Originally posted by nik2121 at 31-5-2009 15:55
owh..
thanks...
erm... satu soalan nak tanya
kalau enjin stock standard hendak letak turbo
biasanya modifikasi apa yg perlu dibuat?
biasanya tak banyak modified pd enjin asal..
skrg ni pun banyak dijual turbo kit yang mmg untuk bolt-on
kat enjin standard..
Slalunya pakai turbo mcm ni enjin cepat rosak la..
internal part pd enjin NA tak sama dengan turbo
sebagai contoh piston.. piston turbo jenis low pressure
tp piston NA byk jenis high press..
hyundai accent tu, masih berkeliaran di kota bahru dengan nombor pendaftaran terengganu. kalu jumpa, try lah cucuk angin...
back to topik,
memula, utk pasang turbo ni, kena pastikan bahawa tiada kebocoran berlaku dimana mana bahgian apabila boost sedang menggila. antara tempat yg biasanya di cek kebocoran adalah pada bahagian intake masuk dan head itu sendiri.
biasanya, penukaran gasket dilakukan. ini bagi mendapat kompression yg lebih bagus. gasket heavy duty aluminium menjadi pilihan seperti dari jenama toda dsb. kadang kdang, kena custom made sebab tak de utk model tersebut.
nak masuk turbo kena kaji:
1. saiz turbin v/s enjin kita.... too big = lag.... too small= nothing happen
2. ignition dan timing
3. fuel. cukup minyak tak masa tengah boost / turbine idup?
4. intercooler top / front mount
5. ecu/ piggyback/ etc
jawapan
1. biasanya, pomen akan try and error, cc enjin dan karekter atau fizikal enjin sperti panjang kebuk di ambil kira. kalau enjin 1.3 wira masuk turbo mira 660, boost ada, tapi tak kuat. turbine senang rosak. jadi,mungkin pomen akan cari turbine yg digunakan pada enjin yg setara dengan enjin wira tadi seperti turbine dari starlet atau punto. terlebih besar? boost memang kuat? atau enjin akan pecah? atau lag terus terusan....? ha ha
2. yg ni biasanya ejas masa dah komplet semua. advan , retard , semua amik kira.
3. fuel pump custom atau yg lebih besar akan dicari. jenama bosch adalah cukup popular. injector tambahan juga mungkin digunakan jika berlaku fuel thirst..
4. pemilihan top/ front memainkan peranan bagaimana enjin beraksi. masalah lag akan dikenal pasti dengan tepat disini. ada enjin, bila pakai top mount, lag dia kuat. dan ada sebaliknya.
5. perkara kedua terakhir ... ecu. kenkadang, nasib baik, ecu tu boleh belajar perubahan yg berlaku. sebagai cthnya, wira 1.5 tadi. ecu standard je..... tapi kalau ada injektor tambahan, kena cari piggyback lah.
selamat ke tak?
macam ni lah...
nak kata selamat tu, tak lah juga. tapi kalu jaga elok elok, mungkin ok kut. sebab biasanya, kalau enjin standard ni, derang set boost pada 0.5 bar saja... ada juga yg tukar piston set. cari piston set dari enjin turbo yg ngam dengan enjin tadi. tapi tu dah masuk stage 2. nak lagi advan, blok kasi korek, masuk piston oversize turbo punya. cth wira 1.5 tadi, kasi korek blok dan masuk piston dari enjin turbo mirage....
kos?
fuh........... setakat yg aku tahu. kos tukar enjin lagi murah kut... tapi tu 5-6 tahun sudah... masa tu hafkat gsr baru 6 ribu saja...
baru baru ni, ada jumpa kit bolt on turbo combo, campur campur dari berbagai model seperti interccoler dari mitsu, turbine dari impreza.. dll, semua tu, dalam mudah.com.my dijual pada harga rm1500 jer...
fabrikasi yg mahal. dan kereta yg menjadi bahan ujikaji tu, akan berbulan duk dalam bengkel. ini bukan kerja overnite.
hasil?
fuh.... lagi susah mau cakap. atas nasib. kecuali ko dapatkan kit bolt on yg memang specialize utk keta tu dan bukan jenis kawin sana sini. harga nya tentulah mencecah puluhan ribu utk kit saja.
jadi?
laju lah jugak, tapi tak selaju mana pun... cadangan aku, tukar enjin lagi mudah.
TAPI... keta ko, kalau pakai bolt on , otai otai keta memang salute pada hang!!!! tabik spring!!!! sebab derang tau, ini bukan kerja murah lagi mudah...... tukar enjin budak abis spm pun buleh buat.... betul tak?
p/s: segala kekurangan dsb, jgn marah lah.... aku bukan tahu sangat pun... just bystander je
Haper lagi, cepat2 la rakam gambar tu pastu upload kat internet pi posting kat blog... nak lagi best, rakam video kena hentak dgn cota pastu upload kat youtube... untung2 korang bleh gunakan tu untuk saman balik polis dgn kera-jaan, kalau menang kes tu bleh jadik bapak jutawan tuu... bleh la blanjer haku keter Ferrari ataupun Posche barang sebijik dua ker...