CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3520|Reply: 7

Terapi haiwan pintar

[Copy link]
Post time 10-7-2008 09:33 AM | Show all posts |Read mode
INFINITI
Terapi haiwan pintarOleh SUBASHINI RAJANDRA


Bukan teknologi perubatan moden yang membawa keajaiban kepadaAdlan. Sebaliknya, Laika dan Haley 'mengubati' dirinya yang menghidapmasalah ADHD.


SEKUMPULAN insan-insan istimewa yang melawat dan mempelajari terapi haiwan di SPCA Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

"SUKAR dan tak tahu macam mana nak jelaskan tetapi banyak perubahandilihat ke atas Adlan," ujar ayah Adlan, Shahrul Isa secara ringkasketika ditemui di kediamannya di Klang, Selangor baru-baru ini.

Bagi dirinya dan isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Adida,mereka yakin bahawa terapi baru yang diperkenalkan sejak dua tahun lalumembuahkan hasil yang luar biasa termasuk dalam bidang perubatan. AdlanHaris Shahrul Isa, merupakan kembar kepada Adli tetapi insan istimewaini mempunyai masalah yang dikenali sebagai ADHD.


AHLI Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Anthony Thanasayan  turut hadir memberi sokongan walaupun berkerusi roda.

Sekilas pandang, tiada siapa dapat meneka gangguan tumbesaran yang dihadapinya. Tetapi secara amnya, ADHD atau Attention-Deficit Hyperactivity Disorder menjejaskan kira-kira tiga hingga lima peratus populasi dunia pada peringkat umur di bawah 19 tahun.

Ia biasanya berlaku sewaktu kecil dan menampilkan corak simptom yangberterusan seperti tidak dapat memberi perhatian penuh, hiperaktif,pelupa dan kawalan impulsif lemah. Buat masa sekarang, ADHDdikategorikan sebagai keadaan diri yang kronik dan berpanjangan di manatidak ada ubat penyembuh kekal kecuali preskripsi ubat tertentu.

BAWAH: Sokongan  yang diterima pada sesi  terapi  haiwan.

Apabila kembar Adlan dan Adli lahir 10 tahun yang lalu, kedua-duaibu bapa mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Adlan. Diatidak memberi respons seperti kanak-kanak normal, ujar Shahrul yangmenyimpul kemungkinan anaknya menghadapi masalah pembelajaran.

Setelah memperoleh pendapat profesional dari psikiatri dan doktorbertauliah, pemeriksaan awal menjurus kepada keputusan ADHD. "Kamiberjumpa dengan ramai pakar terapi dan doktor untuk mendapat kepastiandan apabila sudah yakin, kami mencari jalan penyelesaian atau solusiyang terbaik," jelasnya yang mengetahui lebih mendalam tentang kesanpenyakit ini bagi menangani masalah anaknya dengan lebih wajar.

MOHD BADRI MOKHTAR

Mengambil tiga biji pil setiap hari dan kerap menghadiri temu janjipemeriksaan di University Malaya Specialist Centre (UMSC), Adlan tidakmenunjukkan perkembangan yang positif. Dia tetap memecah barang dirumah, tidak peka kepada persekitaran dan menghadapi masalah pertuturaniaitu gagap.

"Malah, dia menjadi mangsa buli di sekolah disebabkan perangainyayang berlainan. Kadangkala, kawan-kawannya memanggil dia berulang kalitetapi dia tidak menjawab bagaikan berada dalam dunia sendiri," sambungAdida pula yang mengadu anaknya suka melakukan aksi memusingkan diriseorang diri di padang.

Jika ditinggalkan seorang diri hanya beberapa meter dari rumah,bapanya mula bimbang kerana Adlan tidak dapat mencari jalan pulang kerumah. Mendengar rintihan mereka bertalu-talu, bayangkan betapa piluhati kedua-dua ibu bapa ini melihat anak yang tidak mampu berdikari.

SHAHRUL ISA (kiri) bersama Adlan (berdiri) dan kembarnya, Adli.

