CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

volvo C30

[Copy link]
 Author| Post time 27-6-2008 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by volvomania at 27-6-2008 08:48 AM


mmg le bolbo oldskool 240, 740 & 940 macho! boxy tu beb! sebab tu aku pakai....



VM.. tu prime mover volvo ke (avatar ko) ??  tapi satu aku nak stress gak.. actually kalu prime mover  scania lebih fofular dari volvo sikit...  ada prime mover volvo ..tapi tak sebanyak yg pakai scania, ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 27-6-2008 10:16 AM



VM.. tu prime mover volvo ke (avatar ko) ??  tapi satu aku nak stress gak.. actually kalu prime mover  scania lebih fofular dari volvo sikit...  ada prime mover volvo ..tapi tak sebanyak yg ...


ya..kepala trak volvo kat Volvo Museum (Gothenburg, Sweden). Banyak kepala trak yg best sekarang, selain volvo & scania yy dtg dari sweden, MAN pun best, renault pun best, Merc Action pun best...semua yg datang dari euro mmg best2...
dulu ada iveco, tapi sekarang ni volvo, scania, MAN dan renault yg dominasi pasaran trak kat mesia ni.

kalau kat states ada peterbuilt, mack, international dan banyak juga volvo..

aku start keta konti dgn bimmer lama(E30->E28supra engine)...bapak aku dari dulu merc W123->W124->W126 SEL(current).
masa aku start keje, member2 semua kutuk aku beli keta lama...nak buat camana? dah minat...sukati aku la heheh
at one time aku ada dua bijik keta lama, bimmer E28 & volvo 740. bimmer tu aku buat projek car masuk enjin supra turbo.
padahal dua2 keta tu aku beli dgn rega yg agak murah sbb malas nak utang2 dgn finance...

setelah aku biasa pakai 3 brand, bimmer, merc & volvo, aku dapati volvo lebih affordable & long lasting dan yg paling penting safety...so, start lah volvo for life..sampai sekarang umur aku 32...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2008 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by volvomania at 27-6-2008 10:34 AM


ya..kepala trak volvo kat Volvo Museum (Gothenburg, Sweden). Banyak kepala trak yg best sekarang, selain volvo & scania yy dtg dari sweden, MAN pun best, renault pun best, Merc Action pun bes ...



wowzieeee best ek  pakai keta lama camtu.. aku mmg respect  dan suker tgk keta lama volvo... kalu kat jalanraya mmg volvo yg catch aku.....

ko dah pergi ke volvo museum tu???  best nye ko......  

btw next year aku gi kilang scania kat sweden .. dapat tiket pree so pergi ler.. bulan lepas dah dapat trip pergi tapi aku tak pergi.. keja banyak..  so this time  boley ler...  dapat pun sbb parents aku contract ngan scania..  so dapat 2 tiket.. aku pegi next year punya.. bapak aku pegi ngan mak aku last month.. gilerrrrr tempat dia..

kat sini kalu scania buat makan2 mmg aku pegi..   aku pegi  visit tempat depa kat bkt jelutong sana  mmg best  VM.. bus2 depa pun besar.. aku suka yg dabel decker tu... selesa tul!!  bas2 scania mmg selesa  harga pung... paham2 je ler....   prime mover depa kira wokey  juga.. competitive gak dgn volvo...  dulu guna hino... pastu baru tukaq  scania..

keta tetap pakai volvo.. dari yg zaman tok kadok tu...  sampai  sekarang dia pakai yang s70 tu...
(tingat aku plat keta volvo bapak aku yg pertama  PF  ****...    LMFAO..   dia beli second hand mana ntah.. tapi  aku suka keta tu.. mula2 beli  warna blue sky tu... pastu dia gi tukaq2 kaler.. putih ler..  hijau ler..  aku pun tak ingat tapi  dia modify ler.. then dia bagi abg aku..)

dapat gak offer beli prime mover dgn volvo dan merc.. tapi  so far scania punya prime mover mmg wokey...    tak tau ler kalu nanti tukaq volvo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #22 volvomania's post

setelah aku biasa pakai 3 brand, bimmer, merc & volvo, aku dapati volvo lebih affordable & long lasting dan yg paling penting safety...so, start lah volvo for life..sampai sekarang umur aku 32...


ahhhh  tak lama lagi byk ler pm ko dapat...nak kenal dgn ko...      terutama dari mod takumi...  muda2 dah pakai beemer ngan volvo...  respek wooooooo  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 27-6-2008 11:18 AM



wowzieeee best ek  pakai keta lama camtu.. aku mmg respect  dan suker tgk keta lama volvo... kalu kat jalanraya mmg volvo yg catch aku.....

