CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2338|Reply: 5

Mana satu nak pilih?? rupa ataupun perangai

 Close [Copy link]
Post time 6-3-2010 11:50 PM | Show all posts |Read mode
:pompom:salam. aku ada masalah. masalah aku mungkin nampak kecik je tapi aku yang mencomplicated kannya hehe.
aku da clash ngan pakwe aku atas sebab - sebab peribadi, bkn atas dasar org ketiga. aku kenal dia masa masuk universiti tahun 2006 kot. dia ni lahir di luar negeri, dan mmg jenis yang straight. masa tu mcam ok la, walaupun kami sering bergaduh. aku agak playful tapi dia ni skema sket ( yela dean list student) kadg2 mcam dia susah noo nak faham yang aku just wat lawak je. dia ingat serius. memg gado dia akan baling2 hp. aku wat dek je.tapi disebabkan aku pk " susah nak cari lelaki zaman skarang yang baik ( dia baik tapi beselah hottt temper sket la ), tu yang aku bertahan hampir 3 tahun ", sb aku pk aku pun perangai bkn elok sangat, so watpe la nak demand. sabo jela,mungkin dia tak matang lagi.. so segalanya berkemungkinan.ngeh ngeh

lepas abis belaja, aku balik rumah aku, so dah jauh. so lagi banyak konflik. dia nie mcam budak2 . sikit-skit mintak clash. dan masa belajar dulu, kalau dia gado ngan aku, dia akan bgtau satu housemate aku, dia takle handle masalah sendiri. dan dia penah call mak aku, berani sungguh dia. tu yang membuatkan aku bengang dan dendam!.:@ dah penah satu hari sebelum raya, dia msg, dia kata mcam 'awak carilah orang lain, kita baik , xmcam dot dot dot..' selalu dia bandingkan ngan kawan2 aku yang tak tahu ape2! macam layan budak kecik. aku pun bengang. aku ckp, ok nak sangat putus! putusla, fed upp!!!. tapi mungkn jugak punca dia rasa macam2 sb dia rasa aku ni main2, yela dah lurus sgt tu knp!!! aku nak gak gurau2.. tension2..

bila ketiadaan dia nie bukan lah sunyi sgt pun, dia bukan la contact aku sokmo2. call aku seminggu pun susah, msg adele. sb dia kata,mak ayah dia dulu xyah call sgt pun , kekal je. cam bengang kan jawapun tuuu. tapi aku sabar, n selalu gak perli2.yela, sakit hati. kalau call pun cakap tak sampai 15 minit pun ada. sb dia jenis takde idea. cakap sepatah jawab sapatah. larat ker aku jek nak jadik badut! tapi walaupun mcam2 aku selau pk, ish xbaik la plak wat mcam2.. so aku selalu pk positive, tapi bile benda tu jadik balik, arggghhhh!!! mcam rasa xdipeduli..

then , tahun lepas aku dapat keje, aku keje disebuah sekolah. ok then mcam biasa . walaupun ade masalh. aku still mcam biasa sb mungkin aku tak cinta mati kot kat dia, lantakla.then kat sekolah tu kebetulan ade seorang cikgu yang juga baru putus tunang. so selalu sharing 2 masalah. dipendekkan cerita, kami bertambah rapat. aku boleh berkongsi ape sahaja dengan dia. dan dia menghiburkan serta menceriakan hidup aku. dia memahami aku, ye mmg kita tak bleh judge org sekelip mata. tapi aku nengok dia okla walaupon gila-gila sket. usia perkenalan kami dah menjangkau 1 tahun. dan tetibe dia meluahkan perasannya. aku takpenah anggap dia lebih dr soang kawan walapon aku selesa dengan dia,tapi dia sebaliknya. lama kelamaan aku cuba untuk menyayanginya, ye mmg aku sayang jgk la kat dia, tapi menda nie yang wat aku mcam tersekat ialah dia pendek. 160cm vs 164 cm. kdg2 bila aku pk pasal dia lebih2 tersekat dek kerana dia lebih pendek dr aku.
patot kah aku judge org mcam2? atau aku patut terima je... cam kalau korang?

dan buat pengetahuan korang, ex aku nak buat baik balik ngan aku. katanya nak berubah. dan dia kata dia nak kawin ngan aku.. dan bincang dah ngan family dia, tgu nak bincang ngan family aku je. nak dtang rumah aku bulan 6 nie.. dan , cikgu ni pulak, mmg setia menunggu aku, walaupun aku masih lagi berbolak balik dengan pertanyaannya, dan dia juga kata tak mau putih mata dan berhasrat nak jadikan aku isterinya......

nila kemuncak masalah akuhhh!
ok. skang tilik hati aku... mana aku nak pilih ek?
korang tolong...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2010 12:33 AM | Show all posts
ko jgn tgk paras rupa (sangat), yg penting perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 12:36 AM | Show all posts
wat istikharah jekk....


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 12:44 AM | Show all posts
wat istikharah jekk....


(posted by mobile)
kinki Post at 7-3-2010 00:36


yup..
itu sebaiknya..minta petunjuk dr NYA
aku dulu pn gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 12:52 AM | Show all posts
samayang tahajud dolu. baru buat istikarah. moga dpt petunjuk. amin!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 07:51 AM | Show all posts
tajuk thread memang sesuai di sini

tapi isi penceritaannya lebih sesuai di bod masaalah kekasih

sila bukak thread di sana

http://eforum6.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=25
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.276563 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list