View: 6382|Reply: 18
|
Remaja cemar Dataran Seremban
[Copy link]
|
|
Sentral: Remaja cemar Dataran Seremban
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
[email protected]
Jadikan pusat rekreasi di tengah bandar tempat tidur, bergaul bebas
SEREMBAN: Kehadiran sekumpulan remaja yang menjadikan Dataran Seremban di pusat bandar ini sebagai tempat mereka bermalam menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai yang melalui kawasan itu, terutama perkara yang membabitkan pergaulan bebas dengan remaja lelaki dan perempuan tidur bersama.
Sejak beberapa hari lalu, kumpulan remaja itu datang pada waktu malam dan tidur di dataran itu. Antara jam 7 hingga 8 pagi, mereka bangun dan mandi di kolam di situ, lalu beredar dari situ. Ada masanya, selepas jam 8 pagi pun masih ada yang terus lena tanpa mempedulikan pengguna jalan raya.
Apa yang menghairankan penduduk ialah remaja berkenaan seolah-olah tidak mempunyai keluarga kerana sanggup tidur disitu. Perbuatan tidak sopan seperti remaja perempuan tidur berbantalkan tubuh rakan lelaki mereka dilihat sebagai perbuatan yang mencolok mata dan ini dilakukan secara terang-terangan.
Tinjauan Berita Harian mendapati, botol arak serta puntung rokok juga bersepah dan menyebabkan persekitaran kawasan itu menjadi kotor.
Pemandu teksi, Andrew Karupaya, 58, berkata beliau danrakan-rakannya yang menunggu penumpang hingga lewat malam di depan dataran itu pernah melihat pekerja Majlis Perbandaran Seremban (MPS) meminta remaja berkenaan supaya tidak tidur di dataran itu, tetapi tidak dipedulikan.
Katanya, kebanyakan mereka memakai pakaian tidak senonoh dan mencolok mata, malah ada yang mempunyai peralatan tidak sepatutnya seperti gari.
Rakannya, Nordin Bohari, 56, meminta pihak berkuasa mengadakan rondaan di dataran itu, apatah lagi lokasinya yang strategik di pusat bandar.
Katanya, setiap orang yang memasuki bandar ini akan melalui dataran itu dan sudah tentu ini memberikan imej buruk kepada bandar ini jika melihat sekumpulan remaja tidur dan mandi di kolam di situ seolah-olah mereka bebas melakukan apa saja.
"Tindakan tegas perlu diambil, sama ada oleh MPS atau polis supaya kumpulan remaja ini tidak lagi melepak di tempat terbuka itu," katanya.
Nordin turut mencadangkan supaya papan tanda diletakkan di situ yang melarang perbuatan melepak selepas waktu tertentu.
Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia, Ghafar Nin, berkata Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan juga pernah bertindak terhadap remaja berkenaan, tetapi mereka bukan saja tidak mempedulikan arahan itu, malah bersikap kurang ajar.
"Kebanyakan remaja ini yang datang melepak pada hujung minggu berasal dari kampung. Mereka datang ke bandar untuk mencari hiburan dan sanggup tidak pulang ke rumah untuk bersama rakan sealiran," katanya.
Beliau berkata, semua pihak meliputi pihak berkuasa, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat Islam perlu memberi perhatian terhadap gelagat kumpulan remaja ini yang ada sesetengahnya menindik hidung, lidah dan pusat kerana perbuatan itu adalah meniru budaya Barat yang tidak mementingkan agama. |
|
|
|
|
|
|
|
ni dataran sebelah, kolam air saiz olimpik tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bilor tak do pembangunan koba mentoghi tak guno lah hapo lah... bilo dah buek tompek elok2 poi tido pehtu minum air setan... cam manor nak kobar lai den pun tak tau.. budak nijam obsessed bonar dongan cagho oghang2 barat punya lifestyle.. tapi tak sodar yang awak tu bangang.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semu
telah ku katakan dulu dlm thread seremban nak jadi bandaraya. masalah ni dah lama berlaku tapi macam tidak ada pihak yg nak ambil tindakan. tiap pagi aku lalu situ utk hantar anak anak ke sek puteri mesti nampak ramai yg bergelimpangan kat dataran tu. lena sekali macam tidur dalam hotel lima bintang pulak.
