|
Misteri di area Putra / Jalan Duta / Bukit Tunku
[Copy link]
|
|
dalam thread aku yg lepas aku ada gie xplore bukit tunku ni.. aku gie kt umah2 kosong kt sana.. so far, hanya ada gangguan kecil seperti bunyi je.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk citer skit pengalaman aku yg bg aku agak seram & cuak jugak la. tapi x de la nmpak hantu ke apa.
aku penah sesat kt dlm area bukit tunku ni. 2 kali aku penah sesat. sekali tu naik moto (siang hari), lagi satu time malam. yg aku nk citer ni time malam tu.
masa tu malam & hujan lebat sgt, siap ribut segala. masa tu br lepas hantar membe aku naik bas balik kedah kt hentian duta. nk elak jem kononnya aku ngn membe aku yg lg sorg (tukang bawak keta) masukk la dlm area bukit tunku tu. sblm ni ada la beberapa kali aku dok lalu ke hentian duta tu ikut bukit ni, tp semua yg aku lalu tu time siang.
(sebenarnya lalu situ lg jimat masa sbb bleh lari dr jem. dr bukit tunku tu bleh tembus ke the mall, hentian duta, area2 damansara etc).
masa pi hantar membe aku tu, dr arah parlimen kitorg trus masuk ke bukit tunku smpai la ke hentian. membe aku yg nak balik kedah ni dia mmg expert jalan nk tembus2 dr bukit tunku ni. kiranya mlm tu dia la yg tunjuk2 jalan. aku pulak klu dh ada org yg dok tunjuk2 jalan tu, aku pn x dak la dok alert sgt nk ingat2 jalan (masa tu tak hujan lagi). lagipun balik sat lagi kitorg tak masuk situ dah, sbb ingat nk lepak kt dmansara je.
elok je dh smpai kt hentian duta tu hujan la pulak. makin lama makin lebat. nk lepak kt dmansara pn malas la sbb jalan dh start jem (hgway depan hentian tu pn mmg dh nmpak pack). so aku ngn membe aku lg sorg decide balik umah je la, lepak2 kt area umah. membe aku yg nk balik kedah ni sajes kan masuk balik ikut bukit tu. takde la nk stuck kt jem klu ikut jln depan ni.
sebab aku pn dh penah masuk area bukit tu sblm ni so aku pn ok je la, membe yg nk balik kedah tu ada la bgtau jalan mana nk masuk etc (sbb dia tau aku ni bukan jenis yg ingat jalan sgt). membe aku yg lagi sorg tukang bawak keta ni lagi la x tau jalan (1st time lalu).
so kitorg bdua masuk la balik jalan bukit tunku tu. masa tu ujan mmg dah lebat gila. dgn angin kuat. jalan pn x berapa nmpak sbb lampu jalan bukannya banyak pun kt dlm kawasan tu. area situ lak bnyak pokok (hutan). tp mlm tu masa ujan lebat mmg la tak dapat cari jalan. tak jumpa pulak jalan yg kitorg lalu tadi "jalan changkat duta" kalau x salah aku, klu jmpa jalan tu kiranya dekat dh nk tembus keluar balik kt area parlimen tadi.
berpusing² la kitorg dlm bukit tu dok mencari jalan keluar, dh la hujan lebat, angin kuat gila, aku dok berdoa je jgn la ada pokok patah ke hempap keta kitorg (daun2 ngn ranting2 takyah cakap la mmg penuh atas wiper). sbb spanjang dok berpusing2 cari jalan keluar tu sebijik umah pun x jumpa, hutan je (padahal jalan masa pegi tadi tu ada jugak nmpak area umah2 yg besar tu). pastu asik jumpa jalan mati je. pusing2 lagi jumpa jalan mati.
kereta lain pun de lalu sebijik pun masa tu. kalau ada bleh la jugak dok folo keluar. tak kisah la keluar balik ke hentian duta ke, ke mana ke asalkan keluar dr kawsan bukit hutan tu.
mmg dh tak larat dh kitorg brdua kt dalam keta masa tu. nak berenti je kat situ tak berani pulak sbb kiri kanan hutan je. kalau ada umah org mmg kitorg dh berenti dah tunggu smpai ujan reda. masa tu la aku ngn membe aku tu rasa x sedap hati, aku tgok dia, dia tgok aku. terus la pasang cd kuat2 x nak rasa takut. tp dlm hati ngn mulut ni dh tak larat doa dh bagi la jumpa jalan balik. angin kuat bunyi bersiul2 tu yg buat seram. aku tgok side mirror kt blakang tu nmpak air hujan je menyimbah2 kene tiup angin. membe aku pulak dok cakap apasal la kita asik jumpa jalan mati yg sama je. yg aku ingat jalan mati tu ada tiang lampu sebatang, sbb tu kitorg masuk situ igtkan ada jalan lagi kt depan (situ kan tak bnyak lampu jalan). pastu asik dok masuk situ je.