Sambil bergantung kepada teknologi perubatan moden, mereka jugamenerokai alternatif lain seperti membawanya mengenali dunia luarsemasa keluar membeli-belah, melawat zoo dan keluar makan. Ini supayaAdlan dapat membiasakan diri dengan kehadiran orang ramai.

Pada ketika itu juga, Dr. Subash dari UMSC mencadangkan agar merekamempertimbangkan terapi haiwan melalui sentuhan dan keakraban hubunganmesra. "Saya dan keluarga telah membuat banyak pembacaan, pemahaman danmendengar penafsiran dari segi agama sebelum mencapai keputusan untukmembela anjing bagi kebaikan Adlan."

Dengan kehadiran Laika, seekor anak anjing yang diambil angkat darirumah kebajikan haiwan peliharaan, dalam masa sebulan sahaja, Adlanbertambah baik dan tidak senakal dahulu. "Dia mendengar arahan saya danmampu membuat kiraan matematik sehingga tiga digit," ujar Adida yangmerupakan seorang bekas anggota polis dan kini pendakwah Islam diAl-Khaadem.



Bukan setakat itu sahaja, Adlan sekarang tidak menangis sekerap duluapabila dibuli. Dia lebih memberanikan diri dan ceria.

Kakaknya yangdua tahun lebih tua daripadanya, Alia Ajwa, pun berpandangansedemikian. "Dia sudah kurang gagap, ceria dan mudah didekati," katanyayang menambah adiknya selalu mendapat markah kosong dalam semua matapelajaran, pernah sekali memperoleh tempat kedua terakhir di kelas.

Adida sendiri bersyukur kerana tidak menghantar anaknya ke sekolahkhas seperti yang dirancang. Kini, dia berpeluang untuk bergaul dengankanak-kanak normal dalam persekitaran sekolah biasa. Setiap hari dantanpa gagal, ibu solehah ini menghabiskan masa selama tiga jam mengajaratau sekadar meluangkan masa untuk bersama Adlan.

Perubahan besar ini turut mengejutkan Dr. Subash yang tidak sangkaAdlan akan cepat respons kepada Laika disusuli dengan Haley tidak lamakemudian dipelihara di rumah mereka. Oleh kerana Adlan semakin kuranghiperaktif maka pil yang diambilnya juga dikurangkan kepada hanyasebiji sehari. Malah, Adlan perlahan-lahan mempamerkan bakat yangterpendam dalam bidang lukisan.

Shahrul memberitahu, mereka pernah cuba terapi haiwan menggunakankucing, tikus belanda, ayam dan itik tetapi semuanya gagal. Buat masaini, keluarga Shahrul membela tiga ekor kucing dan ungka bernama, Aboy.
               
       



[ Last edited by  Syd at 10-7-2008 09:36 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 09:54 AM | Show all posts
lain orang lain pendekatan..but as for me..cat is still the best therapist ...ape pon syukur alhamdulillahh adlan ada improvement...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 11:15 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

ilmu baru ni..
for me pun cat is the best therapist. tp lain org,lain pula caranya.
asal ada cure yg boley bantu dia..sygi haiwan juga bkn tuk cure je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2008 02:41 PM | Show all posts
sbb tu  haiwan diciptakan

ada banyak sebab musabab manafaat pada manusia


contoh dekat famili aku;


mak aku dgn ayam2 nye tak leh dipisahkan

siap bahasakan diri emak kat ayam2 tu

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 03:37 PM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

woww....
how sweet...
my bro kt kg,ayam2 ngan ikan2 die lah yg die rajin sgt mencarakan
my dad ngan kucing2nya..my mom..emm...tukang bebel
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:43 PM | Show all posts
mmg betul haiwan2 ni terapi manusia.. cam nutty pun kucing dah jadi sebahagian dari diri.. rasa ilang tekanan kehidupan harian bila lepak ngn kucing2 nutty..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 05:50 PM | Show all posts

Reply #6 mama_nutty's post

btul btulll
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:41 PM | Show all posts
Tikus kat rumah pon binatang pintar gak tau...Dieorg tau katne kite simpan makanan.

*editted: pls watch ur language!

[ Last edited by  ati1402 at 13-7-2008 09:43 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 3.904791 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list