|
Hebat dia ni...
Wena Poon (lahir 1974) ialah peguam korporat Singapurayang dialu-alukan sebagai salah satu penulis muda yang paling berbakatdalam kalangan sasterawan. Cereka, puisi dan karya bukan fiksyennyatelah diantologikan dan diterbitkan secara meluas di Asia, Eropah, dan negara adopsinya, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, adalah karya Lion In Winter (Singa Pada Musim Sejuk),sebuah koleksi 11 cerpen yang meneliti kehidupan orang Singapura, baikdi luar negara mahupun di dalamnya, yang mengagumkan sesetengah penulissezaman yang terkemuka. Wena juga penterjemah yang bertutur dan menulisdalam bahasa Mandarin, Kantonis, Inggeris dan Perancis.
[sunting] BiografiDilahirkan di Singapurakepada seorang ahli perniagaan dan isterinya, seorang guru, Wenamerupakan salah seorang kanak-kanak dalam kumpulan pertama yangmenyertai Gifted Education Programme (Rancangan PendidikanBerbakat) di negara itu ketika berumur 10 tahun. Kegemarannya terhadappengarangan dan kesusasteraan bermula sejak awal lagi. Apabila Wenamencapai umur 14 tahun, beliau telah siap menulis salah satu daripadabanyak siri novelnya. Beliau mendapat tempat pertama dalam matapelajaran kesusasteraan di Raffles Girls' School dan kemudian dihadiahkan Biasiswa Kemanusiaan ke Raffles Junior College.
Wena ke Amerika Syarikat untuk menyertai Kesusasteraan Inggeris di Universiti Harvard pada tahun 1991 dan selepas memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian pada tahun 1995, turut menyertai kursus undang-undang di Harvard Law School.Adalah di sana bahawa Wena digalakkan oleh profesor-profesornya untukmenerbitkan resensi filem di Amerika Syarikat. Selepas dianugerahkanijazahnya daripada Harvard pada tahun 1998,beliau bekerja sebagai peguam korporat yang mengkhususkan penyatuan danpengambilalihan antarabangsa serta pasaran modal, dan juga sebagaieditor dan wartawan sampingan.
[sunting] Kerjaya penulisanPada tahun 2002, Wena mula menerbitkan cerita dan puisi tentang Singapura. Karyanya telah muncul dalam:
- Antologi The Merlion & The Hibiscus yang diterbitkan oleh Penguin Books;
- Antologi Singapore oleh Il Saggiatore (Milan);
- Antologi From Boys To Men oleh Landmark Books;
- Antologi Collateral Damage oleh Silverfish Books;
- Antologi Silverfish New Writing 2007 oleh Silverfish Books;
- Antologi Don't Judge a Book By Its Cover oleh Beaumont Publishing;
- Antologi Yuan Yang oleh University of Hong Kong;
- Quarterly Literary Review of Singapore;
dan banyak lagi jurnal kesusasteraan di Asia dan Australia.
Pada tahun 2005, Wena siap menulis Biophillia, novel pengembaraan aksi cereka sains, dan dua tahun kemudian, siap menulis susulannya, Cryptic Tonic. Pada tahun 2006 pula, cerpennya dimasukkan ke dalam Island Voices, buku teks kesusasteraan untuk Tingkatan 3 dan 4 di sekolah menengah Singapura.
Wena yang berkahwin dengan Bailey Korell sejak tahun 2000 mereka bentuk dan meruncitkan bukunya sendiri menerusi Amazon.com dan mempamerkannya di Alternative Press Expo di California. Minatnya terhadap filem dan bahasa menyebabkannya menterjemah sari kata Bahasa Inggeris/Bahasa Mandarin untuk Nanking, filem Hollywood terkini yang diterbitkan oleh seorang pengarah filem yang juga pemenang Oscar.Beliau juga menghabiskan masanya dengan menjadi wartawan, editor danpenulis resensi filem bebas untuk berbagai-bagai akhbar dan majalah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|