|
Originally posted by mattzzx at 31-7-2008 08:20 AM
Siapa yang dapat confirm berapa harganya?Berkena sangat di hati..
New VRSCF V-Rod Muscle features:
* Liquid-cooled, 1250cc Revolution V-Twin engine
* 122 hp at 8250 rpm/85 ft. lbs. torque at 7000 rpm
* Pewter powdercoated powertrain with polished covers
* Assist/Slipper Clutch with reduced lever effort
* New clutch cover with relocated dipstick
* New Satin chrome dual side exhaust with turn-out mufflers
* New Five-spoke cast aluminum 19-inch front wheel
* New Five-spoke cast aluminum 18-inch rear wheel
* New Triple clamps
* New 43 mm Inverted forks
* New stylized rear shocks with black springs
* New airbox cover and side covers
* New front fender with black-out section
* New smooth rear fender
* New LED stop/tail/turn light
* New LED front turn signals integrated in mirror stems
* New seat shape
* New Internally wired handlebar cast with riser
* New instrument graphics and housing
* New side-mount license plate
* Black frame
* 240mm wide rear tire
* Forward foot controls
* Brembo triple-disc brakes
* Teardrop reflector-optic headlight
* 25.6-inch seat height
* Optional ABS
* Optional Smart Security System
yiiikessss aku tak jumpa lagi exact rega v rod ni.... kilo?? ko taw tak berapa rega dia???? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu aku org kaya da lama aku beli nie hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 pisang_goreng's post
bli night rod la...lg ensem gitew!!~
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 swixx's post
mmg la duit man anak cekau...
member aku penah kejar 1 moto besar la kat highway..dia pakai kete..tapi x dpt.kira daysta la moto tuh..selalu moto cc cenggitu
moto jenis mcm mana arr |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 pisang_goreng's post
mungkin kategori supersport/superbike kot..ala2 CBR/R1.. .kalau mcm Harley nih x de la laju mane sbb enjin die hp x tinggi tp torque die kuat,sbb tu gear 6 pon leh rilek bawak 60km/j je..name pon moto cruiser |
|
|
|
|
|
|
|
Trio legenda Amerika
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Kehadiran tiga model baru Harley-Davidson VRSC V-Rod Muscle, FLSTB Softail Cross Bone dan Sportster XR1200 menjadi pelengkap koleksi label itu untuk tahun 2009.
VRSC V-Rod Muscle.
Biarpun dunia kini dibelenggu kemelesetan ekonomi teruk, namun ia tidak menjejaskan obsesi segelintir peminat tegar Harley-Davidson di Malaysia. Permintaan untuk motosikal berkuasa tinggi ini terus diterima oleh pihak Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd.
Menjadi pengedar tunggal sah untuk jenama Harley-Davidson, Naza Prestige Bikes menerusi Harley-Davidson of Kuala Lumpur yang mula dibuka sejak Oktober 2008 dilihat semakin ghairah dalam menawarkan model-model terbaru kepada peminat Harley-Davidson.
Buktinya, pertengahan bulan lalu menyaksikan tiga lagi model baru iaitu VRSC V-Rod Muscle, FLSTB Softail Cross Bone dan Sportster XR1200 dihidangkan sebagai tatapan kepada semua.
"Kehadiran ketiga-tiga model ini membuatkan Harley-Davidson of Kuala Lumpur memiliki hampir kesemua model Harley-Davidson bagi tahun 2009 untuk pilihan orang ramai.
"Ia juga bakal menarik minat golongan muda untuk mula mengenali jenama Harley-Davidson. Semua model ini dibuka untuk tempahan. Tetapi ketiga-tiga motosikal yang anda lihat pada hari ini sudah pun dijual," jelas Naib Presiden Eksekutif Naza Group of Companies, Datuk SM Zulkifli SM Amin, sambil tersenyum.
WAJAH klasik FLSTB Softail Cross Bones.
Sejak pembukaannya, Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menerima tempahan sebanyak 140 unit motosikal pelbagai model, dengan 40 unit daripadanya telah dihantar kepada pembeli pada bulan November.
"Masalah yang kami hadapi sekarang ialah untuk mendapatkan lebih banyak motosikal bagi memenuhi tempahan yang diterima," tambah SM Zulkifli.
