CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2937|Reply: 7

Badan Bersisik - Tak dapat Tidur Malam -

[Copy link]
Post time 27-6-2008 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Tidak tidur lena kerana badan bersisik
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN dan NORAINI A. GHANI



MANSOR (kanan) bersama isterinya, Noriah Ibrahim berkata sesuatu
kepada Mohd. Kamarul di Kampung Padang Muar, Setiu semalam


SETIU - Tidak pernah merasa nikmat tidur sejak 16 tahun lalu.

Begitulah nasib, Mohd. Kamarul Mansor yang sukar melelapkan mata dan kadang-kala hanya terlena kurang 30 minit setiap malam, akibat penyakit kulit kronik yang dialaminya sejak lahir.


Ekoran penyakit luar biasa itu, kulit remaja yang belajar di tingkatan empat ini akan terlampau gatal dan terpaksa menggarunya sehingga menggelupas dan luka.

Selain bersisik, kulit Kamarul juga akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Menurut bapanya, Mansor Mahmud, 54, kerap kali anaknya mengerang sakit pada waktu malam.

"Begitulah yang berlaku setiap malam, nak tidur sejam pun susah, mungkin 30 minit saja dia lelap, selepas itu gatal semula.

"Saya terpaksa sapu badannya dengan ubat supaya dia boleh rasa lega sikit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Muar di sini semalam.


Mansor berkata, anaknya tidak boleh berpanas dan bermain di luar sebab kulitnya sensitif dan jadi gatal.

Selain itu, katanya, dia juga takutkan air dan tidak suka mandi kecuali disuruh.

Ujarnya, ada ketikanya dia menitiskan air mata mendengar rintihan sakit anaknya itu.

"Dia tanya bila nak elok, sebab dia dah lama sangat macam ini," katanya yang membuka kedai runcit kecil-kecilan di rumahnya.

Ujarnya, pelbagai rawatan telah dilakukan bagi merawat anaknya tetapi semuanya tidak berhasil.

Pada masa sekarang mereka menanggung kos membeli sejenis air minuman berharga RM100 daripada sebuah klinik bagi mengurangkan rasa gatal.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kesian pada dia... tapi kenapa tak bawa pergi dermatologist, eh...
mungkin mereka boleh confirmkan apa sebenarnya penyakit
kamarul tu...  tak akan dah 16 tahun langsung tak jumpa pakar
sakit kulit.. - lagi pula apa guna dok belanja rm100 per month beli air
tu bertahun tahun tapi memang tak boleh baik pun - tu cuma nak
reduce kegatalan...

hopefully ada lah orang kat situ yang suggestkan bapa kamarul tu
bawa anak dia jumpa doctor kulit..
rasanya budak tu pun tak pergi sekolah... -- mungkin kalau dapat
rawatan yang effective boleh ubat penyakit tu-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 07:53 AM | Show all posts
20thn lps, kekekeke.. jiran belakang umah aku dulu ada kene penyakit ni.. budak2 lagi..
x tau plak apa ubat yg pakai.. klinik mana pegi.. skrg ni dia dah ok dr dulu.. cuma kesan tu ada lah skit2..

x leh ingat masa dia kene penyakit ni.. dia suka jilat bahagian tapak kasut/sandal/selipar..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 08:40 AM | Show all posts
kesiannya budak nih
nampak ketara budak tuh nampak cam tua jerk...disebabkan stress tak tido...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 09:02 AM | Show all posts
bkn ni psoriasis ke.. sel kulit cepat mati, tu psl slalu berkuping2..
x leh kena panas, nnt perit kulit psl tegang
kena slalu apply losyen yg melembapkan

cam doketor la plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 09:16 AM | Show all posts

Balas #4 waneeda1904\ catat

aku pun rasa cam tu  psoriasis ni lagi stress lagi dia naik
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 10:59 AM | Show all posts
Urmm... penyakit kulit agaknyer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2008 02:40 AM | Show all posts
ya Allah, kesian aku tengok budak tu...
berat mata memandang berat lagi bahu memikul :victory::victory::victory:
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 09:24 AM | Show all posts
gunakan gel gamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 1.055157 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list