nak tak nak kene gerak jugak cari jalan keluar. berpusing2 la lagi kt dalam tu smpai dh berapa kali pusing masuk jalan sana sini tiba2 nmpak la jalan yg kitorg cari tu ............. belok je kiri terus jumpa umah2 org yg besar2 tu, masa tu jugak la ujan reda dan x de dh angin kuat mcm tadi. lega gila hati masa tu.
tak lama pastu tembus la balik kat area parlimen tu trus balik umah.
smpai je kt kedai makan, trus la borak pasal hal sesat td. masa tu br la terpikir knapa la tak tipon je membe yg nk balik kedah tu tanya jalan. kalau tak, x de la kitorg mcm org gila dok sesat kt area situ. yg best tu elok je dh jmpa jalan yg kene ikut balik tu, time tu la ujan reda ribut apa pun dh takde. tu la kali terakhir aku lalu jalan bukit tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak kongsi juga walaupun thread dah bertahun lepas. Benda ni berlaku baru2 ni masa tgh Euro. Adik Eye dgn kawan dia A dan B, bertiga konon nak tengok bola kat kedai mamak. Game pukul 2, meja kat kedai dah ada kawan lain copkan. Tapi sebab yg B ni bosan, sementara tunggu game mamak pasang channel hindustan, diorg jalan2 la naik kereta konon nak tengok pemandangan KL waktu malam. Ntah macam mana, diorg boleh masuk ke Bukit Tunku.
Diorg berhenti kereta kat satu tempat, keluar kereta pas tu hisap rokok sambil borak. Lepas habis sebatang, diorg masuk kereta nak blah. Dlm perjalanan ke kedai mamak tu, diorg perasan yg si A ni diam je. B yg drive, adik Eye duduk depan padahal waktu pegi, A beria-ia nak duduk depan. Tapi masa balik A terus duduk belakang. Diorg borak, tanya soalan, tanya teka-teki, gelak2 ke apa, A tak bagi respon.
Sampai kedai mamak, baru A bersuara, dia kata dia tak nak turun. Pelik juga sebab game tu negara yg A sokong. Adik dgn B gasak dia tanya macam2 kenapa dia tiba2 pelik semacam. Tapi A tak layan. Org dah ramai kat mamak. Sebab tak nak terlepas game, diorg tinggalkan A kat situ, enjin biar hidup. Nnt kalau A dah ok, dia tutup enjin dan kunci kereta. Diorg pikir macam tu.
Game dah 15 minit, tiba2 ada sorang pak cik ni bagi salam kat meja diorg. Org tgh syok tengok bola, memang spoil la kalau ada org kacau. Pak cik tu tanya. “Kereta korg ke yg tak mati enjin tu? Ada kawan duk kat dlm?” Diorg kata ya. Pas tu pak cik tu kata lagi. “Dia tu bukan kawan korg, baik korg hantar dia balik cepat.”
Terdiam diorg masa tu. Adik dgn B cepat2 lari pegi kereta, masuk dan terus drive. Diorg dah tak pandang belakang dah. Adik nak pasang radio tapi radio tu dah set semua channel omputih, channel Melayu 1 pun tak ada. Kalau tiba2 keluar lagu yg menjerit2, takut “A” ikut mengilai sekali. So diorg cuma baca apa2 yg diorg masih ingat. Sampai Bukit Tunku, diorg berhenti kereta kat tempat diorg berhenti tadi. Keluar kereta tapi biar pintu buka. Diorg tunggu beberapa minit sampai B berani nak toleh tengok dlm kereta. “A” dah tak ada. Diorg masuk balik dan terus pecut.
