CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6186|Reply: 13

Perayaan chin ming

[Copy link]
Post time 25-2-2010 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by AsSaMbOi at 25-2-2010 11:44

Heh, mari assamboi cerita pasal perayaan Ching Ming.  Ching Ming maksudnya Jernih dan Terang. Hari Ching Ming biasanya jatuh pada bulan April, haribulan 4.  Kebanyakkan perayaan Cina mengikut kalendar bulan Cina tetapi Ching Ming mengikut kalendar matahari (gregorian calendar?).


(kubur dibersihkan dan dihiasi dengan kertas-kertas berwarna-warni melambangkan kesetiaan anak-anak, cucu-cicit kepada simati)

   Perayaan Ching Ming boleh diamalkan sepuluh hari sebelum April 4 dan sepuluh hari selepas April 4. Ini bermakna kaum Cina ada dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab apa? Tanggungjawab memberi kerhormatan dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah meninggal dunia.
Satu perkara yang mengelirukan kaum-kaum lain adalah kepelikan(weird?) melihat rumah-rumah kertas, kereta kertas, barang-barang kertas dan juga wang-wang kertas yang biasanya dibakar. Sebelum kita melabelkan ini sebagai kepercayaan syirik (believe in the ‘other world), mungkin ada baiknya kita memahami rasional setengah kaum Cina ini.


(minuman dan makanan kegemaran simati dibawa dan disembahkan)

   Tidak semua kaum Cina mengamalkan kepercayaan sebegini. Kaum Cina yang beragama Kristian (Katolik) biasanya mempunyai hari All Souls Day (hariroh?) yang jatuh pada 2hb November di mana mereka juga pergi ke kubur untuk membersihkannya dan memberi peringatan. Jadi kaum Cina yang beragama Kristian mungkin juga pergi ke kubur ibu-bapa/moyang mereka yang bukan beragama Kristian dan memberi hormat dengan membawa sejambak bunga.


(orang tua ini adalah dipercayakan menjaga ‘pintu masuk’ ke dunia, jadiwajar meminta kebenarannya untuk memberi ‘pas keluar’ kepada si matiuntuk keluar dan menghayati makanan yang disembah)

   Kaum Cina yang bergama Buddha juga tidak mengamalkan kepercayaan membakar rumah kertas, wang kertas dan menyembah makanan dan kueh-mueh.
Kaum Cina beragama Kristian percaya roh-roh mereka yang telah meninggal dunia telah di tempatkan di syurga atau neraka. Kaum Buddha pulak percaya roh-roh itu telah di….(eheh, how to say rebirth ah?).


(macam-macam ada….ini adalah ‘hamper’ yang mengandungi ‘makanan’.  Sebenarnya, ia cuma dibuat dari kertas)

   Tetapi kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaan bahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan-minum ahli keluarga yang telah mati. Ini adalah sebagaitanda sayang kepada yang telah mati dan bukannya kepercayaan hantu.
Tidak dinafikan bahawa memang ada sesetengah pihak yang menyembah hantu dan roh-roh dengan niat mendapat kekayaan. Tetapi majoriti kaum Cina yang menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati.

  


Pendek kata, tujuan utama Ching Ming adalah untuk ahli keluarga semua berkumpul dan mengeratkan tali persaudaraan mereka sambil mengingati nenek atau datuk mereka.



Jadi,assmboi  harap semua orang kini faham tujuan sebenar sesetengah kaum Cina menyembah kubur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2010 11:47 AM | Show all posts
Assamoi cina muslim, eh? Just wondering...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2010 12:03 PM | Show all posts
assamboi islam tulen...
tula gunenye mengkaji kepercayaan agame laen...
assamboi ske sejarah dan kaji mengkaji ni....
tu yang assamboi tepek forum ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 03:42 PM | Show all posts
wah..ada vavi golek.....

tq TT for the info...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 05:44 PM | Show all posts
menarik...da info pasai agama lain ag best TT...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 06:03 PM | Show all posts
mak oiiii.........vavi golek...mahal tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2010 07:58 PM | Show all posts
lepas upacara tu. makanan yg dipersembah dibuang atau
bebagi sesama sedare???

ada family tu kalu persembah mkn sampai bermeja2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2010 10:57 AM | Show all posts
tu vavi golek masak lade sulah...
heheehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2010 11:51 AM | Show all posts
my MIL slalu gak la bagi nenek moyang dia yg dah mati makan..
tp makanan tu dia x biar mcm tu aje, dia makan plak sebab tak mau membazir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2010 12:24 PM | Show all posts
saving gak an your mil MSVLAD???
hehheehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 12:56 PM | Show all posts
yg upacara hungry ghost lain yek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 01:32 PM | Show all posts
10# AsSaMbOi

my MIL mmg la sgt berjimat cermat tu pasal dia makan...
kdg2 nak gak ckp, 'benda yg mummy buat tu sumer ngarut' kekeke...
tp nak buat mcm mana itu agama dan kepercayaan dia
ada lagi satu upacara, yg ni pi bakar duit kertas cina kat kubur...
duit kertas tu dia lipat2 mcm kapal sket...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by Jonesy at 26-2-2010 13:50

4# yenil95

Yang ni supply sampai ching ming taun depan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2010 06:28 PM | Show all posts
amalan berjimat cermat,budaya kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.079066 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list