|
Post Last Edit by Syd at 23-10-2009 13:46
200 spesies serangga di Muzium Negara
KUALA LUMPUR: Rama-rama terbesar dan serangga paling bising di dunia antara tarikan utama pengunjung pada Pameran Kenali Serangga yang bermula semalam di Muzium Negara, di sini.
Rama-rama daripada spesies Rajah brooke dan kumbang Riang-riang antara 200 serangga yang akan dipamerkan sehingga 12 Jun nanti sempena musim cuti sekolah kini.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ibrahim Ismail, berkata pameran berkala itu diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya kanak-kanak mengenali serangga dengan lebih dekat.
揇aripada 200 spesies itu, lebih 100 adalah yang terancam dan sukar untuk ditemui.
揇engan pameran ini kami harap generasi muda akan mengenali serangga dengan lebih dekat dan bukannya hanya mendengar cerita daripada orang tua mereka saja.
揚engalaman mereka tentu berbeza sekiranya berkunjung sepanjang pameran ini diadakan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
depa pamerkan yang hidup ke atau yang dah diawetkan? |
|
|
|
|
|
|
|
nanti aku nak pegi
khamis/jemahat nih
mungkin yang dah mati punye
tapi tak mustahil yang idup
lama giler tak p sana |
|
|
|
|
|
|
|
eh..aku pun kena bawak anak aku pegi ni..minat giler dia ngan serangga..hari jumaat ni kot. free ke kena beli tiket? berape hinggit? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tak mahal la tiket masuk muzium
jemahat nih last |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah pegi hari khamis tu hari
rupanya pemeran besar-besaran dah abes...
ada tinggal skit jerk...
itu pung taruk kat tgh2 dewan kat muzium tu...lokasi awal dia
kat belakang tu....
mmg dewan besar giler
tapi aku tak kecewa sangat...
sbb sebelum tu, pada paginya
aku dah pegi taman rama-rama gitu
so, aku dah tgk semua jenis seranggak ke, rama2 ke apa
so, aku tak terkilan sangat laaa
(kat taman rama-rama punye, lagi banyak...ala2 complete gitu
/- kejap lagi nak pegi muzium lagi, tu hari tak puas. sbb hari nih ada pameran ular menari segala... (hari nih sampai berapa hari bulan..lupa dah...heheh)
[ Last edited by Syd at 13-6-2009 23:39 ] |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye..
tang yang binatang2 kat atas tu, dah mati kejung semua..
dah diawet..
tadi sampai kat muzium, dah dekat kul 3.45pm... pastu ada tanya kat orang yang dok jaga pameran tu... ckp ngan dia, tadi nampak kat paper kosmo...ada ular hidup bagai...then dia tunjuk kat satu sudut, ada beberapa orang tu... pastu dia ckp, dorang tu laa nanti nak buat pertunjukan ular...pastu dia ckp nanti anak agong nak datang tgk gak... tunggu2 ntah bila nak sampai...malas nak tunggu. terus gerak nak tgk pameran senjata dan galeri orang asli semua tu...kang lambat, tutup plak
binatang yang dorang awet, pelbagai jenis ular, pelbagai jenis biawak (biawak air, biawak tikus, biawak apa ntah...ada 4 jenis), serangga banyak laaaa.... dari sekecik2 sampai yang besar2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia unik serangga
Oleh Bennie Zie Fauzi
[email protected]
Kumbang jenis Macrodontia Cervicornis.
Serangga daun kering, rama-rama terbesar antara spesimen ratusan tahun di Muzium Negara
MEMILIH pembangunan dan kemodenan bererti ada yang harus dikorbankan. Selain bukit kian terhakis, hutan makin gondol dan sungai menghimpun sampah-sarap, habitat haiwan yang menghuni di dalamnya turut diancam bahaya kepupusan.
Selain haiwan liar, serangga dan unggas penghuni tetap hutan dan belukar semakin susut bilangannya. Jika sebelumnya, spesis seperti belalang, pepatung, kumbang, riang-riang dan sebagainya biasa ditemui meskipun di kawasan sekitar rumah, generasi kini, sekadar mengenali nyamuk dan lalat.
Bahaya kepupusan membangkit kesedaran Muzium Negara untuk mengabadikan dan menyimpan koleksi serangga melalui pameran pameran Kenali Serangga (KS), baru-baru ini.
揝pesimen yang ada dalam simpanan muzium termasuk spesies serangga seperti kumbang dan rama-rama yang berhadapan bahaya kepupusan. Jika muzium tidak mengambil langkah menyimpannya, kemungkinan besar generasi akan datang tidak kenal sama sekali rupa dan bentuk serangga ini, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenali dunia serangga
Oleh ARDYHANSAH AMAT
[email protected]
Kakitangan Zoo Negara, Nur Diyana Mohamad Jamal menunjukkan beberapa spesies rama-rama yang terdapat di Zoo Serangga.
KUALA LUMPUR 10 Julai - Serangga adalah sebahagian daripada hidup manusia. Namun, kebanyakan kita tidak menyukai haiwan kecil ini kerana ia dianggap perosak.