ko dah pergi ke volvo museum tu???  best nye k ...


woit...mana aku pernah gi ke sana? aku melawat museum dari internet je lah...
mana aku ada duit nak ke sweden tu?? aku insan marhaen pemakan gaji je...

yg aku ada cuma minat yg mendalam terhadap keta2 konti...

pada sesiapa nak tips atau berminat pd keta2 conti lama ni pm jer aku. insyaallah aku akan bantu secara teknikal mana yg aku tau...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:01 AM | Show all posts
volvo adlh kete plg safety dan audio sistem adalah yg tbaik....x rugi beli volvo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2008 01:02 AM | Show all posts
volvo adlh kete plg safety dan audio sistem adalah yg tbaik....x rugi beli volvo
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 03:03 AM | Show all posts

Reply #27 yosh's post

bro, u cant say it is the safest ("paling safety") car...  kalau jatuh gaung, kong jugak driver and passengers dia..

yet, Volvo has scored the highest points in car crash test..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 03:04 AM | Show all posts
Volvo V50 is still my fav choice!!! i'll take the T5 2.5 please..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2008 08:10 PM | Show all posts
Kereta pintar
Oleh Mohd Razlan Salleh


[table][tr][td][/td][td]EKSEKUTIF muda yang masih mencari kenderaan yang sesuai dengan status mereka bolehlah 憁enjeling
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2008 07:18 AM | Show all posts
Kompak mewah -
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR

Walaupun pada awalnya Volvo tegar dengan reka bentuk konvensional yang bersegi, namun ia tidak dapat menolak revolusi cita rasa aerodinamik hari ini.



VOLVO akhirnya keluar daripada reka bentuk sterotaipnya.

SELAIN gedung peralatan rumah IKEA, Sweden telah melahirkan produk automotif yang terkenal di seluruh dunia - Volvo. Syarikat pembuat kereta, lori dan bas ini telah mula beroperasi secara komersiol sejak tahun 1927 dan melalui pelbagai pengalaman pahit getir bagi 80 tahun berikutnya untuk terus berada dalam senarai penggiat automotif.

Era sebelum Perang Dunia Kedua menyaksikan ratusan pembuat dan pengeluar automotif seluruh dunia, namun hari ini hanya tinggal puluhan nama yang masih terus bertahan.

Sama ada dimiliki secara langsung, pemilikan saham perkongsian, ataupun dibeli syarikat asing, banyak pembuat kereta moden yang masih kekal pada hari ini terpaksa mengenepikan status kenegaraan demi survival.

Volvo terkenal kerana tradisi pembuatan kenderaan tugas berat seperti bas, lori dan jentera berat. Namun, Volvo mempunyai divisyen pembuatan kereta yang cukup inovatif.



RUANG dalam kabin yang eksklusif dengan warna hitam dan kelabu.

Era pra tahun 2000, menyaksikan syarikat ini tidak berubah daripada stail tradisi perniagaan Eropah, mengekalkan reka bentuk konvensional, bersegi tetapi utuh dan kukuh. Kerana faktor keselamatan dan kekukuhan itu juga menjadikan kereta ini selamat, sekali gus mengurangkan tahap ekonomikal bahan api - faktor kelemahan yang telah diperbaiki oleh pengeluar kereta Jepun.

Namun, selepas era milenium, Volvo mengikut perkembangan semasa dengan menyesuaikan teknologi dan arus perniagaan moden.

Namun, falsafah 'keselamatan' tidak pernah diketepikan. Apabila anda memikirkan Volvo, perkataan 'keselamatan' pasti akan muncul di fikiran anda. Malah, kereta model lama Volvo dengan sistem keselamatan pasif itu masih mampu menepati asas piawaian keselamatan moden yang rumit pada hari ini.

Diperkenalkan di pasaran tempatan penghujung bulan lalu, C30 adalah kereta keluaran Sweden pertama yang dikategorikan dalam segmen kereta premium kecil yang juga dikatakan 'bukan hanya selamat, tetapi juga didatangkan dengan imej yang hebat'.

C30 memecah tanggapan bahawa kenderaan Volvo adalah kenderaan yang semata-mata tentang keselamatan.

