CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2634|Reply: 15

Jubah Untuk Ibu

 Close [Copy link]
Post time 10-7-2009 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Kawan-kawan, cite ni herb dapat dari hasben.  tak tahu siapa yg tulis, yg pastinya melelah la baca cite ni.


揂pa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak
menyusahkan aku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2009 11:18 AM | Show all posts
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu
sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di
sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya
seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak
bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih
bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak
sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan
ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa
pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along
merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.


Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

揑bu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 11:20 AM | Show all posts
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat
Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu
kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang
jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.
慍antiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 11:22 AM | Show all posts
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. 揂zam, kalau aku tanya kau jangan marah k!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 04:58 PM | Show all posts
'('('('('('('('('('('('('('('('('('('('('('('('('('(
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 05:20 PM | Show all posts
cedihnyerrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2009 10:31 AM | Show all posts


sedih nyee
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 10:49 PM | Show all posts
huhuh.. sedih la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 02:44 PM | Show all posts
  hukhukhuk...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 03:42 PM | Show all posts
sedihnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 01:04 AM | Show all posts
waaa.. sedihnyerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 11:47 AM | Show all posts
macam pernah terbaca cerita ni...memang sedih. boleh minitiskan air mata
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:56 AM | Show all posts
sedih sangatttt....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 11:34 AM | Show all posts
Nangis aku baca..

Good job..teruskan berkarya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 01:59 PM | Show all posts
...teringat lak kat emak yang telah pergi dulu ke 'sana'...Al-fatihah buat arwah emak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 03:37 PM | Show all posts
..sedihnya......meleleh aiq mata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199723 Replies : 4690
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11862 Replies : 11
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5041 Replies : 9
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10822 Replies : 57
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3631 Replies : 27
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21549 Replies : 62

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067738 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list