Turun dari Bukit Tunku, diorg bertembung dgn A tgh jalan kaki dgn marah2. Diorg keluar dari kereta, A maki hamun diorg sbb tinggalkan dia. Adik tanya apa yg dah jadi. A kata dia tgh padamkan rokok dgn kasut, bila toleh, kereta dah jalan. Dia dah tak fikir takut ke apa, memang meradang la. Dah la game best. So nak menenangkan A, diorg pun cerita psl “A”. Kalau ikutkan diorg nak senyap je, tak nak takutkan A yg sedia penakut, lg penakut dari Adik. Tapi kalau tak cerita, takut jadi apa2. Yelah, kan ada kes dulu kawan bunuh kawan sebab kawan tu tinggalkan dia kat highway, kena jalan kaki jauh (off topic).
Diorg terus balik, dah tak fikir nak tengok game. A demam seminggu. Adik pun demam juga sebab dia jumpa “A”. Start dari tu diorg tengok bola kat rumah sendiri je lah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak kongsi juga walaupun thread dah bertahun lepas. Benda ni berlaku baru2 ni masa tgh Euro. Adik Ey ...
Eva_yy_Ellin Post at 4-7-2012 13:28
mmg tak pasal je...~ |
|
|
|
|
|
|
|
dalam thread aku yg lepas aku ada gie xplore bukit tunku ni.. aku gie kt umah2 kosong kt sana.. so f ...
skeezotone Post at 12-1-2011 23:08
hahhaaha ai baru jumpa gambar2 kat bukit tunku masa zaman tok kaduk pegi dulu..ada tepek kat benang ai~ |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ada sebelum ni thread kg tunku. Bukit tunku punya thread khas belum ada, so I'm letting this ther ...
Santeira Post at 15-5-2009 09:27
Santeira
yang dekat dengan Sutera Bukit Tunku n Rumah Sarawak tu ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Turun dari Bukit Tunku, diorg bertembung dgn A tgh jalan kaki dgn marah2. Diorg keluar dari kereta, A maki hamun diorg sbb tinggalkan dia. Adik tanya apa yg dah jadi. A kata dia tgh padamkan rokok dgn kasut, bila toleh, kereta dah jalan. Dia dah tak fikir takut ke apa, memang meradang la.
Eva_yy_Ellin Post at 4-7-2012 13:28
fuhh..serammm. sempat lagi A palsu menjelma masa A betul tgh dok padamkan rokok.... |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh..serammm. sempat lagi A palsu menjelma masa A betul tgh dok padamkan rokok....
azie_fariza Post at 4-7-2012 16:34
Ada can, dia buat je. Tadi terbaca kat thread lain, ada sorg ni cite psl benda yg sama. Bezanya berlaku kat Highland Tower. Mungkin benda ni memang biasa berlaku kot. Ada yg menyamar jd kawan pas tu ada lak sorg pak cik tegur. Tapi kisah ni memang betul. Teringat adik Eye balik rumah pukul 3 pagi gigil2. Lepas dia elok demam baru dia buka cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang area umah-umah besar atas bukit tu ke? penah la jalan-jalan kat situ.pegi pagi tapi xpenah la kena pape n di harap jangan ade la. |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaaha ai baru jumpa gambar2 kat bukit tunku masa zaman tok kaduk pegi dulu..ada tepek ka ...
syahoney Post at 4-7-2012 14:31
Mak aih, panjangnya. Nanti berkesempatan Eye bukak ye... |
|
|
|
|
|
|
|
kg aku tu ...mmg terbiasa dengar org2 luar bercerita...org2 kg aku xde ckp sgt pun , sibuk memanjang ...
pokok2 jln masuk tu kan besar2 dan tinggi ,siang2 pun gelap apatahlagi malam...suasana tu yg semcm boleh mengundang mcm2 rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
masih takde gambor ker?? ... |
|
|
|
|
|
|
|
masih takde gambor ker?? ...
viper_2803 Post at 9-7-2012 10:14
nak gambo apa tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
nak gambo apa tu???
syahoney Post at 10-7-2012 14:52
gambor megan fox... |
|
|
|
|
|
|
|
gambor megan fox...
viper_2803 Post at 12-7-2012 17:32
gatai noooo~ |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kongsi juga walaupun thread dah bertahun lepas. Benda ni berlaku baru2 ni masa tgh Euro. Adik Ey ...
Eva_yy_Ellin Post at 4-7-2012 13:28
seram gileee..fuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 63# Eva_yy_Ellin
kenapa A sebenar x tepon member yg lagi 2 org tu mase ditinggalkan??? |
|
|
|
|
|
|
|
nak bump sikit...ada sesapa pernah p sini?
ni gambo fresh pagi tadi punya gambo...hehehehe mod sila mengacang i ....hihihihih
Last edited by syahoney on 30-9-2013 10:40 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|