|
271,375 Pendatang Asing Tanpa Izin Ditangkap
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 271,375 pendatang asing tanpa izin ditangkap menerusi penguatkuasaan Jabatan Imigresen, Rela dan Polis bagi tempoh 2001 hingga tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kerajaan menganggarkan terdapat lebih kurang satu juta pendatang asing tanpa izin di negara ini.
"Namun pada keseluruhannya, keadaan (kemasukan) pendatang asing tanpa izin di negara ini adalah terkawal kerana hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dan berterusan oleh Imigresen, Rela dan Polis," katanya ketika menjawab soalan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah), di sini.
Syed Hamid berkata kos perbelanjaan mengurus untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka melalui pengangkutan laut adalah RM205 seorang.
"Kos perbelanjaan melalui pengangkutan udara pula adalah dalam lingkungan RM1,200 dan RM3,600 bagi setiap pendatang bergantung kepada negara asal pendatang yang hendak diusir," katanya.
Syed Hamid berkata, kira-kira dua peratus daripada jumlah kes jenayah di negara ini dilakukan pendatang asing tanpa izin.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera tido??
TLDM Tahan Tujuh Nelayan Thailand
KUANTAN, 7 Nov (Bernama) -- Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) Ganyang berjaya menahan sebuah bot nelayan dipercayai menceroboh perairan negara di 70 batu nautika timur Pulau Kapas, Terengganu semalam.
Pegawai Memerintah KD Ganyang, Left Komander Nol Shahkirin berkata penahanan tersebut dibuat kira-kira 2 petang ketika bot terbabit sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan tersebut beroperasi dengan seorang tekong dan enam awak-awak dipercayai warga Thailand.
"Hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bot berkenaan katanya akan dibawa ke Kuala Terengganu untuk diserahkan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur petang ini bagi tindakan lanjut.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kastam tak buat kerja??
Kastam Adakan Operasi Bersama Cegah Penyeludupan
TAWAU, 6 Nov (bernama) -- Kastam Diraja Malaysia dan kastam Kalimantan Timur, Indonesia akan mengadakan operasi bersama mencegah penyeludupan di antara kedua-dua wilayah berkenaan.
Timbalan Pengarah Kastam Sabah (Bahagian Pencegahan) Janathan Kandoh berkata tarikh operasi berkenaan belum ditetapkan namun ia akan dijalankan dalam tempoh terdekat.
"Operasi bersama ini merupakan operasi kali ketujuh," katanya kepada pemberita selepas mengetuai wakil Kastam Sabah pada mesyuarat dengan pihak berkuasa Kalimantan Timur di sini hari ini.
Ketua Pejabat Kastam Wilayah Kalimantan Timur, Nasir Adenan mengetuai perwakilan Kalimantan.
Kandoh berkata operasi bersama itu bertujuan mencegah penyeludupan barang- barang yang boleh menggugat keselamatan kedua-dua negara.
Selain itu, operasi berkenaan juga secara tidak langsung akan membolehkan kedua-dua pihak melindungi kepentingan pedagang yang menjalankan perdagangan secara sah daripada kumpulan penyeludup.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Polis pun tido???
25 Pendatang Tanpa Izin Thai Diberkas Selepas Bot Karam
LANGKAWI, 7 Nov (Bernama) -- Seramai 25 orang pendatang tanpa izin dari Thailand diberkas malam tadi apabila bot yang mereka naiki karam di perairan Tanjung Kemarung di sini ketika cuba berpatah balik setelah kehadiran mereka dikesan.
Pemangku Pegawai Pemerintah Polis Marin Kedah/Perlis, ASP Rodzi Abu Hassan berkata, hasil maklumat awam, 14 anggotanya telah melakukan serbuan di persisir pantai Teluk Yu di sini pada 8.30 malam.
"Setelah menyedari kehadiran polis, sekumpulan pati dipercayai melebihi 20 orang melarikan diri ke dalam hutan berdekatan manakala yang lain menaiki sebuah bot ikan negara jiran.
"olis kemudiannya mengesan bot ikan itu yang sarat dengan pendatang berkenaan," katanya kepada pemberita di Pangkalan Polis Marin Bukit Malut di sini hari ini.
Beliau berkata ketika bot peronda polis mendekati bot ikan berkenaan, ia karam dipukul ombak kerana laut bergelora.
Katanya 25 pendatang itu dapat diselamatkan manakala empat lagi masih hilang dan gerakan mencari dijalankan oleh polis marin dengan bantuan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
Rodzi berkata gerakan mencari di darat untuk mengesan mereka yang melarikan diri ke dalam hutan juga sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Semua berita dalam tempoh 2-3 hari nie saja... dan berita semacam nie dilaporkan sepanjang masa... tapi orang macam pintubesi mungkin tak mahu dengar dan bersikap tak ambil peduli... bagi pintu besi polis tetap rasuah, askar tetap makan angin, dan kastam tetap tak boleh harap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #24 standupper\ catat
biasa la bro, revolusioner... dengan ATM, polis n kastam pun dia nak kasi revolusi...
harap2 dia faham maksud revolusi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan rumah yang pintu rumahnya sendrik dah tentu dari besi waja sebenonya nak provoke. Bagi soalan popular buat thread baru lepas tu senyap pulak. Hampehhhhh...Mod lock aje thread yang tak membina minda ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 Canaletto's post
betul....
haku sukung... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 Canaletto's post
Jap jangan tutup dulu... aku nak tambah # post aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah le Stand...bukan nya hang tak biasa. Resmi kalau pergi kenduri kawin kena le makan nasik tambah...ambik berkat! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 manusia biasa's post
bolos masuk ke keluar? kalau bolos keluar korea utara pun tak 100%...pilah cek sempadan korea utara china..yang le[as ke korea selatan pun ada...so mana ada sempadan yang 100% |
|
|
|
|
|
|
|
Tembok Berlin yang berlapis2 tu pun bolos.....bolos saja dinding itu!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Yaaaaa....nasi tambah....BOLOS SAJA DINDING ITUUUUU!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, nampak macam lembab ajer thread ni.
Tapi kan aku rasa, kita sebagai rakyat mesti tahu apa yang polis, tentera, kastam dll buat.
Pasal kita yang tak buat kerja diorang ni sedang mengumpul kemewahan dengan senang lenang dan aman. Dan kita tak perlu fikir sangat pasal bolos ke apa ke..
Tapi kalau dah bolos banyak, then diaorang mesti jawap pada pembayar cukai cam kita.
Anyway, tabik pada diaorang semua kerana keamanan masih kekal di malaysia, kalau ada kes pun baru beberapa % kalau nak dibanding di negara lain... |
|
|
|
|
|
|
|
kita akan tubuhkan suruhanjaya bolos dgn serta merta .. |
|
|
|
|
|
|
|
pasal bolos nih aku rasa kena pangge syeriff lobos.... |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat cerita bolos pun nak pakai double triple nick ker..
kalau nak tahu apa tentera, polis, kastam buat masuk ler salah satu service tuh.. setakat nak cerita bab pembayar cukai.. aku pun tiap tahun bayar cukai...
hilang hala tuju thread nie.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|