Namun dengan C30, teori tersebut sudah tidak terpakai kerana Volvo mula menyedari pendapat umum tentang sebuah kereta selamat yang membosankan. C30 membawakan imej yang cukup segar, sporty, dinamik, seksi, comel, tangkas dan kesederhanaan yang kesemuanya digabungkan padanya.

Idea rekaan Volvo ini terhasil menerusi nostalgia di sebalik sejarah Volvo yang panjang. Ia menggabungkan gaya klasik Volvo P1800 ES dan ciri moden sebuah kenderaan konsep.


C30 adalah jentera yang mempelopori sistem BLIS.

C30 juga direkabentuk dengan gaya rekaan yang berlainan daripada kelaziman Volvo yang pasti menjadikan C30 sebuah kereta yang sangat menarik perhatian. Lengkok tubuhnya terhasil dengan konsep aerodinamik pada sebuah kenderaan kompak yang mudah dikendalikan. Ia mengubah rekaan tradisi Volvo sebelum ini dengan ciri-ciri keselamatan yang terus dipertingkatkan.

Ciri keselamatan yang terbaru padanya terdiri daripada sistem antikunci empat roda (ABS), DSTC iaitu sistem kawalan kestabilan dan pacuan dinamik, beg udara, sistem perlindungan impak sisi (SIPS) serta zon pelanggaran yang selamat di bahagian depan dan belakang.

Ia juga turut mempunyai ciri IDIS yang secara berterusan memaparkan keadaan kenderaan seperti kedudukan darjah stereng dan anjakan pedal kawalan.
Untuk mengatasi keadaan blind spot (titik buta) ketika memandu, C30 mempunyai sistem BLIS (Blind Spot Information System) yang terbina pada bahagian cermin sisi dan mengesan kenderaan pada sisi serta memberi isyarat dengan nyalaan pada ruang pillar hadapan.

Ciri unik ini hanya dipelopori Volvo setelah menyedari kebanyakan pemandu gagal menyedari kehadiran kenderaan di belakang pada pandangan pertama.

C30 bukan hanya nampak dinamik, malah prestasinya juga tidak menghampakan. Enjin 2.4 liter mampu menghasilkan 170 kuasa kuda pada 6000 RPM. Enjin lima silinder sebaris ini turut mengekstrak 230Nm daya tork pada seawal 4400 RPM. Malah, si kecil ini mampu mencapai kelajuan maksimum 215km/sj dan memecut dari 0 hingga 100 km/sj hanya dalam 8.8 saat.



C30 adalah jawapan Volvo kepada sebuah kenderaan
selamat tanpa mengabaikan sentuhan estetik.

Keseronokan pemanduan kereta ini turut disumbangkan oleh transmisi automatik geartronic yang memberikan daya pemanduan yang lancar dan responsif. Jika inginkan sedikit keseronokan mod manual juga boleh diubah untuk pemanduan dengan transmisi dikawal sepenuhnya.

Pada harga RM215,500 di atas jalan tanpa insurans, C30 dijangka akan memberi lebih pilihan kepada pembeli yang tercari-cari sebuah kompak mewah dari sebuah pembuat kereta ternama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2008 11:12 PM | Show all posts
Volvo C30 Coupe comel bergaya

Oleh JOHARDY IBRAHIM






C30 sememangnya menjadi pemecah kerangka tradisional Volvo - dengan gaya reka bentuk coupe dua pintu yang comel dan menawan. Model ini adalah proses penjenamaan semula imej Volvo dan merupakan model pertama bagi pembuat kereta Sweden ini dalam segmen kereta kecil dan premium, dan digambarkan sebagai `bukan sahaja selamat tetapi dilengkapi dengan pelbagai gaya'.

C30 menyingkirkan mitos bahawa kereta Volvo hanyalah berkaitan keselamatan. Sebaliknya C30 nyata berbeza. Ia bergaya sport, dinamik, seksi, ceria, cergas, moden dan licik yang kesemuanya digabungkan sekali.

Uji pandu di sekitar Shah Alam dapat mengesan reaksi pantas orang ramai yang pertama kali memandangnya. Wajah kehairanan seolah-olah mempersoalkan: Itu Volvo? Wow!

Sebenarnya, C30 menggabungkan reka bentuk Volvo P1800 ES klasik yang menarik dan Kereta Berkonsep Keselamatan yang moden, dan manakala keselamatan masih merupakan ciri yang paling penting bagi kesemua Volvo, C30 juga didatangkan dengan reka bentuk berbeza untuk membangkitkan keseronokan.