Sememangnya ketiga-tiga model baru ini boleh membuatkan sesiapa sahaja tidak lena tidur. Dengan reka bentuk fizikal kontemporari, VRSC V-Rod Muscle kelihatan begitu sasa.
Tayar belakang bersaiz 240mm dilindungi oleh fender yang hadir dengan rekaan baru. Sementara lampu belakang LED tersisip kemas di bahagian hujung fendernya.
Wajah VRSC V-Rod Muscle disempurnakan lagi menerusi lampu utama reflektor optik yang tersimpan di dalam perumah berwarna hitam satin.
Lampu isyarat membelok LED pula diletakkan pada penyerap hentakan roda hadapan. Model ini turut dibekalkan dengan sistem brek ABS yang menjadikannya sebagai sistem brek termaju yang pernah ada pada sebuah power cruiser.
Unit enjin Revolution V-Twin 60 darjah bersesaran 1250 cc ini dibiarkan terdedah. Dengan ciri penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik, Electronic Sequential Port Fuel injection (ESPI) ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 122hp @ 8,250 rpm.
SPORTSTER XR1200 ini terhasil daripada gabungan idea jurutera Amerika dan Eropah.
Model power cruiser yang dibangunkan di atas platform V-Rod ini dipadankan dengan transmisi lima kelajuan. Manakala batang ekzosnya yang berwarna krom itu seakan menjalar dari bahagian bawah enjin hingga ke cakera brek roda belakang.
Didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, perak, biru dan merah, VRSC V-Rod Muscle meneruskan evolusi model V-Rod untuk tahun 2009. Anda boleh memilikinya pada tanda harga RM165,000 seunit.
Mengetengahkan reka bentuk retro, model FLSTB Softail Cross Bone nyata mengekalkan cita rasa jentera pasca Perang Dunia Kedua. Dikenali sebagai bobbers yang cukup terkenal di Amerika Syarikat, ia kemudiannya mengalami revolusi sehingga menjadi model chopper yang ada pada hari ini.
Hendal yang tinggi menjadi signatur kepada model Softail Cross Bone. Selain itu, penutup pembersih udara dengan reka bentuk lama, fender hadapan yang pendek serta batang ekzos berkembar membuatkan model ini memiliki tarikan tersendiri.
Dimonopoli dengan skema warna hitam berkilat, konsol tengah dengan indikator jenis cat eye, grafik ringkas pada tangki dan satu tempat duduk pasti menimbulkan nostalgia tentang model Harley-Davidson yang pernah kita lihat dalam filem-filem lama sebelum ini.
Model vintaj yang ditawarkan pada harga RM145,000 seunit ini dipasang dengan enjin Twin Cam 96B berkapasiti 1,584 cc dan dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan jenis cruise drive, selain ESPI sebagai ciri standard.
Menjadi model paling 'murah' iaitu RM120,000 seunit, Harley-Davidson Sportster XR1200 terhasil menerusi inspirasi model legenda Harley-Davidson, XR 750 yang dibina bagi tujuan perlumbaan.
LAMPU reflekter optik pada modul VRSC V-Rod Muscle.
Ia juga merupakan model hasil kerjasama antara pasukan pembangunan produk Harley-Davidson di Milwaukee dan Eropah.
Dibangunkan selaku model dalam segmen naked street bike, Sportster XR1200 amat diminati oleh golongan muda yang mahukan sebuah jentera penuh kuasa, pengendalian cemerlang dan boleh dijadikan sebuah kenderaan harian.
Sportster XR1200 mula menjadi kegilaan sejak model prototaipnya diperkenalkan kepada umum di Intermot Motorcyle Show 2006. Model ini kemudiannya dipasarkan ke pasaran Eropah dan Amerika pada April 2008.
Keistimewaan Sportster XR1200 banyak tertumpu kepada enjin berkuasa 1200 cc yang menawarkan kuasa dan tork cukup mengagumkan. Manakala sistem suspensi dan breknya telah menerima talaan khas bagi membolehkan jentera ini ditunggang dengan selesa di atas apa jua kondisi jalan.
