pengalaman aku plak, kisah aku smsa bru baru ada kereta,
dulu2 aku rajin lalu jalan batu arang, sbb jalan itu ala ala mcm jalan k.klawang pastu dkt plak dgn umah aku,
dlm satu petang tu sdng aku syok2 lyan koner, adala nmpak kete wira kt dpan, dia pun bg signal kiri, aku pun potongla dan truskan perjalanan,
dlu aku ada prngai butuk, amik korner makan smpai jalan sblah, kalo kornar kanan, apex aku nun kat line sblah tu, kunun2 sbb nak amik korner ala ala mcm kt track,
agaknya sbb itu la driver wira tu follow aku, tetiba aku tgok dia follow rapat,
dlm hati aku ckp " ceh, wira, jngan mmpi la dpt folo aku", maka dgn konfidennye aku pun pulunla amik korner, tp yg pliknya wira tu relak je xde potong2 jalan, dia stay je pd line dia, tp still lg dia dpt follow rapat stiap kali slpas aku exit apex, aku x rs wira tu ade modified sgt sbb xde dgr bunyi yg plik2,
stlah hampir 10min 'bertarung', aku dpt rs yg komfem dia bole pancung aku bila bila mase je dia nak, maka dgn spantas kilat aku bg signal ke kiri, nseb aku baik sbb ade kaw. perumahan di kiri jalan maka aku pun masukla ke kiri untuk menutup kemaluan
mmng aku respek dgn driver wira tu, dia da bg pengajaran yg berguna pd aku
petang Sabtu yang redup sebab hujan agak lebat sebelum itu. Acara bermula sebelum masuk tol bukit lanjan lagi. Teman tak lah berniat nak main2 sebab mata agak kuyu masa tu seba agak lama mengadap komputer sebelah tengahari. Di hadapan teman ada sebijik Porsche Turbo (warna kelabu taik kucing - no platnya pun teman masih hafal, tapi tak payah lah nak tulis kat sini). Porsche tu nampak menekan2 bila nampak teman datang dari belakang (atau, teman yang sebenarnya yg berperasaaan begitu, memang kaki perasan lah teman ni). Teman tak kisah sangat kalau yang buat cam tu kelisa ke, kancil ke, mahu pun si vtec besar, malas nak layan, sebab kalau main pun mesti tak klimaks, kejap aje dah terpancut kena tinggal. Tapi, ni Porsche Turbo, teman rasa berbaloi lah kalau nak main, sebab kalah dah pasti, ya lah mana nak lawan dengan dia punya CC, tapi kalau menang, memang boleh jadi modal untuk berangan sebelum masuk tidor dalam seminggu dua.
Porsche yang mula2 dududk kat lane tengah tetiba menukar ke lane kanan bila teman agak rapat di belakangnya. Dia menekan, teman pun menekan, tapi konar kuat sebelum tol bukit lanjan menuju ke utara tu sah milik Porsche. Dia ambil konar tu dengan bergaya, sementara GTi teman nampak agak gementar utuk mengambil konar kuat pada kelajuan tinggi (kena tukar ke KONI absober semula lah nampaknya lepas ni). Tapi bila hampir ke Tol, teman nampak ruang untuk ke smart tag yang terbuka di lane sebelah kanan sekali. Dengan sepantas cahaya (ni nasi tambah bagi sedap cerita), teman cilok ke lane tersebut, memotong si Porsche yang terkebil2 kebingungan (dah terlebih2 lah pulak nasi tambah ni). Teman nampak Porsche stuck kat lane sebelah sebab ada dua bijik kereta di depannya. Selepas tol, teman apa lagi, bagi tekan sekuat mungkin meluru ke depan, dan Porshe hilang dari pandangan. Setiba di pertengahan bukit lepas tol, teman memperlahankan kelajuan sebab nak tunggu Porsche tu semula. Tak macho lah kalau menang sebab dia terkandas di tol, mana maruah teman nak letak kalau dapat kemenangan macam ni. Selepas menunggu beberapa saat, tetiba Porsche tersebut sudah ada tepat dibelakang teman. Dalam hati teman, kekalahan milik aku, tapi teman nak tengok how far Porsche ni boleh pergi. Lebuhraya masa tu agak sesak, tak clear untuk bermain di kelajuan tinggi, yang mana akan pasti teman akan ditewaskan. Teman change to sport mode, inilah masanya nak layan paddle shift GTi
byk sgt smbungnye ni.. syokla bc tread ni..
nasib baik keta aku civic xde vtec lg, kalau x, tiap2 mlm pegi test kt jln duke..hahaha
pkai enjin d15b bolehla stakat nk main cucuk2 angin tu.. bab2 mkn asap ni, dah byk pengalaman, tp bab2 asapkn org kurang skit, dorg2 ni dengki bile tgk honda kalu bnyi prennngggggg, ade je yang nk kejar.. bederau jgk darah ni..
