|
Author |
Post time 29-9-2013 09:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Satu lagi cerita yang berkaitan waktu pagi jugak....
Masa tu bulan puasa. Aku dengan 5 orang kawan aku iaitu ain, nurul, putri, fiza, ct keluar bersahur. Kami naik 3 buah motor. Aku bawa motor tu dengan roomate aku ct. Dah abis mkn. Kami pun nak balik la. Tapi sebab nak merasa suasana pagi kami saje jalan jauh sikit. Lg pun kami tak pikir apa2 la...nak dijadikan cerita kami terlalu di kawasan kubur. Aku memang tak perasan tu kawasan kubur. Mata aku hanya tengok depan je. Tak tengok kiri kanan dah. Masa tu aku kat depan. Motor kawn aku putri kat belakang. Yang membonceng sama dengan dia..fiza
Tiba2 motor kawan si putri ni pecut laju memintas motor aku. aku masih bawa slow lg. Pastu sorang lg kawan aku si ain dgn nurul plak memintas motor aku.
nurul yang membonceng ain ni sempat la cakap sesuatu kat aku. Tapi aku x dengar langsung. Ct yang naik sama aku ni ckp jangan dengar nurul ckp apa...bawa je motor tu....Aku ingat kan ada org jahat yg follow kami. Jadi aku pun ikut sekali la memencut. Aku follow je kawan aku sampai kat tempat makan yang agak ramai orangnya. Lepas tu kami duduk minum lg sambil bukak cerita pasal td....
|
|
|
|
|
|
|
|
Rupa2nya diaorg nampak seorang budak dalam umur 8-9 tahun mcm tu betul2 kat depan pintu pagar kubur tu. Baju putih lusuh tapi berbunga2 kecil. Budak tu mengadap depan ke arah jalan je. Mukanya nampak pucat dan sayu. Dah la kawasan kubur tu gelap cuma ada lampu jalan je...sebab tu la kawan2 aku memencut laju. Aku memang x nampak langsung budak tu..kubur tu pun aku x perasan. Mungkin gelap aku tak nampak. Tapi kawan2 aku semua perasan ada kubur kat situ. Kawan aku ct pun x perasan jgk mula2 tu...tp disebabkan nurul bgtau dia masa atas motor tadi dia sempat la tgk. kawan aku masing2 dah ketakutan dah. Pucat muka diaorang. Aku pun sama walaupun aku tak nampak. Syukur jgk tak nampak sbb aku ni lemah semangat. Kalu aku nampak agaknya ntah kemana2 motor tu aku bawak |
|
|
|
|
|
|
| |
|