Lebih menarik lagi, tayarnya dicipta khas oleh pihak Dunlop, dikenali sebagai Dunlop Qualifier, sekali gus menjadi faktor penyumbang kepada kenyataan bahawa Sportster XR1200 model Harley-Davidson memiliki aspek pengendalian terbaik setakat ini.
jom azza ... leh naik HD kita travel satu mesia... :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
aikkkkkkkk mendak pulak ler tred nih... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Harley-Davidson terus menjadi pilihan
Oleh ABDUL HALIM HADI dan
AMRAN AHMAD
| SM Zulkifli SM Amin yakin Harley-Davidson akan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat motosikal berkuasa tinggi di negara ini.
|
DI SEBALIK keadaan ekonomi yang tidak menentu, penjualan Harley Davidson melalui pengedar tunggal di negara ini, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. (Naza Prestige Bikes) masih mendapat sambutan menggalakkan.
Timbalan Presiden Eksekutif Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata, sebanyak 160 unit terjual sejak Naza Prestige Bikes mendapat hak pengedaran daripada Harley-Davidson Motor Company (HDMC).
憫Sejak beroperasi November tahun lalu, kita menerima 160 tempahan dan 113 buah daripadanya sudah diserahkan kepada pemiliknya.
憫Penghantaran berdasarkan tempahan yang diterima melalui pusat sehenti ini kini masuk kali kelima, |
|
|
|
|
|
|
|
Bila citer pasal model motor V-Rod ni, model ni la model pertama yang Harley kuar drp kepompong setakat buang enjin pushrod V-twin sejukan udara... untuk pengetahuan korang, enjin V-Rod ni adalah hasil kerjasama dgn Porsche laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 Squall-Leonhart's post
sbb tu ker mahal... pasal ada connection ngan brand 'porsche' tu...?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku check haritu v rod muscle kat showroom seblah federal highway...
jeng jeng jeng.....on the road, lebih kurang rm170,000
sekian terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
V-Rod baru dengan enjin berteknologi Porsche
Oleh ABD. HALIM HADI
| REKAAN moden yang masih mengekalkan rupa paras klasik Cruiser.
|
PENGHASILAN VRSC V-Rod dengan sistem penyejukan enjin memecah tradisi 100 tahun jenama Harley Davidson sebagai motosikal yang tidak pernah menggunakan sistem penyejukan enjin (radiator) kecuali tiupan udara.
Bukan itu sahaja, kelahiran model VRSC ke dalam keluarga Harley Davidson turut membawa bersama sebuah enjin yang jauh berbeza dengan model-model V-Rod terdahulu berikutan keputusan pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu menggunakan khidmat Porsche dalam penghasilan enjinnya.
Meskipun menerima kritikan hebat ekoran rasa tidak puas hati peminat terhadap perubahan konsep dan penggunaan teknologi suntikan bahan bakar ditambah dengan posisi tangki minyak di bawah tempat duduk, gabungan teknologi moden dengan gaya cruiser klasik itu mula diterima selepas membuktikan kuasanya.
Identiti VRSC yang bermaksud V-Twin Racing Street Custom itu dikenali melalui tayar belakang lebar (240 milimeter), mafela bersadur krom, posisi tempat duduk rendah kira-kira 660 mm dari tanah dan batang hendal yang rendah ke belakang.
Seperti model-model V-Rod terdahulu, VRSC dipacu enjin berkuasa 1250 cc yang menghasilkan 125 kuasa kuada dan 115 Newton meter tork. Penyejukan enjin melalui radiator diselaras dengan kawalan komputer kepada sistem suntikan ESPFI.
Transmisi lima kelajuan masih dikekalkan tetapi pembangunan pada sistem klac konvensional Harley Davidson ini dipertingkatkan dengan teknologi slipper bagi meminimum sentakan gear semasa peralihan transmisinya.
Sebagai sebuah motosikal yang dibina lebih laju daripada varian asalnya, ciri-ciri pengendalian VRSC ini juga diperkemaskan dengan sistembrek antikekunci (ABS).
Kunjungi pusat pameran Harley Davidson di Jalan 221, Petaling Jaya, Selangor untuk melihat dengan lebih dekat model ini.
Timbalan Presiden Eksekutif Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata, bilik pameran seluas 20,000 kaki persegi itu kini menampilkan V-Rod Muscle, Rocker C dan Sportster.
憫Varian V-Rod iaitu VRSF dan VRSCDX Night Rod adalah antara motosikal yang menerima sambutan hangat di kalangan peminat motosikal itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dpt pki harley yg seken hen pun dh ok kan...
Hmm...cukai...cukai...nasib btul la dduk m'sia nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|