Aku pakai satria 1.3 jer. Pernah gak Modena makan asap ngan aku dari subang ke sungai wei. Tapi dlm jem la. hehehe.... tapi dengan kereta ni la aku tapau byk kereta naik Cameron dari Tapah... aku tak minat main top speed ni, lg suka layan korner... pernah jugak terangkat dua tayar time kona... huhu... time tu mak aku ada... siap kene blasah dlm kereta... hehehe... tu time muda belia la... bila pikirkan balik... bodoh jer aku rasa...
#1
Pernah bawak Merc lama uncle aku. Masa tu dia soh aku ambik dia dari Airport. Selalunyer bila bawak satria 1.3 aku tu mmg aku relax jer. Saper nak potong2 suka ati la. Janji tak nyusahkan aku. jasi most of d time aku la give way. Bila bawak Merc tu aku pun tekan jer la. Pas ext Seafield ke Dengkil. Aku perasan la napa semua bawak slow ari ni, semua makan asap aku hehehe. Semua ke tepi, sampai la bunyi berdentum kat belah enjine Merc tu. Time tu aku tgh meter rupernye dah lebih 200 aku rembat...huhu.. bunyi dentum tu dari cover fiber bawah enjin jatuh sebab bwk laju... peh tu aku slow jer... seb baik uncle aku tak skolahkan aku....
#2
Masa pi Germany ada work visit. Company tu ambik aku ngan kawan aku naik Van Volkswagen... engine TDI... diesel la... selamba 180 - 190 kat highway... adalah dlm 6-7 org dlm van tu... tu pun ada gak lagi kereta2 lain motong dia... motor pun ada... kiranya 180
teman dikedudkan depan, Porsche Turbo kelabu asap dengan DLR nya yang menyala terang garang mengekori dari belakang. Masih lagi dalam kelajuan siput sebab lebuh raya agak sesak. Deretan kereta agak panjang dan padat di lorang sebelah kanan, jarak antara kereta tidak lebih dari sebatang rokok (peh hebat punya nasi tambah), di lorong tengah agak longgar dengan jarak antara kereta dua atau tiga buah setiap satu. manakala dilorong paling kiri agak lapang. Standard lah di Malaysia, yg kanan lebih padat berbanding sebelah kiri, mana ada yang sama2 kental kiri dan kanan. Dalam jarak 250m dari pintu gerbang, tetiba teman nampak ruang dilorong tengan terbuka untuk menyelit, dengan ruang sebelah kiri yg terlapang luas untuk larian solo. Dengan pantas (maaf sebab teman tak bagi signal, coz kat Malaysia ni kalau bagi signal org tak bagi masuk, kita kena ada element kejutan, barulah boleh masuk) teman mencilok kelorong tengah dan terus ke lorong sebelah kiri untuk larian solo bergaya sehingga mencapai 180km/h, tapi ruang membataskan teman dari pergi lebih dari itu sebab ada sebiji kereta di lorong kiri. Teman perlahan sedikit, mencilok ke lorong tengah dan masuk semula ke lorong kiri untuk memoton KERETA ITU (kereta Pijot 207 warna putih). Selepas itu jalan di semua lorong menjadi sesak kembali dengan kenderaan yg nak ke PJ/kelang dan juga ke utara. Teman tersekat kembali di kesesakan bila menghampiri jejantas sebelum simpang PJ/Kelang dan Sg Buloh/Ipoh. Teman ingat cerita pasal Porsche tu dah berakhir, teman pikir dia dah give up, teman rasa permainan telah tamat, ya lah nak main macam mana, org ramai atas jalan raya. Tapi sangkaan temant meleset, bila teman lihat side mirror, teman terlihat di belakang teman, `eh macam pernah ku lihat lampu DLR ini, tapi dimana ya'. Peh rupanya Porche tu dok ikut langkah teman, dan nak meneruskan permainan. Memang dia ni seorang yang kuat semangat nak meneruskan perjuangannya yg belum selesai. Agaknya hatinya terguris dengan dalam sekali bila teman meninggalkan tanpa memberikan salam lambaian. Tapi teman dah tak bernafsu untuk bermain lagi tapi tak sampai hati melihat Porshe tu tak inzal. Teman menukar lane kanan sekali di selekoh ke PJ/Kelang, tapi lane yang lapan tersebut tetiba2 tersumbat, apabila sebijik perdana menukar lane dari tengah ke kanan. Keadaan sekarang teman dan Porsche berada dlm keadaan side by side, gtapi tak boleh beraksi sebat jalan tersumbat. Teman pandang ke pemandu Porshe, dia pandang teman. Lepas tu teman bagi signnal masuk ke kiri utuk exit kur, dia pulak meneruskan perjalanan atas lebuhraya, untuk mencari mangsa seterusnya.
