View: 8519|Reply: 17
|
[Idea]
...Globalisasi punca pengurangan sifat kemanusiaan dalam perhubungan?...
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 8-2-2017 11:12 AM
definisi from net...
Globalisasi:
Secararingkasnya pensejagatan dalam maksud yang dibawa oleh Barat perludifahami hakikatnya yang sebenar supaya perkara-perkara positifdaripadanya dapat diambil dan bahaya-bahaya daripadanya bolehdielakkan. Komunikasi yang pantas, pemindahan maklumat dan ilmu secarasegera, penyimpanan maklumat dan pengembaliannya yang pantas,pengurusan yang pantas dalam konteksnya itu, keberadaan maklumat danpengetahuan yang seolah-olah tidak ada batasnya, itu mestidimanafaatkan.
Yang
negatifnyahendak dielakkan: penghakisan prinsip-prinsip dan nilai-nilaidalam perhubungan dengan pelbagai budaya dengan kehadhirannya dimana-mana, pengurangan hubungan manusia secara berdepan dan langsungyang terlalu banyak dimenengahi
oleh alat-alat komunikasibaru yang mengurangkan sifat kemanusiaan dalam perhubungan, demikianseterusnya; hegemoni budaya lain yang melemahkan kekuatan budayasendiri; keselamatan dan kekuatan agama yang tercabar; demikianseterusnya.
...adakalanya yg jauh dpt dieratkan perr... |
|
|
|
|
|
|
|
globalisasi ni bagaikan merentas lautan tanpa membasahkan diri, menjelajah ke serata dunia tanpa perlu passport dan visa.
tapi ada pro dan cons utk globalisasi.
pro: dunia makin senang difahami. ramai manusia sedar tentang kewujudan masing2 dimuka bumi yang makin sempit ni
cons: nilai2 budaya masing2 semakin terhakis disebabkan pengaruh asing. anak2 muda senang dipengaruhi oleh budaya 'baru'.
globalisation...new knowledge with a price tag. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
contoh globalisasi yg paling dekat adalah makanan....kehadiran kfc,mcdonald,burger king..starbucks...dome...perubahan yg paling ketara...globalisasi menjadikan budaya warung-warung kedai kopi lama agak tenggelam terutama bagi generasi muda.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
contoh plg nyata adalah strategi pemasaran...
tapi bak kata tun...tang benda2 yg bawak keuntungan depa globalkan
part2 pertukaran pekerja dr satu negara ke negara lain depa takmau.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesan pada pemikiran dan worldview masyarakat camna?
adakah ia sehala ataupun pelbagai hala...
for now nampaknya ia hanya one way saja... negara kuat melanda negara lemah dan kecil...
so globalisasi = penjajahan bentuk baru... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
5# petola You are right globalisasi adalah penjajahan bentuk baru (neo colonialisme). Penjajahan ini adalah lebih bahaya kerana strategi yang amat halus dan mampu mempengaruhi jiwa dan jati diri. Bukan mudah untuk menangani penjajahan ini dan kesannya kita sudah nampak.
Namun demikian ada unsur positif globalisasi sekiranya digunakan dengan baik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesan pada pemikiran dan worldview masyarakat camna?
adakah ia sehala ataupun pelbagai hala...
for now nampaknya ia hanya one way saja... negara kuat melanda negara lemah dan kecil...
so glob ...
petola Post at 27-12-2009 13:08
for me bukan setakat lemah dan TAKDE SUMBER
sumber banyak dan tak berapa nak cerdik.... |
|
|
|
|
|
|
|
globalisasi ni mcm menyokong capitalism. peniaga/usahawan kecil takde chance nak compete against big names.
but on the contrary, kalo peniaga/usahawan kecil tu pandai dan mampu bertahan, SMI (small medium industries) boleh sustain di kawasan2 tertentu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi.
Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas
Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham
Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta
Membolehkan bantuan diberikan dengan segera
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
globalisasi punca pengurangan sifat manusia dalam perhubungan kerana dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tidak dinafikan globalisasi banyak membawa kebaikan kepada manusia sejagat
Pertukaran maklumat, teknologi, pengetahuan, budaya dll dpt membantu membentuk sesebuah komuniti
Globalisasi melalui teknologi terutamanya komunikasi dengan internet memudahkan segala urusan dan menyebabkan penyebaran maklumat tanpa sempadan
Walaupun ianya banyak memberi manfaat tapi kita tak dapat lari daripada kesan negatifnya
Manusia akan lebih banyak bergantung kepada teknologi seiring dengan kemodenan yg dibawa mengikut arus globalisasi
Kebergantungan kepada teknologi ini sedikit sebanyak akan menghapus nilai2 murni manusia. Byk perkara tidak perlu lagi berurusan dgn manusia dan menyebabkan kurangnya interaksi sesama insan
Sebenarnya banyak lagi kesan globalisasi ini terhadap perhubungan manusia tetapi samada kita dapat mengawalnya atau tidak. Walau sehebat mana pun teknologi yang ada, tuhan dah berikan kita akal dan fikiran utk kita atasi permasalahan yg timbul daripada impak globalisasi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menurut asal katanya, kata "globalisasi" diambil dari kata global, yang maknanya ialah universal. Achmad Suparman menyatakan Globalisasi adalah suatu proses menjadikan sesuatu (benda atau perilaku) sebagai ciri dari setiap individu di dunia ini tanpa dibatasi oleh wilayah. Globalisasi belum memiliki definisi yang mapan, kecuali sekadar definisi kerja (working definition), sehingga bergantung dari sisi mana orang melihatnya. Ada yang memandangnya sebagai suatu proses sosial, atau proses sejarah, atau proses alamiah yang akan membawa seluruh bangsa dan negara di dunia makin terikat satu sama lain, mewujudkan satu tatanan kehidupan baru atau kesatuan ko-eksistensi dengan menyingkirkan batas-batas geografis, ekonomi dan budaya masyarakat. Di sisi lain, ada yang melihat globalisasi sebagai sebuah proyek yang diusung oleh negara-negara adikuasa, sehingga bisa saja orang memiliki pandangan negatif atau curiga terhadapnya.
kita memerlukan globalisasi untuk terus maju akan tetapi jangan dilupa asal usul |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengan penyataan tersebut.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.
