CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Bunga/tumbuhan dikaitkan dgn mistik dan misteri

[Copy link]
Post time 16-2-2010 02:16 PM | Show all posts
sukun yg masak tu rendam air garam jap pastu goreng... nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2010 02:23 PM | Show all posts
101# cincau
..lapar la plak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 09:48 PM | Show all posts
101# cincau

Potong nipis2...goreng macam kerepek...tak hengat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 08:53 AM | Show all posts
Sukun ada persamaan rasa dengan keladi...sebab lemak...tapi kalau i kan...i lebih suka rasa sukun...lebih sedap lagi rasanya......
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 12:21 PM | Show all posts
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/9/9a/YosriPokokMataKucing1.jpg/200px-YosriPokokMataKucing1.jpg

pokok mata kucing

sampai ke sudah, mak tak kasik tanam pokok mata kucing

katanya  ...
Syd Post at 8-9-2008 16:41

Hmm.. pokok mata kucing ni memang berpenunggu, terutamanya bila die berbuah. penunggu die (kalau kat rumah saya la), biasanya kelawar. Naik geram jugak sebab buah tak sempat besar dah kena ngap ngan kelawar2 ni. balut pun tak guna, depa boleh robek pulak jaring tuh....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 02:44 PM | Show all posts
Bagusnya syd, macam ensiklopedia bergerak aje....

tentu stail genius gitu...

mcm2 info berguna syd tepek...gud
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2010 01:45 PM | Show all posts
Flora saka
Oleh Rohaniza Idris

2010/06/13


Taka palma berasal dari Malaysia.

RUPA bunganya yang pelik dengan jambang terurai dan warna hitam gelap menyebabkan bunga kelawar sering dilabelkan sebagai bunga mistik dan membawa unsur jahat.

Masyarakat dulu mengelak menanam pokok ini kerana dikatakan boleh merasuk anak dara dan kanak-kanak.

Bunga kelawar: Mendapat namanya kerana ia menyerupai mamalia terbang, kini menjadi rebutan pengumpul bunga eksotik.

DIKATEGORIKAN sebagai tanaman unik, pokok yang bunganya seakan-akan kelawar memang jarang ditemui dan kebanyakan orang tidak pernah melihatnya.

Baru-baru ini, pokok yang dikenali sebagai bunga kelawar atau bat lily atau nama saintifiknya Tacca chantrieri atau Tacca nivea ini dipamerkan di Taman Semangat Malaysia pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Chelsea (RHS Chelsea), Britain.
Kehadiran bunga ini bukan saja melayakkan Malaysia menang pingat emas bagi kategori Laman Tercantik, malah menarik beribu pengunjung ke taman milik Malaysia itu. Bunga kelawar mendapat nama kerana rupanya seakan-akan haiwan mamalia terbang berkenaan dan mengeluarkan bunga yang sungguh istimewa kerana warna dan rupa bentuknya berbeza dengan bunga yang lazim ditemui.

Tergolong dalam famili Dioscoreaceae, bunga ini mempunyai lebih 10 spesies. Dikenali sebagai tumbuhan herba saka, ia lebih dikenali sebagai taka dan boleh ditemui di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Amerika Selatan.

Sesuai namanya, bunga kelawar berjambak dan dikelilingi dua kelopak braktea berwarna hitam coklat terbentang lebar yang boleh mencapai ukuran sekitar 25 sentimeter.

Seperti bunga calalily, bunga kelawar juga mempunyai unjuran halus panjang yang kelihatan seperti jambang atau surai. Rupa bentuknya itu seakan-akan seekor kelawar yang sedang terbang.
Pokok yang banyak ditemui hutan hujan tropika ini sukakan kawasan yang redup dan lembap sepanjang masa dan di Malaysia ia banyak ditemui di kawasan hutan tanah pamah, belukar di sekitar lereng bukit dan juga kebun getah.

Selain itu, ada juga yang memanggil pokok ini sebagai lili hitam, yang mana sekali imbas pokok ini seakan pokok kunyit dengan daun lebar berukuran kira-kira 35 sentimeter, bertangkai pendek dan berwarna hijau zaitun. Permukaan daun pokok ini berurat dalam dan berkedut sedikit seperti daun bayam.

Bagi masyarakat tempatan, bunga kelawar dengan pelbagai nama seperti taka hitam, taka laut, taka palma, bunga cenderawasih dan kecondong yang boleh membesar sehingga satu meter. Nama-nama berkenaan membezakan antara satu jenis pokok dengan yang lain.

Taka putih mempunyai braktea berwarna putih kelabu yang tumbuh menghala ke atas dan unjuran jambang yang lebih panjang. Spesies ini sangat popular dan dikenali sebagai bunga cenderawasih kerana strukturnya kelihatan seperti sayap dan ekor burung cenderawasih.

Taka putih juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional dan penduduk tempatan memberikan pelbagai gelaran seperti janggut adam, janggut baung, keladi murai, sebiak, belimbing tanah, dan kelemoyang air. Spesies ini dikatakan boleh dijadikan ubat yang mana air rebusan diminum untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir, kencing manis, batu karang dan mandian untuk wanita selepas bersalin.

