CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3024|Reply: 2

Dialog Orang Muda (Dom) - Kebebasan: Penulis Tercekik?

[Copy link]
Post time 3-3-2010 06:22 PM | Show all posts |Read mode


PERHATIAN: Ini bukan Sodom. Ini betul-betul Dom! Mari kita mengeDom!

Dialog Orang Muda (Dom)
“Kebebasan: Penulis Tercekik?”

Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur

6 Mac 2010, 10 pagi

Ahli panel
1.  Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Arif Mohamed
2.  Ketua Wartawan Malaysiakini Bahasa Malaysia, Mohd Jimadie Shah Othman
3.  Pengajar di Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM), Mohd Ali Atan.

Moderator
Ahli Jawatankuasa Biro Penulis Muda Pena, Muhammad Lutfi Ishak


Dialog Orang Muda
Oleh Nazmi Yaakub
Berita Harian, 3 Mac 2010

DIALOG Orang Muda (Dom) -  Kebebasan: Penulis Tercekik? akan diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kuala Lumpur, pada 6 Mac ini, jam 10 pagi.

Ahli Jawatankuasa Biro Penulis Muda Pena, Muhammad Lutfi Ishak, berkata panel pada dialog terbabit ialah Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga novelis, Arif Mohamed; Ketua Wartawan Malaysiakini Bahasa Malaysia dan penyair muda, Mohd Jimadie Shah Othman dan Tutor Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dan cerpenis, Mohd Ali Atan.

“Isu dan persoalan hak asasi bersuara serta kebebasan berkarya dalam konteks latar tempatan akan dibincangkan. Isu mutakhir membabitkan kebebasan berkarya bakal disorot panel dengan mengambil kira pelbagai perspektif termasuk pandangan Islam, hak asasi sejagat serta budaya masyarakat Timur,” katanya pada satu kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.

Februari lalu, teater Tanda karya Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron dilanda kontroversi sehingga pentasnya terpaksa dipindahkan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ke PJ Live Arts di Petaling Jaya.

Isu kebebasan juga diperkatakan dalam Rancangan Soal Jawab di TV3, kelmarin, yang menyorot persoalan itu dengan menjemput Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang memperkatakan soal kebebasan dan aspirasi negara.

Muhammad Lutfi berkata, Dom akan mengambil kira pandangan pro dan kontra terhadap isu hak asasi bersuara dan kebebasan berkarya sebelum memberi rumusan serta kesimpulan terhadap sejauh mana amalan kebebasan terbabit di negara ini boleh dilaksanakan.

“Kita mahu melihat suara generasi muda dengan format diskusi lebih terbuka dan tidak dimonopoli panel semata-mata, manakala peserta yang datang akan diberikan ruang dan masa untuk memberikan pandangan. Kami berharap generasi muda dapat menyertai Dom dan menggunakan ruang itu sebaik-baiknya,” katanya.

[/url][url=http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Jalan+Dewan+Bahasa,+Kuala+Lumpur,+Malaysia&ie=UTF8&hq=&hnear=Jalan+Dewan+Bahasa,+Kuala+Lumpur,+Malaysia&z=15&ll=3.129819,101.70308&source=embed]View Larger Map">
View Larger Map
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 12:00 PM | Show all posts
Insya Allah, hadir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 12:45 PM | Show all posts
2# attokz

sapa lagi mau ikut hadir?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035130 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list