CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2372|Reply: 9

Anda bijak atau kurang bijak?u are dumb or dumber???

[Copy link]
Post time 18-1-2010 09:30 AM | Show all posts |Read mode
cuba bc kisah ini....adakah bijak dah ada jaket keselamatn tp x pakai????


Ramai tak pakai jaket keselamatanOleh ROKIAH ABDULLAH
[email protected]

ORANG  ramai mententeramkan seorang ahli keluarga mangsa yang masih hilang dalam kejadian   perahu naga terbalik semalam.

PULAU PINANG 17 Jan. - "Jaket keselamatan yang ada cukup untuk semuaorang tapi hanya 10 hingga 11 orang sahaja memakainya, yang lainenggan. Selalunya kami semua pakai setiap kali latihan," begitu luahKuah Zi Xun, 17.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)Chung Ling, Air Itam itu ialah antara 12 yang terselamat dalam kejadianperahu naga karam dipukul ombak di Perairan Pantai Macalum, di sinihari ini.
Gurunya, Chin Ai Fang, 28, dan rakannya Jason Ch'ng, 17, lemas manakala empat yang lain masih hilang.
Menurut Zi Xun, dia bersama 14 rakannya, seorang guru dan duajurulatih dari Penang Forward Sports Club sudah lama menjalani latihandi kawasan itu yang diadakan setiap hari Ahad.
Katanya, latihan itu dibuat sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan perahu naga pertengahan tahun ini.
Menceritakan kejadian yang berlaku, menurut Zi Xun, mereka memulakan latihan kira-kira pukul 8 pagi.
Katanya, semasa di tengah laut, ombak semakin kuat menyebabkan mereka cuba membuat pusingan U.
"Namun perahu dipukul ombak besar sekali lagi lalu terlanggar sebuah tongkang di kawasan itu.
"Perahu kami kemudian terbalik dan semua tercampak ke dalam laut.Dalam suasana panik itu, ada yang cuba berpaut pada perahu dan ada yangtenggelam.
"Saya dan beberapa rakan lagi berjaya berenang ke tepi pantai untukmenyelamatkan diri," katanya yang duduk di bahagian belakang perahutersebut.
Menurut Xi Zun, ketika kejadian ombak agak kuat dan arusnyabertambah deras apabila beberapa buah kapal lalu di kawasan berhampiran.
Mangsa lain, Lim Wan Yang, 16, yang ditemui di Hospital Pulau Pinang(HPP) berkata, kejadian itu menyebabkan dia berasa takut ke laut lagiuntuk berlatih perahu naga.
"Selepas terbalik, saya berpaut pada perahu. Saya bernasib baikkerana ketika kejadian memakai jaket keselamatan. Semuanya berlaku amatpantas.
"Walaupun telah berlaku beberapa jam lalu, namun kejadian yang menimpa masih terbayang di mata saya," katanya.
Kim Chuan Khye, 17, yang memakai jaket keselamatan ketika kejadianbersyukur kerana diselamatkan oleh nelayan yang berada di situ.
"Syukur, saya selamat. Tetapi ada rakan masih hilang dan telahterkorban. Pasti semua yang berlaku akan jadi kenangan pahit buat kamisemua," katanya.
Sementara itu, beberapa ibu bapa dilihat menangis dan ada antaranya berteriak dan menjerit memanggil nama anak masing- masing.
Seorang ibu berusia lingkungan 40-an dilihat menangis sambil melambai-lambai tangan ke arah laut.
"Kamu kena pastikan kamu hidup. Kamu kena balik. Ibu sedang menunggukamu. Ibu tidak boleh biarkan kamu pergi. Kamu kena balik," katanyadalam bahasa Kantonis.
Cubaan pemberita untuk mendapatkan reaksi keluarga mangsa yang terlibat gagal kerana semuanya dalam keadaan sedih.
Apa yang mereka lakukan hanya menggelengkan kepala sambil meminta pemberita dan jurugambar pergi dari tempat itu.
Sementara itu, beberapa pekerja di syarikat pembinaan di kawasanberhampiran lokasi kejadian berkata, mereka selalu melihat kumpulanpelajar tersebut menjalani latihan di kawasan berkenaan.
Katanya, perahu mereka juga disimpan di kawasan itu dalam satu ruang khas.
"Kami memang biasa melihat mereka sejak beberapa bulan lalu. Setiap Ahad, pagi-pagi lagi mereka sudah ada di sini.
"Namun, hari ini kami tidak sedar kejadian itu kerana berlaku ditengah laut. Kebanyakan kami telah memulakan kerja masing-masing,"katanya.

ada mata pandang..ada telinga dengar...ada otak,pakai leeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 09:44 AM | Show all posts
Itulah sikap kebanyakan org kita..
selagi belum kena, selagi tu dia ingat amalan dia tu selamat walaupun secara praktikalnya, amalan tu tak selamat langsung..contohnya melintas jalan tak gunakan jejantas...selama ni ok jer lintas kat bawah tu..bila dah kena langgar sampai patah riuk..cacat ke..baru nak menyesal..

Masa ni menyesal pun dah tak guna..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 09:44 AM | Show all posts
padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 09:52 AM | Show all posts
safety awareness level org2 m'sia nih very2 low.... dah macam2 jadik, still takleh amik iktibar... patutnye menda2 nih kene educate at the very young age....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 09:55 AM | Show all posts
sekolah di malaysia patut ada CIKGU PENDIDIKAN PHYSICAL EDUCATION  - yg benar benar bertauliah  - then yg tahu ajaq memurid berenang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:27 AM | Show all posts
safety....kita lack benda ni....kalau negara maju, apapun safety yang paling penting....kalau tak ada benda tu, tak engage lagi nak buat semua ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2010 10:55 AM | Show all posts
serupa konsep x pakai tali keledar..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:56 AM | Show all posts
cikgu pon tak bijak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 12:47 PM | Show all posts
sekolah di malaysia patut ada CIKGU PENDIDIKAN PHYSICAL EDUCATION  - yg benar benar bertauliah  - then yg tahu ajaq memurid berenang.
mbhcsf Post at 18-1-2010 09:55 AM


ekceli, dlm berita semalam ada bagitau yang program diaorg tu, diaorg suka2 nk masuk...
maknanya, keselamatan anak murid tuu, mmg 100% bawah tanggungjawab si guru..
pastu tak dapat kelulusan pihak berwajib...
dh malang x berbau...nasib la kan..
dh sendiri punye degil, sendiri la tanggung nasib...
tak dan sambut tahun baru cine
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 12:38 AM | Show all posts

Huh!

[AceHand SPECTaceLAR]

Terabor habes... Malas betol nak baca...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076248 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list