|
kumako da postkan cte tu complete at blog kumako..novel2 lain pown ada..lawat n bce n komen plez....
http://ishihara-kumako.blogspot.com/
plez k..kumako nak kumen..klu tak follow pown takpe..but plezz...kumako nak kumen spya dpt improvekan dri kumako...plez3... |
|
|
|
|
|
|
|
*****************************
Liyana kelihatan resah di tempat duduknya. Laptop yang terbuka di depannya tidak diusiknya sejak tadi. Dia cuba untuk bertenang tetapi tidak dapat. Dia takut untuk menghadapi hari esok. Dia kembali duduk menghadap laptopnya. Dia menarik nafas sambil matanya tertutup dan menghembusnya perlahan-lahan. Dia buat lagi sekali dan menghembusnya perlahan-lahan. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia cuba untuk melupakan tentang semua itu. Dalam hatinya dia berfikir " Kalaulah aku hilang ingatan mesti best. Tak payah nak ingat pasal semua benda yang mengarut ni. Tapi kalau aku hilang ingatan....tak dapat aku fikirkan macam mana.. Tak naklah hilang ingatan..Ngeri.." Liyana menggeleng-gelengkan kepalanya.
Di rumah Hakim...
Hakim sudah selesai menjalankan misinya yang pertama sekarang hanya tinggal 2 lagi misi. Dia tersenyum melihat laptopnya itu. Dia tersenyum gembira yang teramat. Dia mengeluarkan handsetnya dari laci bersama wayar handsetnya itu. Dia mencucuk sebelah wayarnya ke laptopnya dan sebelah lagi ke handsetnya. Dia menekan sesuatu di laptopnya. Selepas itu, dia turun ke bawah untuk makan malam. Dia menurun tangga dengan muka yang gembira sekali. Mak Tom yang menyedari keadaan itu bertanya.
"Aqiem, bulan jatuh ke riba ke? Mak Tom tengok Hakim gembira semacam aja. Ada apa-apa ke?" tanya Mak Tom.
"Mana ada Mak Tom, pandai-pandai aja Mak Tom ni." nafi Hakim sambil tersenyum ke arah Mak Tom.
"Iyalah tu, urm..ok lah Mak Tom nak balik ke rumah Mak Tom. Dah pukul 8 malam dah. Jaga diri baik-baik. Kunci pintu rumah sebelum masuk tidur. Dalam rumah ni, cuma aa kau sorang. Kalau ada apa-apa terjadi Mak Tom jugak yang susah." kata Mak Tom lantas beredar dari situ. Hakim menjungkitkan bahunya sedikit dan terus berlalu ke dapur.
Setelah sudah makan malam, Aqiem naik ke biliknya dan terus menuju ke laptop kesayangannya. Dia tersenyum senang melihat handsetnya. Misi ke-2 mesti dijalankan. Itu azamnya. Lantas dia dia mencabut wayar tersebut dan menutup laptopnya. Dia berjalan menuju ke katilnya dan duduk di birai katilnya sambil jarinya rancak menekan handset. Bibirnya masih lagi menguntumkan senyuman yang sukar ditafsirkan. Dia tiba-tiba, mengangkat mukanya memandang tepat ke arah gambar Liyana yang terdapat di atas mejanya. Dia masih lagi mengukirkan senyuman kerana misi ke-2 sudah berjalan. Hanya tinggal lagi 1 misi lagi. Besok tamatlah misinya yang terakhir. Malam itu, Hakim tidur dengan tenang sekali.
********************************
Liyana sedang menyikat rambutnya ketika itu dia berasa tidak sedap hati. Sudah berkali-kali dia menenangkan hatinya tetapi tidak juga tenang. Setelah siap menyikat rambutnya, Liyana turun ke bawah untuk mengambil sarapan pagi. Masa dia hendak menuju ke dapur, dia bertembung dengan ibu bapanya tetapi ibu bapanya hanya berjalan menuju ke kereta masing-masing. Dia hanya melihat ibu bapanya dengan wajah yang sedih. Tidak lama setelah kereta ibu bapanya hilang dari pandangannya, dia lantas menuju ke dapur dan mengambil segelas air milo dan mencapai bungkusan makanannya untuk dibawa ke sekolah. Setelah itu, dia berjalan ke arah Pak Ali yang sedang duduk di ruang tamu.
"Pak Ali, yana pergi dulu. Mungkin yana balik lambat hari ni. Cakap dengan Mak Timah yang yana balik lambat. Okeylah Pak Ali, yana pergi dulu." Yana lantas berlalu pergi keluar dan mengayuh basikalnya ke sekolah yang terletak lebih kurang 5 KM dari rumahnya. Ketika dia sampai di sekolahnya, ramai yang memandang ke arahnya sambil berbisik-bisik dengan rakan-rakannya. Liyana pandang pelik ke arah semua orang.
"Tak kan lah Hakim dah sebarkan gambar aku yang bajet cute tu!! Waaaa...Malunya.." Getus hatinya yana. Pipinya sudah mula merah.
Dia berjalan dengan perlahan menuju ke kelasnya. Ketika dia sampai di hadapan pintu kelasnya dengan automatiknya semua kepala menoleh ke arahnya. Dia tertunduk malu. Dia lihat tempat Hakim tiada orang. Dia dengan perlahan-lahan duduk di tempat duduknya. Mata-mata yang memandangnya masih lagi memandangnya. Dia malu. Teramat malu. Dia mengigit bibirnya menahan rasa malu yang teramat. Tidak sampai 10 minit, Hakim masuk ke kelas tersebut dengan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia memandang tajam ke arah Hakim. Hakim tersenyum ke arahnya. Mata-mata yang memandang Liyana masih lagi memandang dia. Dia rimas! Malu! Tiba-tiba...