Ia merupakan kereta berjenama yang mempunyai banyak kelebihan dari segi reka bentuk, ciri keselamatan dan prestasi, dan C30 pastinya kereta yang akan menarik perhatian ramai.

Bentuk hadapan yang sederhana bulat mempunyai beberapa ciri yang menyumbang kepada tanggapan gaya sports, seperti gril besar, rendah, ciri spoiler dan jerangkau pendek.

Lampu depan dipasang tinggi di bahagian utama. Siluet meluas bahagian sisi badan ditekankan oleh unjuran sayap hitam di setiap sudut badan dan oleh jarak roda yang panjang. Ciri bahu lebih tahan lasak berbanding model Volvo lain, manakala garisan bahu menggambarkan impresi pergerakan - walaupun ketika kereta tidak bergerak.

Reka bentuk moden dan unik bahagian hujung belakang merupakan elemen penting bagi imej gaya sports. Bentuk lampu belakang berkelompok menggariskan profil bahu yang berkuasa, terutamanya ketika gelap.

Bahagian dalaman ialah konsol terowong dan tempat letak tangan yang telah diberi reka bentuk baru sepenuhnya yang berpadanan dengan papan pemuka unik dan konsol terapung di bahagian tengah serta hiasan sisipan dari jenis yang sama.

Di bahagian belakang, Volvo C30 dilengkapi dua tempat duduk individu sebagai ganti kepada bangku duduk. Panel sisi dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian antara tempat duduk disediakan dengan tempat letak tangan yang selesa dan boleh juga menempatkan objek panjang dan tidak lebar. Sandaran tempat duduk boleh dilipat ke bawah untuk memberikan lantai hampir datar dan luas.

Akses

Sandaran juga boleh diturunkan dari luar (dengan hac terbuka). Ruang bagasi boleh dilengkapkan dengan dua jenis bidai yang berbeza - jenis lembut (standard dalam beberapa pasaran) yang boleh digunakan dengan sandaran ke atas atau ke bawah, dan jenis keras yang dipasang di belakang sandaran yang tegak. Tempat duduk hadapan senang dilipat ke bawah, menjadikan akses ke belakang lebih mudah.

Ciri keselamatan yang terkumpul bagi kereta ini termasuklah sistem brek anti-kunci pacuan-empat-roda (ABS), Kawalan Tarikan Dinamik Kestabilan (DSTC) dan beg udara di sekeliling bagi impak sisi dan perlindungan terbalik, serta zon remuk belakang.

Ia mempunyai Sistem Pintar Maklumat Pemandu (IDIS) yang terus-menerus mengawal sistem kereta jangkaan-lebih dahulu seperti sudut roda stereng, lekukan injak-injak.

Untuk mengatasi "tempat tidak kelihatan", C30 mempunyai BLIS (Sistem Maklumat Tempat Tidak Kelihatan) pilihan, yang memaparkan kamera siap dipasang di dalam cermin pandangan sisi yang mengesan kenderaan di tempat tidak kelihatan dan menyegerakan penunjuk supaya memberi pancaran cahaya di dasar tiang A.

C30 adalah kereta diimport sepenuhnya (CBU) 2.4i liter yang memiliki 170 kuasa kuda pada 6,000 revolusi per minit (rpm) daripada enjin 5 silinder-inline yang mengeluarkan tork 230 Newton meter (Nm) pada 4,400rpm.

C30 mempunyai kelajuan tertinggi 215km/jam dan meluncur daripada 0-100km/j dalam masa 8.8 saat.

Sistem gear 5-kelajuan automatik memberikan pemanduan yang lancar dan responsif. Ia memberikan keharmonian yang tepat bagi pemandu C30 dan memberikan keselesaan memandu kereta automatik penuh atau mod manual bagi keseronokan memandu yang lebih aktif.
Volvo C30 dijual pada harga RM215,500 (di atas jalan tanpa insurans).






ya allahhhhhhh aku sukaaaaa nya volvo nih!!!!   masa tengok kat pameran last week.. giler  woooo giler  !!!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2008 01:58 PM | Show all posts
Inspirasi Volvo C30

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


Mengambil inspirasi daripada model Volvo P1800ES yang dihasilkan pada tahun 1972 dan 1973, Volvo C30 merupakan model kompak premium dua pintu yang mempesonakan.



PRESTASI yang mampu ditawarkan oleh Volvo C30 tidak perlu diragui.



ANDAI dibuang lambang jenama (emblem) di bahagian hadapan dan belakang jentera comel ini, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa ia adalah model keluaran pengeluar kereta terkemuka dari Sweden, Volvo.