Namun, tidak semua serangga adalah perosak dan menyusahkan hidup manusia. Ada serangga yang disukai manusia kerana warna dan keunikannya.
Bagi mendekatkan dan mengajak masyarakat mengenali dunia serangga, Zoo Negara mengambil inisiatif menganjurkan pameran serangga.
Di atas tapak sebanyak 0.6 hektar, orang ramai berpeluang untuk melihat lebih dekat hampir 200 spesies serangga-serangga yang terdapat di Malaysia.
Menurut Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah, pameran tersebut adalah pameran yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara.
"Pada masa ini, terlalu banyak isu yang berkaitan dengan pemusnahan habitat dan ancaman terhadap haiwan yang bersaiz besar seperti harimau, gajah dan badak sumatera.
"Ia seolah-olah melupakan kita bahawa ada juga hidupan lain yang turut terancam dan mengalami kepupusan, yang perlu kita pelihara.
"Atas inisiatif ini, pihak Zoo Negara mengadakan pameran serangga di sini bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang ramai akan serangga-serangga yang ada di negara kita selain melihat sendiri keunikan yang ada padanya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Difahamkan, selain serangga dari negara ini, terdapat juga serangga dari negara luar turut dipamerkan.
Antaranya adalah dari Indonesia, Thailand dan Amerika Selatan.
Mohamad berkata, serangga-serangga yang ada di Malaysia sebenarnya cukup istimewa dan mempunyai keunikan tersendiri.
"Misalnya, kita mempunyai serangga terpanjang di dunia iaitu Stick Incent yang boleh mencecah panjang sehingga 22 inci.
"Selain itu, kita juga mempunyai Long Legged Katydid, spesies belalang terbesar di dunia, mentadak yang berbentuk bunga orkid serta Dead Leaf Mantis (serangga yang seakan-akan daun)," katanya lagi.
Sementara itu, bagi peminat rama-rama pula, mereka berpeluang untuk melihat sendiri pelbagai jenis rama-rama yang berwarna-warni dan saiz.
Atlas Moth, iaitu rama-rama yang terbesar turut boleh dilihat di Zoo Negara.
Begitu juga dengan rama-rama tercantik di dunia iaitu Raja Brooke. Mendapat jolokan Prince Butterfly, ternyata kecantikan corak dan warna yang ada padanya pasti mampu memukau peminat-peminat serangga.
"Kita juga menyediakan satu kawasan tertutup untuk orang ramai melihat rama-rama yang masih hidup terbang.
"Seperti di Taman Rama-Rama berhampiran Tasik Titiwangsa, kandang ini dibina lebih rendah bertujuan untuk memudahkan orang ramai melihat rama-rama ini dengan lebih jelas," ujarnya.
Namun begitu, apa yang penting, pameran serangga itu bukan sekadar pameran makhluk kecil itu tetapi turut menunjukkan proses pembiakan serangga kepada orang ramai.
Malah, pekerja-pekerja zoo yang ditugaskan untuk pameran tersebut telah diberikan kursus-kursus khas mengenai serangga agar mereka boleh menjelaskan kitar hidup serangga kepada orang ramai.
"Perkara ini dilihat dapat menyumbang kepada proses mendidik orang ramai mengenai serangga.
"Atau mungkin ada pelajar-pelajar yang berminat atau sedang membuat kajian tentang serangga, pameran ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka.
"Di sini mereka boleh mendapat maklumat penuh tentang haiwan ini. Selain itu, mereka sendiri boleh mengawet serangga-serangga yang telah mati di zoo ini.
"Ini dapat memberikan latihan praktikal secara percuma dan mudah kepada pelajar-pelajar yang berminat," kata Mohamad lagi.
Kepada mereka yang berminat untuk melihat sendiri dengan lebih dekat kehidupan serangga, datanglah ke Zoo Negara.
Maklumat lanjut mengenai pameran itu juga boleh diperoleh melalui laman www.zoonegara.org.my. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penyelidik UKM bantu dedah keistimewaan silam
Oleh NASHIR MANSOR
KUNAK: Abdul Lahil Sarail begitu kagum melihat pelbagai spesies serangga, amfibia dan reptilia dalam poster pada satu pameran di Dewan Sri Kunak di sini baru-baru ini.
Anak kelahiran dari Kunak yang berusia 42 tahun ini belum pernah melihat pelbagai jenis binatang seumpama itu meskipun gambar-gambar tersebut hanyalah diambil oleh para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di hutan simpanan yang berdekatan termasuk di Lembah Danum, Tabin dan Madai.
Antara gambar serangga yang dipamerkan ialah serangga kayu, rama-rama, labah-labah dan banyak lagi yang begitu asing kepada kebanyakan pengunjung.
Pameran itu dianjurkan bersama oleh UKM dan wakil kawasan Parlimen Silam dan kawasan dewan undangan negeri Kunak.
LEBIH REPTILIA, SERANGGA, AMFIBIA
Menurut seorang daripada anggota kumpulan penyelidik berkenaan, Prof Madya Dr Norhayati Ahmad, terdapat kemungkinan lebih banyak spesies reptilia, amfibia dan serangga di hutan simpanan Sabah yang masih belum ditemui dan mungkin tidak boleh didapati di Semenanjung Malaysia.