Taka laut pula biasanya tumbuh di kawasan berpasir atau pesisir pantai dan daunnya lebih lebar serta berpelepah hijau muda manakala gugusan jambak bunga berbentuk seperti payung dengan 20 hingga 40 bunga kecil berwarna kehijauan tergantung di atas tangkai bunga sepanjang 30 sentimeter. Spesies ini ada buah yang berbentuk lonjong membulat.

Dalam perubatan tradisional, taka laut dijadikan minuman tonik menguatkan tenaga batin, manakala ubi dan daunnya mengandungi kanji dan dimakan sebagai sayur. Tangkai daun dan bunga pula mengandungi serat dan sesuai dalam kraftangan membuat topi.

Taka Palma pula dikatakan berasal dari negara ini dan kini dijumpai di Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik. Spesies ini pokoknya lebih kecil juga dipanggil sebagai gadung tikus dan temu giling. Daun pokok ini seperti pokok mapel, manakala bunganya berwarna ungu keperangan dan dikelilingi braktea berwarna hijau.

Menariknya, taka palma akan mengeluarkan buah seperti beri merah menyala selepas bunganya kering. Bagi pencinta flora mereka lebih berminat menanam spesies ini kerana bentuknya menarik dan eksotik.

Masyarakat dulu percaya bunga kelawar mempunyai unsur mistik dan kuasa jahat kerana rupa bunganya yang berwarna gelap dan pelik. Oleh kerana rupanya berbeza dengan warna hitam legam, maka masyarakat zaman dulu jarang menanamnya sebagai hiasan kediaman.

Kini, bunga kelawar semakin mendapat tempat kerana keunikannya malah bagi pencinta flora mereka sentiasa mencari tanaman ini. Selain bunganya yang unik, daun bunga kelawar berwarna hijau kilat menjadikannya tanaman hiasan kediaman yang eksotik. Namun, bunga ini tidak sesuai dijadikan bunga keratan kerana cepat layu selepas dipotong
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 02:26 PM | Show all posts
Mak saya pesan, jangan tanam pokok kekabu, cik ponti suke hinggap. Pokok cempaka pun sama, jangan tanam kt tanah nanti ia  membesar tinggi, cik ponti suke sebab baunye wangi.

Kat kg saya ade pokok cempaka putih, dah tua, besar dan tinggi. Time banyak bunga harum semerbak betull...Suke cempaka putih dari yang kuning..wangi lagi power!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 03:54 PM | Show all posts
Reply 76# puterikhaleeda


Pernah baca dalam web Darul Syifa mmg pkk ciku tak elok tanam berdekatan rmah sbb makhluk halus suka menumpang dan boleh memberi kesan buruk kepada tuan rmah... my sposen   try bukak web darul syifa tak boleh plak..... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:08 PM | Show all posts
saje nak tanya.. nape erk.. pokok2 wangi spt cempaka, tanjung dll sering dikatakan  ponti suka bertandang.. bukan kah hantu jembalang ni sukakan benda2 yang x elok n kotor.. suka benda2 busuk.. so nape pulak boleh terkait dgn bunga-bunga wangi.. yelah kan wangi ni selalunya mengambarkan kebersihan..

nape erk??
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:09 PM | Show all posts
masa dedulu paling takut dengan pkk bunga tanjung yg ni tatau sbb apa.... pkk kemboja mmg ada pengalaman...hehhehhe ramai2 baca YASIN... ngeri yg amat time tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 04:10 PM | Show all posts
ikut jenis hantu gak kot...
mana yang suka kotor2 dia pegi cari yang kotor
mana yang dia tau manusia lemah
ada ruang nak menyakat ganggu
contoh mcm orang taksub dgn bunga
dia pung tenggek sekali kat bunga

kekdahnya hantu2 suka bunga nehh
agaknye spisis yang pempuan kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:21 PM | Show all posts
selalunya makhluk halus nih dikaitkan dgn bau wangi yg blh menaikkan bulu roma.... bau yg tersgt2 wangi.... jrg dengar bau yg busuk...... tak taulah ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:28 PM | Show all posts
Reply 111# dmia9026


    seramnya.. tp nk gak dgr citer.. citer ler skit.. maksudnya memang dh pernah nampak secara live ke??? alamak!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:33 PM | Show all posts
ikut jenis hantu gak kot...
mana yang suka kotor2 dia pegi cari yang kotor
mana yang dia tau manus ...
Syd Post at 14-6-2010 16:10


{:2_68:} {:2_68:} {:2_68:}  mintak2 Allah lindungi saya n keluarga... jgn ler terjumpa tetamu yg x diundang nie.. seram wei...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:37 PM | Show all posts
Reply 114# spiderlily


    uish tak le nampak secara live cuma bau secara live ...... bau bunga kemboja yg tersgt2 wangi sampai bulu roma berdiri tegak .... waktu mlm masa nk g kelas prep... baunye bermula dari tingkat bawah..... peh tu naik tingkat atas... mcm tu r.... lepas tu semua org kena balik hostel baca Yasin.... masa kat hostel pon sama.... lama gakle bau tu nak hilang... perintah berkurung dijalankan.... g mana2 kena berteman hatta ke toilet sekalipon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 04:52 PM | Show all posts
Reply 116# dmia9026

ooo... nsib baik.. ingatkan terserempak secara live.. takut teman..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.326165 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list