Cukup tegar dengan reka bentuk konservatif selama lebih 80 tahun penglibatannya dalam industri automotif dunia, Volvo kini mula membuka ruang untuk meneroka tarikan gaya rekaan yang lebih futuristik dan kontemporari.

Hasilnya begitu mengagumkan. Model kompak premium pertamanya iaitu Volvo C30 dilihat sebagai tidak gagal untuk menarik minat pencinta jentera kompak premium yang sebelum ini lebih dikuasai oleh model seperti BMW 1 Series, Volkswagen Golf GTi dan Mini Cooper.

Ketua pereka Volvo, Simon Lamarre berkata, berbeza dengan model Volvo yang lain, Volvo C30 bukan sahaja untuk mereka yang sibuk dengan anak-anak, malah disasarkan juga kepada golongan berjaya berjiwa muda.





Justeru, Volvo C30 dibina dengan suntikan elemen yang energetik dan mementingkan prestasi. Biarpun berkongsi platform dengan model sedan S40, namun penampilan fizikalnya telah membuktikan kemampuan Volvo dalam merealisasikan sebuah model konsep kepada jentera produksi.

Bahagian hadapan C30 tidak jauh bezanya dengan model sedan moden keluaran Volvo. Gril radiator dengan emblem menyilang dan bumper lebar menyerlahkan karektornya yang agresif.

Untuk menjadikannya lebih sporty, lampu utama jenis GDL berbentuk nipis digandingkan dengan sepasang lampu kabus yang terpasang pada bumper berwarna kontras hitam. Tidak cukup dengan itu, keempat-kempat bucu jentera itu dihias dengan rim aloi Mestra bersaiz 17 inci.

Bahagian belakang C30 sememangnya menjadi daya penarik utama kepada sesiapa sahaja yang memandangnya. Lampu belakangnya yang besar seakan menjadi kerangka kepada cermin belakang yang boleh dibuka bagi menyediakan ruang kargo untuk menyimpan barang.




Sementara ruang kokpit C30 menyalin sebahagian besar apa yang ada dalam model S40. Ia boleh dilihat pada rekaan papan pemukanya yang ringkas, kemas dan menepati ergonomik setiap pemandunya.

Dalam C30, tidak ada butang-butang kawalan yang berselerak di sana sini atau gajet-gajet dengan fungsi mengelirukan.
Warna hitam menjadi pilihan

pada hampir semua permukaan, termasuklah panel sisi, papan pemuka dan sterengnya. Tempat duduknya disalut dengan material kulit berkualiti tinggi, selain boleh diubah suai secara elektrik, lengkap bersama tiga mode memori.

Konsol tengah yang kelihatan seperti sekeping papan berwarna perak itu pula menempatkan unit audio, selain tombol kawalan pendingin hawa yang membenarkan pemandu dan penumpang mengawal suhu mengikut kesesuaian masing-masing.

Anda juga pasti berpuas hati dengan kualiti audio yang mampu diberikan oleh pemain cakera padat. Lebih menarik lagi, ia juga berfungsi sebagai penukar CD yang membolehkan anda meletak enam keping cakera padat pada satu-satu masa. Malah, anda boleh menyambung iPod menerusi sambungan yang disediakan di dalam kotak perehat tangan.


KONSOL nipis yang menjadi ciri-ciri kereta Volvo.

Tempat duduk belakangnya hanya boleh menempatkan dua orang penumpang membuatkan terasa sedikit sempit untuk mereka yang bertubuh besar.

Walaupun C30 menggunakan unit enjin bersesaran 2.4 liter yang sama dengan model S40, ia terasa seakan lebih berkuasa. Ia dapat dirasai hampir serta-merta apabila kaki memijak pedal minyak.

Pada kelajuan 100 kilometer sejam, jarum rpm akan berlegar di sekitar 2,200 rpm. Namun, sebaik sahaja pedal minyak dipijak keras, jarum rpm akan melonjak sehingga 5,000 rpm bagi memberikan momentum untuk memotong kenderaan lain.

Di atas kertas, enjin itu berupaya menjana kuasa sehingga 170 hp @ 6,000 rpm dengan tork maksimum mencecah 230Nm pada putaran enjin 4,400 rpm.

Dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan, nisbah gearnya ‘disusun’ dengan bijak bagi memastikan pemandu tidak berasa kehilangan kuasa sama ada ketika hendak memotong atau mendaki bukit.