Melalui globalisasi juga impak negatif ketara dilihat pada negara-negara yang mundur. Ini kerana kurangnya faktor jaringan perhubungan atau teknologi melingkungi negara tersebut. Akibatnya, negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih membangun. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Globalisasi itu ke arah dunia tanpa sepadan.
Apa yang tidak boleh dilakukan pada waktu dulu, kini segalanya mungkin.
Komunikasi, perniagaan, perhubungan anatrabangsa, perkongsian, perikatan..dan banyak lagi.
Tetapi, globalisasi ini semakin hari memakan bait-bait positif yang sebelum ini kita sangat kagumi. Bila sekarang semuanya informasi boleh diperoleh dengan mudah, muncul pulak anasir firnah yang lebih berleluasa.
Kita masih dikawal oleh golongan 'elit' yang mengawal apa yang boleh kita peroleh dari efek globalisasi. Apa yang kita nampak sebagai betul mungkin juga telah diolah oleh golangan ini.
Jadi kita sendiri harus maju ke hadapan dan belajar mencari fakta yang betul dari terus menerima apa yang diberi oleh golongan ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Globalisasi meletakkan dunia dibawah satu bumbung tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini pelbgai media komunikasi dunia bebas dimasuki oleh pelbagai maklumat yang boleh membawa kepada pelbagai kesan sosial sama ada positif atau negatif. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Globalisasi merujuk dunia (globe) merentasi sempadan,or borderless. Apa yang ada di barat boleh sampai ke timur. Apa yang ada di timur boleh tiba ke barat.
Dunia yang dulunya dirasa terlalu luas dan mustahil untuk diterjah kini kian menyempit ruangannya.
Budaya,dakyah,ideologi,pemahaman dan praktikal tidak terlepas dari kesan globalisasi.
Natijahnya,manusia yang dahulunya tekun beragama terubah akidahnya hasil amalan liberalisasi yang hadir bersama arus globalisasi. Itu satu contoh yang ketara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengan penyataan di atas bahawa ..."Globalisasi punca pengurangan sifat kemanusiaan dalam perhubungan :
Globalisasi atau dunia tanpa sempadan membawa maksud proses dimana masyarakat dunia saling berkait , berinteraksi dan saling bergantung antara satu sama lain dalam berbagai aspek
seperti aspek kehidupan, politik, ekonomi, sosial dan budaya . Ini berlaku kerana adanya perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi terutama teknologi komunikasi & informasi.
Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi banyak kebaikannya seperti perkembangan teknologi ilmu pengetahuan yang pesat antara negara yang seterusnya membawa kepada pembangunan sesebuah negara dari segi ekonomi, pertanian, politik dll
Dalam waktu yang sama turut menyumbangkan kepada keburukan . Sebagai contoh masyarakat leka dengan dunia internet . Melayari fb, instagram , shopping online, u tube dsbnya menjadikan manusia bersikap individualisma ....Buktinya ketika berkumpul dengan keluarga , sedara mara ke & sbgnya, ada saja orang-orang yang asik dengan gadgetnya. Ini membuktikan bahwa sikap individualisme semakin tebal dan kita harusnya sadar bahwa manusia telaj menjadi hamba media sosial.
Dan lebih parah lagi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau kpd sesetengah org terutama generasi muda sehingga menjejaskan akidah mereka. Melayari laman web yang lebih berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya amat mudah & akibat daripada aktiviti tersebut, lahirnya perhubungan bebas lelaki dan perempuan, budaya rock, budaya lepak, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Pendedahan teknologi yang pesat ini juga menjadikan manusia bersifat individualistik, angkuh , tiada toleransi dan lebih parah lagi sehingga sanggup berbunuhan.
Kita semua tahu dalam semua aspek kehidupan, mesti ada baik & buruknya...begitu jugalah bila menyentuh aspek glolabalisasi ini. Terpulangkah pada setiap individu untuk memastikan agar mengambil yang baik serta buang yang negatifnya serta tidak terlalu taksub sehingga menjejaskan qualiti hidup kekeluargaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Azu_dizzie replied at 26-8-2017 10:40 AM
Globalisasi itu ke arah dunia tanpa sepadan.
Apa yang tidak boleh dilakukan pada waktu dulu, kini s ...
Kita masih dikawal oleh golongan 'elit' yang mengawal apa yang boleh kita peroleh dari efek globalisasi. Apa yang kita nampak sebagai betul mungkin juga telah diolah oleh golangan ini.
Yang ini mmg kebenaran yang nyata, jika dilihat mata kasar ya sgt sempurna dgn langkah langkah bijak golongan tertentu tetspi sebenar nya menekan banyak pihak dan menindas golongan pertengahan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|