kat mesia ni bugatti Veyrron ni boleh kira dalam jari, sesekali bertemu atas jalan raya dapat tengok pun dah kira macam bernasib baik. Apa tah pula kalau dapat bermain2 dengannya, walaupun kita sedar diri, sape lah kita berbanding dengan the mighty veyrron. Buggatti ni pun kalau nak main biarlah memilih sikit, tak kan GTi pun nak diayam-ayamkan, carilah yang sepadan. Tapi teman tak kecik hati pun sebab teman tahu dia boring terbang berseorangan atas jalan raya jadi dapat layan ikan bilik pun jadi lah asal kan geli. Ada juga rasa seronok, bila si buggatti sudi mencucuk dan berentap manja dengan GTi bilis teman. Teman sekadar mengeletek Veyrron sebab kalau serius pun teman pasti jadi lauk dan bakal makan asap sekelip mata aje. Ni adalah kali kedua teman di cucuk dek gergasi, sebelum ni dengan X6. Tapi yang ni lagi crazy cara pemanduannya. Dia memandu seolah2 teloq dia dibuat dari tatinium, jenis darah kering
Sabtu lepas ke JB dengan GTi. Bergerak dari KL selepas subuh, sebab pagi tak ada speed trap (andaian aje) plus keta pun tak byk, so boleh lah layan2 fefeeling macam bawak F1 atas highway (Amaran: aksi kurang ajar, sila jangan ikut). Average speed 200km/h. Bila dah masuk Johor, teman slow down and ikut lane kiri, sebab johor ni memang ada speedtrap especially kawasan yong peng, sedenak tu. Tetiba2 teman ternampak kelibat Magane RS 250 CUP warna kuning pada cermin pandang belakang teman. Keta ni memang menjadi idaman teman, berapa kali dah mimpi basah dengan RS250 CUP ni. Teman tahu keta ni manual, dalam 250hp,dan dikatakan the best handling car in her group. CUP kuning potong teman di lane laju. So, teman kata, ini lah peluang utk tengok sehebat mana aksi RS250, coz teman tahu on paper teman dah kalah teruk, lain lah kalau teman bawak siciroco R. Teman pun memecut terus duduk belakang RS250 kuning. Tak berani nak mencucuk sebab tahu akibatnya, memang teman akan dicucuk balik dan ditibai 3 kampung. RS250 ketepi bagi teman potong, atee kalau tak potong org kata biadap pula, dah org berbahasa, atee teman potong le. Kalau teman potong biasa aje, maka usaha teman nak tengok aksi RS250 tentu akan gagal. Jadi teman potong dengan aksi ayam jantan ajak bertarung (push the turbo to the max). Umpan teman dimakan, teman tengok dia mengejar balik. Peh, selepas itu lah baru teman nampak dia boleh cilok teman dari sebelah kiri pada kelajuan teman 220km/h. Tak sempat pergi pergi jauh ada deretan kereta di lane laju didepan, RS250 mencilok ke kiri, teman pun ikut, memotong cilok kesebelah kanan deretan kenderaan tersebut. Tapi lepas tu teman nampak akan pecutan RS250 yang awesome. Dia boleh cilok kiri kanan selamba aje, so teman pun slow down. Dah terus memansang angan2...that is my next car
on the way back from summer holiday (kasi chance le teman perasan macam2 duduk kat obesi) kat atas hiway Plus arah selatan (lepas slim river) sedang teman bawak santai2 C200k (bercuti dgn family takkan nak main racing2 pulak atas hiway) tetiba tertonjol aje belakang teman s2000 warna kuning (teman ingat no plat dia, tapi tak payah lah tulis kat sini). Teman ketepi sebab cara dia membototi teman tu macam nak laju. Lepas dia potong, teman kembali ke lorong kanan, lepas tu tekan sikit, baru naik 180km/h lebih sikit, dia dah masuk semula ke lorong kiri, bagi teman memotong. Atee teman potong le, org dah bagi. Lepas tu dia ikut teman. Bila teman tekan naik sampai 200km/h nampak macam dia tak boleh nak ikut. Cis keta manyak langsi, tapi speed cut off tarak buang. Potong stim tul lah