Mahu merasai sensasi pemanduan seperti gear manual? Tolak sahaja tombol gear ke sebelah kanan dan bermainlah dengan ciri Geartronic itu sepuasnya. Atur letak sistem suspensi dan kerangka yang rigid juga memberikan C30 pemanduan yang meyakinkan.

Mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi daripada biasa terasa begitu menyeronokkan apabila jentera itu seakan melekat di atas jalan raya tanpa sebarang rasa membuang atau olengan tubuh yang ketara.


REKAAN bahagian belakang yang menawan.

Cuma, penumpang di tempat duduk belakang mungkin berasa sedikit kurang selesa apabila C30 menempuh permukaan jalan yang kurang baik kondisinya.

Saya harus akui bahawa sistem auto cruise yang ada pada C30 memang mudah diaplikasinya. Anda hanya perlu menekan butang ‘Cruise’ pada sterengnya sebelum mengaktifkannya dengan butang ‘+’ yang terletak berhampiran stereng.

Sistem brek C30 begitu responsif dan jitu. Memberhentikan coupe itu pada jarak yang pendek bukanlah masalah besar. Memandangkan ia sebuah Volvo, C30 sarat dengan sistem keselamatan yang jauh melangkaui pesaingnya.

Untuk lebih spesifik, ia dilengkapi dengan sistem brek ABS (antilock braking system), EBA (emergency brake assist), STC (stability and traction control), beg udara berkembar, WHIPS (whiplash protection system), SIPS (side impact protection system), IC (inflatable curtain), electronic immobilizer dan macam-macam lagi.

Dengan tanda harga RM215,500 seunit (tanpa insurans), anda akan memiliki sebuah jentera kompak premium yang sukar dicari kecacatannya.





yikes......nak beli MEGAMOTO bmw keeee  nak beli C30 ni....  

tingat pakcik yg nak tido kat dalam volvo merah dia ekkkk.... sebijik mcm volvo bapak aku masa dia muda dulu.... bapak aku pakai plat penang lak tu... PF.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 11:01 PM | Show all posts
Wednesday, September 17, 2009
Volvo C30 facelifted


Volvo will be unveiling its reworked C30 at the Frankfurt Motor Show, and the car, set to go into production in Nov, features a new front and rear design, the introduction of a new Sports chassis, new accessory styling kit and an extensive range of options, bold colours and accessories.



New face. Everyone does it.

At the front, the car gets a bolder and more expressive look, courtesy of body panel changes which include those of the wings and bonnet; this aligns the design language to the S60 Concept and recently announced new C70.

In the grille - which features a new honeycomb pattern - sits the new, larger iron mark as seen in the rest of the Volvo range. The air intake has also been enlarged and resembles the intake in the XC60.



Cabin strikes a familiar pose.


Updates to the rear includes a new colour-coded rear valance that is available in body colour or, to add a dramatic twist, in a contrasting colour.

Other new exterior features include the introduction of a vibrant Orange Flame Metallic colour, visible exhaust tailpipes in the T5 and D5 models, two new wheel options, including a striking white wheel alternative and the choice of five different colours on the lower trim from the new C30 Contrast Colour Collection, such as Blackcurrant, Java and Shadow Blue.

Elsewhere, a new accessory styling kit has been introduced to give the C30 an even sportier look. The kit includes foglamp décor, a front skidplate, side scuff plates and a rear skidplate with an aluminium look. For D5 and T5 variants, two 90mm tail pipes in polished stainless steel are added to highlight the powerful engine.



Very little change to the rear, really.


Meanwhile, the interior gets a whole new set of options, led by an all-new colour combination called Espresso/Blond, consisting of a dark brown upper section and a blond grey/beige shade on the lower door sides. This gives customers the opportunity to specify new, bright accent colours which include orange, green and blue in the fabrics, as well as a new Cranberry colour for leather upholstery.

Handling-wise, there's a new option of a Sports chassis, which promises to give the C30 a significantly sharper ride. Changes include a lowering of the vehicle by 10mm, a more precise steering coutrtesy of stiffer bushings and a lowered steering ratio that is 10% faster in response to steering wheel input. Additionally, you get stiffer anti-roll bars and dampers, and the spring stiffness has also been increased by 30%.  




ayooooooooo  cantek tul ler  c30 nih... pada aku  sumer VOLVO best2 belaka.... aku idamkan satu volvo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2009 11:01 PM | Show all posts
27# yosh

Apa maksud you tentang audio system yg terbaik??
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.313453 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list