaunseling Remaja: Bersukan, puasa sunat elak keinginan onani

[Copy link]
Post time 26-6-2008 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Kaunseling Remaja: Bersukan, puasa sunat elak keinginan onani


SAYA berusia 13 tahun. Masalah saya ialah saya terlalu ketagih melakukan onani. Untuk pengetahuan Dr hampir setiap hari saya akan melakukannya. Saya cuba untuk berhenti tetapi tidak boleh.

Apakah yang harus saya lakukan. Saya sudah cuba bermacam-macam cara untuk berhenti tetapi tidak boleh.



KAMAL
Kedah.

ADIK, terima kasih Dr ucapkan atas kesudian menceritakan masalah. Adik ingin berubah untuk tidak melakukan onani dengan kerap. Dengan usia adik yang muda, tentunya melakukan onani dengan begitu kerap akan memberi kesan.

Dr nasihatkan adik berjumpa pakar perubatan untuk mengetahui apakah kesan-kesan melakukan onani dengan begitu kerap. Adik juga boleh meminta nasihat bagaimana untuk mengurangkan ketagihan melakukan onani adik itu.

Dr minta maaf kerana tidak dapat menasihatkan adik mengenai kesan kerap melakukan onani dari sudut kesihatan kerana Dr bukanlah dari bidang perubatan.

Dari sudut psikologi, sesuatu yang menyeronokkan akan lebih banyak diulangi dan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan.

Bagaimanapun, jika ia membahayakan dari sudut kesihatan dan tiada cara merawatnya, adik perlu mengurangkan amalan onani, terutama secara kasar.

Banyak cara yang boleh adik gunakan untuk mengurangkan ketagihan onani, antaranya kaedah terapi aversi.

Terapi ini adalah satu bentuk mengubah tingkah laku yang menggunakan rangsangan yang menyakitkan dalam usaha membantu pesakit mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Contohnya, apabila keinginan adik melakukan onani timbul, adik lakukan sesuatu yang menyakitkan supaya minat beronani akan hilang.

Untuk mengelak memikirkan keinginan beronani, adik boleh melakukan kerja-kerja seperti bersukan dan berpuasa sunat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 09:56 AM | Show all posts
bagus artikel ni.. cuma doc ni kene kasi details lah apa yg perlu.. dr segi masa, waktu, kesesuaian dll..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 11:46 AM | Show all posts
iyerrr..betul tuh..kalo teransang nak onani musti wat bende yg bleh jatuhkan minat nak onani..contohnyer mkn sampai knyang...biler kenyang tentu malaskan..biler mals trus nak tido.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #3 teky's post

mmm..logik gak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 01:11 PM | Show all posts
aku SOKONG!!! hehehe. erm aku pn pnh bace gak. aku x tao lak onani smpai menyebabkan ketagihan. so kaum adam beringat2 la ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #4 pressor's post

ermmm...tenkiu..aku mmg bercakp berunsurkan logik..heheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2008 02:08 PM | Show all posts

Reply #5 crewzmania's post

kaum pompuan pon samerr....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 02:58 PM | Show all posts

Reply #7 teky's post

btoll..sama2 lah beringat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 03:36 PM | Show all posts
haiyooo tiap2 hari...


mau naik lunyai punai budak nih!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 03:50 PM | Show all posts

Reply #7 teky's post

eh mane de eh. kaum perempuan bukan susah ke? aku jrg dgr kes perempuan melancap. sbb perempuan x macam lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 07:14 PM | Show all posts

Reply #10 crewzmania's post

tp tetap   ada kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 07:16 PM | Show all posts

Reply #10 crewzmania's post

pompuan kan malu2..kalo die melancap pon xkan die nak kasi tau org....ermm nak2 klo da ader org kasi tau..aper rasenyer kann.............????????????


ermm xmustahil porumer kat sini ader yg wat......
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 07:20 PM | Show all posts

Reply #10 crewzmania's post

pompuan kan malu2..kalo die melancap pon xkan die nak kasi tau org....ermm nak2 klo da ader org kasi tau..aper rasenyer kann.............????????????


ermm xmustahil porumer kat sini ader yg wat......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058340 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list