"Terima kasih kepada UKM kerana mengendalikan aktiviti (penyelidikan) yang sebegitu baik di Silam. Saya belum pernah melihat atau terlintas dengan kewujudan kebanyakan serangga, reptilia dan amfibia yang dipaparkan dalam gambar pada pameran itu.
"Semuanya amat cantik dan menarik," kata Abdul Lahil, seorang petugas di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri kepada Bernama ketika ditemui di dewan pameran itu di sini.
Abdul Lahil adalah antara beratus-ratus penduduk Kunak berada di dewan pameran itu bagi menyaksikan majlis pelancaran Kerjasama Penyelidikan UKM-SILAM.
Anggota Parlimen Silam, Saleh Kalbi menyifatkan acara itu sebagai satu detik bersejarah.
Saleh Nilwan Kabang (anggota DUN Kunak) dan pihak UKM menandatangani Surat Niat berkenaan pada Julai lepas.
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Objektif penyelidikan berkenaan ialah untuk mengenal pasti potensi berasaskan ekonomi Silam dalam pelbagai sektor termasuk pertanian dan pelancongan di samping pembangunan sumber manusia dan kesihatan.
Data yang dikumpulkan itu pula mungkin berfaedah untuk kegunaan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan bagi tujuan merangka pembangunan masa depan Silam untuk faedah penduduk tempatan.
"Silam mempunyai potensi ekonomi dan pelancongan yang masih belum diterokai dan dibangunkan dengan sebaik mungkin. Lembah Danum dan Hutan Simpanan Tabin yang kaya dengan biodiversiti juga ada di sini.
"Gua Madai yang dikenali dengan sarang burung juga terdapat di sini. Adalah juga dipercayai terdapat kawasan tinggalan ketamadunan awal manusia di Silam berdasarkan kepada hasil kajian Muzium Sabah manakala Islam di Sabah dipercayai disebarkan dari Silam," kata Saleh.
Beliau berkata Silam juga kaya dengan sumber marin yang mempunyai potensi besar untuk diterokai dan dimajukan melalui industri akuakultur untuk faedah ekonomi kepada rakyat.
"Saya dimaklumkan oleh seorang penyelidik UKM bahawa hidupan marin di Teluk Darvel seperti terumbu karang adalah lebih cantik berbanding yang terdapat di Pulau Sipadan," katanya.
PASUKAN PENYELIDIK
Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof Dr Salmijah Surif, yang mengetuai universiti itu berkata, penyelidikan itu akan dikendalikan secara holistik berasaskan sumber yang terdapat di kawasan Parlimen Silam yang merangkumi daerah Kunak dan Lahad Datu dan daerah kecil Tungku.
"Kami mempunyai pasukan penyelidik dalam kesihatan, pendidikan, pasukan yang menjaga flora dan fauna di Silam dan yang menjaga sektor pelancongan. Kami turut membawa satu pasukan dari Fakulti Pengajian Islam dari UKM untuk menjalankan penyelidikan bagaimana Islam berkembang di Silam kerana ada sesetengah percaya bahawa Silam adalah antara tempat yang terawal menerima kedatangan Islam di Sabah.
Prof Salmijah berkata UKM akan menerbitkan sebuah buku berjudul "Glimpses of Silam" (Sekilas Silam) yang mengandungi koleksi gambar dan data semasa pasukan penyelidikan berkenaan melakukan lawatan pertama dan kedua ke Silam.
Beliau berkata buku berkenaan kini sudah 80 peratus siap.
Mengenai langkah seterusnya bagi penyelidikan itu, Prof Salmijah berkata pasukan berkenaan telah merangka satu cadangan penyelidikan.
"Dalam sebarang penyelidikan, dana adalah amat penting. Untuk mendapatkan dana untuk penyelidikan, kita perlu tampil dengan satu cadangan yang komprehensif dan menyakinkan untuk dikemukakan kepada pihak yang berminat bagi mendapatkan dana penyelidikan," kata beliau.
"Saya perhatikan bahawa pelancongan adalah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam projek kami. Bahan (sumber) telah sedia ada. Apa yang perlu dilakukan hanyalah bagaimana untuk menggunakannya. Jadi dengan berbekalkan kepakaran, kami akan membantu sedaya yang mungkin," katanya.
Pengarah Jabatan Perkongsian UniversitiKomuniti UKM, Prof Dr Ismail Bahari yang adalah seorang daripada anggota pasukan penyelidikan berkata, sebuah kawasan air panas dan kawasan kolam lumpur di Kunak mempunyai potensi besar dalam tarikan pelancongan.
"Kita mungkin di pihak yang rugi sekiranya kawasan air panas berkenaan tidak dipulihara dan kolam lumpur berkenaan tidak dimajukan sebagai satu tarikan pelancongan. Inilah keistimewaan Kunak," kata Prof Dr Ismail said. BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
x ske ngan serangga
tp ske tgk yg kalerful tu..
cam spider yg kaler campo2,dragonfly...
plg x ske semut,lalat,nyamuk |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ada lipas sudahhhhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|