Puisi nie aku buat bila suatu masa dalam tahun ni jugak 2010. Aku rasa helpless ngan live journey yang aku ambik. Hasil dari pemikiran yang mendalam pasal kehidupan di dunia. Ada lagu yang aku buat. Lepas korang baca then dengar la lagu tu. Kata2 tu pun mempunyai maksud yang dalam gak...
Apalah ada pada aku
kerana semuanya bakal tua
bakal hilang dimamah masa
apalah ada pada masa
kerana sesungguhnya
masa itu hanyalah satu titik
satu titik yang penuh warna
warna yang membentuk sifat
sifat yang membentuk rentetan rencana
dan rentetan rencana cumalah satu titik
titik yang nampak dirasa
titik yang sedih, gembira dan duka
tetapi diluarnya lebih luas
luasnya jutaan cahaya
fikirku belum terasa
aku masih bertitik
dengan titik yang kecik itu