"Hi sayang, miss me?" Hakim bertanya begitu kepada Liyana. Terbeliak mata Liyana. Bagaikan nak tersembul. Tekaknya sudah lain macam rasa. Semua orang di dalam kelas tersebut membuat bunyi. Hakim masih lagi terssenyum memandang Liyana. Liyana masih lagi kaku. Gila! Itulah yang terlintas di dalam kepala Liyana.
"Hye, kenapa ni sayang? Sayang sakit ke?" tanya Hakim setelah tidak mendapat respon dari Liyana. Kali ini Liyana terkejut besar.
"Dia panggil aku sayang! Gila! Tak masuk akal betul. Bila masa pulak aku kapel dengan dia." Getus hati yana.
Dia terus keluar menuju ke tandas. Tetapi semua mata masih lagi memandangnya. Dia rimas! Rimas teramat! Di hadapan cermin di dalam tandas dia membasuh mukanya dengan air. Hatinya panas. Dia tidak faham kenapa Hakim panggil dia SAYANG!! Dia tu gila ke apa? Dia menggenggam tangannya. Setelah di cool down sedikit barulah dia keluar dari tandas tersebut. Semua mata yang memandangnya di buat tidak tahu dan tidak nampak. Yang dia tahu, dia hendak tahu kenapa Hakim panggil dia SAYANG! Dia berjalan dengan cepatnya menuju ke kelasnya 5 Zurah. Dia duduk di tempatnya. Hakim masih lagi tersenyum memandangnya. Dia memandang Hakim dengan pandangan membunuh.
"Kau tak kenal lagi siapa aku, Hakim. Kau tersalah pilih api. Aku bukan api yang tidak menyambar tapi aku api yang menyambar orang yang cuba bermain dengan aku. So let's play the game." Ucap Liyana kepada Hakim. Hakim hanya tersenyum sinis.
"Oh yeah?? We see about that." balas Hakim dengan malasnya. Liyana genggam tangannya di bawah meja. Dia mengetap bibirnya.
"Cool down yana. Cool down." pujuk yana kepada dirinya sendiri.
**********************************
"Baik kau bagitahu aku, apa yang kau buat sampai dia orang semua pandang aku dari tadi. Kau pulak kenapa panggil aku sayang? Aku tak pernah bercinta dengan kau dan tak pernah berkapel dengan kau. No and never!" Kata yana dengan marah sekali, dia bagaikan tidak ingat mengenai gambarnya yang bajet comel tersebut. Ketika itu, mereka berdua berada di bangunan belakang sekali. Tepinya padang sekolah.
Hakim membuat muka. Dia memandang padang disebelah bangunan sekolah sebelum menjawab pertanyaan Liyana. Dia memandang muka Liyana. Tepat! Tiba-tiba, Liyana bagaikan terkedu dengan pandang begitu daripada Hakim tetapi dia cuba untuk tidak menampakkannya.
"Kalau nak tahu, balik sekolah ni datang rumah aku."
"Haa..Datang rumah kau? Jangan nak mimpilah. Aku takkan datang rumah kau yang macam neraka tu. Walaupun rumah kau tu 3 tingkat sekalipun aku tak heranlah." Liyana melampiaskan kata-katanya. Hakim masih lagi bertenang.
"Kalau tak nak tahu, tak apa. Aku pun malas nak bagi tahu kau." Kata Hakim dengan muka bosan.
"Ceh.. geramnya aku. Nak aja aku tumbuk-tumbuk mamat gila kat depan aku ni. Biar berkecai." hati yana bermonolog.
"Ok, aku pergi lepas balik sekolah ni." setelah berkata begitu Liyana terus meninggalkan tempat tersebut. Hakim juga begitu.
*************************************
"Cepat baik, kau bagi tahu aku, apa yang kau bagi tahu budak-budak kat sekolah." marah Liyana tanpa sempat Hakim duduk.
"Kalau ye pun nak tahu, sabar-sabarlah sekejap. Belum pun aku duduk kau dah soal." balas Hakim.
"Do i care?? I don't care."
"Aku mana ada bagi tahu budak-budak sekolah tu apa-apa aku just bagi somethinng kat diorang."
"Kau bagi apa dekat dia orang semua?" tanya Liyana masih lagi berbaur marah. Dia terlupa mengenai handset dan gambarnya yang berada di pegangan Hakim.
"Tak kan kau tak ingat kut?" kata Hakim dia mengangkat keningnya. Liyana terdiam sebentar.
Tiba-tiba, wajahnya pucat.
"Kau bagi gambar aku yang bajet comel tu dekat semua orang ke?" tanya Liyana dengan perasaan takut dan gelisah. Dia baru teringat tentang gambar-gambar tersebut.
"Pandai pun, tapi aku tak bagi gambar kau tapi gambar kita."
"Oooo... gambar kita..." Liyana tarik nafas lega. Tiba-tiba dia tersedar..
p/s : nak kumen... da nak abis pown..kumen2.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh bc keseluruhan kt blog...
xsangka hakim mmg suka kt yana..
dan satu lg xsangka diorg akan ditunangkan oleh family diorg..
oppss spoiler lak
well done kumako |
|
|
|
|
|
|
|
thanx mijot.. btw spoiler??? spoilerr knape?? tak pam lerr...hik3.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# kumako
spoiler tu kira bayangan awal la...kira dh tau ending lak...kt blog kumako dh abes cerpen ni tp kt cari belum lg... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo....bru pam..hhehhehee |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|