Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalamsebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkanbelum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalaninilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan dimuka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggupmembunuh diri apabila ditinggalkan kekasih. Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kitatelah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untukmenjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagaikekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnyakita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…?Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengatacinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati… Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasaberada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akandipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kitalakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan… Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yangterbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu.Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yangterbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda denganinsan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan andadengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjagaharga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedariakan kebaikan yang anda lakukan… Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atausetia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akanmensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah… Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik… Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidakbaik… |