CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6173|Reply: 13

kalu keta ditenggelami banjir, camner nak buat!!

[Copy link]
Post time 4-1-2009 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Mengurus kenderaan ditenggelami banjir

MEKANIK: Penerangan mengenai cara menguruskan kenderaan yang ditenggelami banjir disambung semula pada minggu ini selepas membincangkan langkah-langkah mudah untuk menyelamatkan kenderaan pada minggu lalu.

Kali ini perbincangan lebih kepada cara pengurusan kenderaan yang mengalami kesan yang lebih serius selepas ditenggelami banjir.

Sememangnya, banyak komponen pada kenderaan yang harus diganti semula. Antaranya bendalir stereng roda, bendalir brek, minyak transmisi, minyak enjin dan cecair radiator.

Selain semua jenis minyak, penapis angin dan penapis minyak transmisi kenderaan automatik (jika ada), penapis bahan bakar, palam pencucuh serta tali sawat enjin juga perlu ditukar.

Ia penting bagi mengelakkan kegagalan fungsi jika menggunakan semula kenderaan tanpa penukaran bahan atau komponen tersebut.

Bagi pembaikan di bahagian kabin, papan kemuka (dashboard) harus dileraikan secara teliti dan cermat terutama ketika menanggalkan komponen elektrik, mengeluarkan wayar atau memasang semula komponen yang berfius.

Selepas menanggalkan pelapik belakang papan kemuka, pastikan ia dijemur dengan kering sebelum dipasang semula.

Sebelum ia ditutup, semburkan cecair anti karat seperti WD40 pada permukaan litar elektrik dan pada setiap penyambungan wayar bagi mengelak karat yang mungkin menyebabkan berlakunya litar pintas.

Harus diingat, semua itu mesti dilakukan dengan cermat untuk mengelak kesilapan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau kegagalan fungsi.

Langkah terbaik adalah dengan menandakan bahagian yang dibuka atau lebih mudah dengan merakamkan gambar daripada pelbagai sudut untuk digunakan sebagai rujukan ketika pemasangan semula.

Selenggara sistem brek secara menyeluruh bagi mengelak kegagalan fungsi yang biasa berlaku akibat banjir.

Selain itu, motor penghidup enjin (starter motor) juga perlu diselenggara kerana dikhuatiri menjadi penyebab litar pintas akibat lumpur yang terkumpul.

Penyelenggaraan pada sistem pendingin hawa juga perlu untuk memastikan ia bebas pencemaran dan pengumpulan bakteria.




ni musim2 hujan nih...  kat pantai timor sana banjir lagi.. johor kat tempat aku pun hujan ajer.... nenek aku cakap.....     mmg banyak keta yang kena tenggelam banjir nih... bukan seluruh keta tu...  tapi  masuk gak ler  air kat enjin sumer....  hah!! aku rasa baguih ada artikel tu  ajar kita sikit apa nak buek nih.. bila keta kena banjir!!

   


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 09:04 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

perlukah aku menjawab beli baru saja...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 09:19 AM | Show all posts
janggal sungguh perkataan "bendalir" tu.

kalu guna je istilah "minyak stereng" atau "pelincir stereng" kan senang?
nyusahkan betul orang2 skema kat suratkabar/majalah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 09:40 AM | Show all posts
ANTAR KEDAI...

tapi ada kes kawan aku... terus super charger dia tak berapa nak jadik.... lepas tiga taun baru dia tau rupanya pomen tu salah pasal wayar... [salah tutup sepatutnya...]
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 10:26 AM | Show all posts
keta yg tenggelam banjir xleh start terus kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 10:38 AM | Show all posts
kete Audi dlm citer Transporter 3 bole terus start lepas tenggelam dlm tasik
mula-2 mmg membo.bok sikit, lepas tu dah ok..

[ Last edited by  kunyit at 3-1-2009 09:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2009 11:05 AM | Show all posts

Balas #6 kunyit\ catat

audi tuh keta mahal looo...sbb tuh blh start terus...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 12:13 PM | Show all posts

Balas #7 apit_skynet\ catat

kalau tampal emblem audi pun enjin boleh terus start idup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 4-1-2009 09:04
perlukah aku menjawab beli baru saja...

wajib tu.......!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by Radiostar at 4-1-2009 10:26
keta yg tenggelam banjir xleh start terus kan..

ha'ah........ kena cuci injection/carburator dulu...... pastu tukar minyak enjin...... cam artikel tuan umah........
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 09:06 PM | Show all posts
Paling penting, per2 hal jangan sekali2 onkan kunci keter tu, kalau tak maka akan meraung la korang disebabkan banyak peralatan letrik dalam keter termasuklah radio dan ECU korang akan jahanam disebabkan short...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by kunyit at 4-1-2009 10:38 AM
kete Audi dlm citer Transporter 3 bole terus start lepas tenggelam dlm tasik
mula-2 mmg membo.bok sikit, lepas tu dah ok..


hehehe.. nanti jgn lupa tengok discovery chanel.. benda tak lojik dlm holywood movie... sure ada nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 03:57 PM | Show all posts
ak nk tanye r kt otai2 cini berdasarkan permasalahan ak ni.
last year(cuti raye haji), kete ak redah 3 banjir.
ak xtau pn kt depan tu banjir, dan menurut org2 yg jg lalulintas tu air xdalam sangat so die ckp mmg leh lepas tanpe masalh.

ak pn slow2 ikut blkg treller. skali treller tu brek sebab ade kete kt depan buat taik plak blok jln so treller tu xlepas.
kejadian tu malam n kawasan kg, lampu jln pn ade tp jarang2 r.

kete ak terendam lam air yg ak bajet dalam nye sapai paras pehe dan ak leh rs gelombang air tu menghempas kete ak. da la kete ak auto.
memang cemas r time tuh, da la ter brek pasal treller tu tibe2 brek kn.

lepas selamat mengharung air yg ak kire2 dalam 10-15 meter jaraknye maka ak pn selamat la mendarat di daratan.
fuhh lege yg amat..

jalan punye jln tengok2 kt depan tuh ade lg satu banjir,dalam kg yg same. dan menurut org kg tu yg ni lg dalam n ak tengok dorang tgh heret satu saga (saga ni mati dalam banjir)

ak time tu mcm nk patah blk je, skali tgk kt blakang da penuh kereta beratur so ak xleh nk patah blk. setau ak kalo bajir da sedalam tu polis akan datang n jalan tu sepatutnye da di tutup untuk kenderaan ringan n kereta.  tp sorang polis pn xde, yg ade cume org2 kg yg sanggup berhujan dengan torch lite jg lalu lintas.

atlast ak lepas jugak bajir tu, dengan bantuan treller kt depan.

pg esok nye ak start enjin pg2 lg,dan alhamdullilah sume ok.

so korang agak2 la kn, untuk ms depan akan timbul penyakit tak kt kete ak ni?
so far ok je,xde nampak2 tande masalah ke ape..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 05:46 PM | Show all posts
Jangan Buat Macam ni Sudah la   







kalo tak dapat tengok, try link ni

http://www.youtube.com/watch?v=tRKhKKdXIl4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050123 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list