apa yg lebih menyedihkan kebanyakan mereka adalah remaja melayu. mak ayah dia org tak tanya ke kalau anak dia tak balik. tlg lah selamatkan mereka yg tersesat dlm terang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg malu tgk diorg selamba je duk kat situ, tido..
pastu lagi pedih mata tgk,budak pompuan pakai elok je.siap bertudung lak tu.bj kurung/jubah tp peluk2 lelaki..main gurau2 senda kat situ..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
ajak tabligh attack sana, tabligh sekarang kat NIlai.. |
|
|
|
|
|
|
|
spisis
cikaro nih
bohsia tahap gaban punye pengotor |
|
|
|
|
|
|
|
budak-budak sekarang ni tak fikir ke pasal masa depan..?? mandi tido makan pakai belajar entah ke mana..
i pernah makan kat pizza hut sban parade.. meja depan i belum berkemas so adalah leftover pizza.. u all percaya tak, datang satu group teenagers ni boleh pergi kat meja tu n ramai-ramai rebut leftover pizza sebijik rupa orang kebuluran.. i dah terjerit sebab terkejut.. one of them siap datang tanya kat i akak nak lagi tak pizza tu..?? i tak payah nak jawab, dia dah grab terus pizza yang masih dalam bekas tu skali bawak lari..
staff pizza kat situ tengok je tak berani nak buat apa-apa sbb management kata biar.. takut nanti jadi gaduh n takut budak-budak ni harmful.. staff tu mintak i tukar meja n nak ganti new food tapi i dah tak nak makan dah.. masa nak bayar, floor manager dia cakap tak payah bayar n siap cakap jangan serik datang situ lagi.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
11# bettyboops
kuang ajar betul bebudak tu kan..
sib baik betty tak yah bayar harga mknan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 potang jumaat,sabtu dgn ahad berlambak lah remaja2 lepak kt dataran tu..
klu waktu maghrib laie byk..diorang x solat ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
penah skali mase lalu kt situ ade indon gaduh reramai kt situ..
rambut panjang²..
takut plak tgknye..
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah sekali tengok wayang midnite kat seremban parade...sekali ternampak fountain cam cantek je..ajak la kawan gi situ jap..konon2 nak duduk....tapi x jadi sebab tempat tu macam2 orang ade...mase tu siap ade satu indian family datang mandi kat fountain tu lagiks...orang2 yang kat situ macam pelik2 aar...masa nak balik dari wayang lagi ar teruk..macam2 orang jumpe...jumpe rempit kne kejar ngan polis dalam arah bertentangan...nasib aku x acident..giler ar org seremban...lps tu sampai traffic light depan hospital....ade mamat ni letak kaki kat luar tingkap..kaki da la berkarat..eeeee
...serik aku nak gi seremban malam2 daaa..bandar tu scary ar..polis x jaga macam melaka...kat melaka ni...dok lepak2 pun polis jaga... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah sekali tengok wayang midnite kat seremban parade...sekali ternampak fountain cam cantek je..ajak la kawan gi situ jap..konon2 nak duduk....tapi x jadi sebab tempat tu macam2 orang ade...mase tu ...
sunshine66 Post at 15-8-2009 20:07
mmg scary..apa la nak jadi dgn seremban..mcm haram..
indon2 jahanam tu suka lepak situ sebab sebelah dataran tu ada kolam mandi diorang..senang..lepas diorang lepak,diorang akan mandi ramai2 kat kolam renang saiz olimpik tu..
so,there is only 1 solution..tolong lah repair kolam renang olimpik tu..aku malu gila nak ngaku aku orang seremban sebab kolam olimpik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah g Dataran Seremban |
|
|
|
|
|
|
|
maybe org indon..kan terminal 1 tuh mini jakarta |
|
|
|
|
|
|
|
maybe org indon..kan terminal 1 tuh mini jakarta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|