CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3264|Reply: 13

SUMPAH!!!....TAK BUAT LAGI..

 Close [Copy link]
Post time 18-4-2009 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Di sebuah kampung ada seorang pekebun tanaman pisang bernama  Atan. Beliau seorang yang sangat rajin kerana mengusahakan tanah pusaka milik arwah ayahnya. Setiap  petang beliau akan melonggokkan hasil tanaman di depan rumahnya untuk dijual keesokan harinya. Itulah aktivitinya setiap hari. Tetapi sejak akhir-akhir ini beliau berasa pelik kerana setiap pagi jumlah tandan pisang di depan rumahnya akan berkurangan jika dibandingkan dengan hari sebelumnya. Pada fikirannya pasti ada yang mencurinya pada waktu malam.

Setelah keadaan ini berlarutan, Atan bercadang untuk mengambil tindakan dengan cara mengintip. Pada suatu malam setelah begitu lama bersengkang mata, akhirnya beliau ternampak satu makhluk yang menghampiri tandan-tandan pisang di depan rumahnya. Setelah diperhati, ternyata makhluk itu adalah seekor monyet dewasa.

Tanpa membuang masa Atan pun menyergah monyet tersebut. Monyet berkenaan begitu terkejut tetapi sempat mencapai beberapa biji pisang dan terus melarikan diri. Atan yang sudah bersiap sedia dengan peralatan sumpit di tangan,terus mengejar monyet itu ke dalam hutan. Dengan kepakaran yang ada beliau berjaya menyumpit monyet itu tepat pada bahagian badannya. Monyet berkenaan menggelupur kesakitan dengan darah yang berlumuran. Atan terus memerhati tindak tanduk monyet tersebut. Tetapi dengan sedikit tenaga yang ada monyet itu terus berjalan sambil terhenjut-henjut menuju ke arah dua ekor anaknya yang masih kecil, seolah-olah tak sabar menunggu kepulangannya. Terus didakapnya kedua anaknya dan diberikan setiap seekor sebiji pisang.

Darah monyet itu semakin mencurah-curah tetapi dakapan pada anak-anaknya tetap tidak dilepaskan dan keadannya semakin tidak bermaya. Dia cuba untuk membuka sebiji lagi pisang untuk dimakan, tetapi belum sempat sampai ke mulutnya, dia telah rebah ke bumi dan sekaligus terlerailah pelukan dari tubuh anak-anaknya. Kedua-dua anaknya yang bagaikan tidak mengerti apa-apa, terus meratapi tubuh ibu mereka dan mengharapkan ibu mereka bangun memeluk mereka kembali..

Atan yang terkedu memerhati peristiwa tersebut, merasakan hatinya bagai telah disiat-siat. Dia begitu sebak lalu terduduk ke bumi menyesali perbuatannya. Tidak disangka sikap tamaknya tadi telah memutuskan hubungan antara anak-anak monyet itu dengan ibunya. Begitu kuatnya kasih sayang monyet tersebut terhadap anak-naknya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi anaknya makanan. Sesungguhnya setiap makhluk ciptaan Allah pasti mempunyai hati dan perasaan. Dengan tubuh yang longlai...Atan bergerak perlahan menuju ke arah anak-anak monyet berkenaan. Dia mengambil keputusan untuk membela keduanya hingga dewasa sebagai menebus kembali kesilapan dan dosa yang dilakukan...Di dalam hatinya berkata 'Sumpah....tak buat lagi...'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 11:09 PM | Show all posts
wah..bagus karya ko..hidup..mcm real aku baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2009 11:11 PM | Show all posts

Balas #2 budingyun\ catat

berdasarkan kisah benar tapi diolah semula
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 11:13 PM | Show all posts

Balas #3 suhaili_tahir\ catat

tp baca mmg rasa suspen..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 11:32 PM | Show all posts
terhibur aku baca boring pn hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 10:05 AM | Show all posts
tersentuh hati bace crite ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2009 10:55 AM | Show all posts
  adessss sedih nye wlwpun kisah monyet ngn anak2nye......tringt lak juliet kat 2org putri juliet kat umah tu........
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:12 PM | Show all posts
tu lah..
mak haku pesan, kalau setakat binatang yang ambil buah2an kita, biarlah..tu memang rezeki mereka..mereka mencuri hanya untuk makan..

tapi manusia ni teruk.. mencuri untuk senang..so, kalau harta kena curi dengan manusia, repot polis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 12:34 AM | Show all posts
tersentuh hatiku..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 02:23 PM | Show all posts
sedihnya...walaupun dia monyet tp dia makluk tuhan gak....isk..isk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 03:41 PM | Show all posts
touching, sedeyy
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 02:49 PM | Show all posts
sedihnyerrrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:40 PM | Show all posts
sedihnyaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.196421 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list