CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3612|Reply: 7

Malaysia mungkin bida kejohanan Piala Dunia 2026

[Copy link]
Post time 15-7-2010 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Kita mungkin bida kejohanan  2026



KUALA LUMPUR - Kelmarin, Menteri Belia danSukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan cadangan menganjurkankejohanan bola sepak Piala Dunia bersama Indonesia.





Semalam, beliau mengumumkan tarikh yang lebih spesifik iaitukedua-dua negara mungkin menawarkan diri sebagai tuan rumah untukkejohanan 2026.


Cadangan beliau ternyata mendapat pelbagai reaksi. Ada yangmenyokong dan ada juga yang memperlekehkan cadangan tersebut, yangdisifatkan hanya 'mimpi' bukannya impian.


Namun, Ahmad Shabery berkata, kejayaan Afrika Selatan menganjurkanPiala Dunia 2010 menjadi inspirasi buat Malaysia dan Indonesia.


''Jika Afrika Selatan mampu menyediakan sebuah pasukan yang kuatuntuk Piala Dunia, mengapa tidak kita negara-negara di rantau AsiaTenggara,'' katanya.


Beliau menghadiri Program Titian Muhibbah dan pengenalan Bandung Games 2010 di sini, semalam.
Hadir sama Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Andi Mallarangeng serta delegasi.


Menurut Ahmad Shabery, sekiranya hajat tersebut dapatdirealisasikan, ini bermakna Malaysia dan Indonesia mempunyai tempoh 16tahun untuk mempersiapkan pasukan bola sepak masing-masing.


Jelasnya, tempoh tersebut cukup panjang untuk membuat persiapan,terutamanya membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapisaingan Piala Dunia.
''Kita mampu membina sebuah pasukan yang kuat. Dengan bajet yangmencukupi, saya yakin kita boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat,''ujarnya.


Beliau berkata, FIFA juga perlu meluaskan skop penganjuran PialaDunia seperti di Asia Tenggara dan tidak hanya bertumpu kepada benuayang memiliki pasukan yang kuat dalam sukan itu.


Sementara itu, Dr. Andi yang diajukan soalan sama berkata, sudahtentu tahap permainan pasukan bola sepak kedua-dua negara perludipertingkatkan, sebelum bersedia untuk menjadi penganjur Piala Dunia.


''Buat masa ini, tahap permainan bola sepak di rantau ini masihterlalu rendah dan banyak usaha yang perlu dilakukan untuk membangunkansukan tersebut di Asia Tenggara,'' katanya.


Menurut beliau, perundingan dengan Kerajaan Malaysia juga perludiadakan bagi mencapai kata sepakat dalam usaha untuk melobi menjadipenganjur Piala Dunia kepada FIFA.


kuatkan pasukan kebangsaan dulu....baru anjur...kalau tak...bikin malu aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 12:40 PM | Show all posts
Masalahnya FIFA tak benarkan join bidding lagi dah.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 01:17 PM | Show all posts
sapa ada adik2 yg lahir tahun 2000 sampai 2008 elok train betul2 basic skill bola ni..

jgn sembang gegar je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 04:24 PM | Show all posts
aku nak train betul2 kali nilahh :@
-tp 2026 umur dah 40
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 09:10 PM | Show all posts
roger milla 42 tahun steady jah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 05:34 PM | Show all posts
shabery bahalol jangan nak malukan Malaysia la !!

Kalau tak pernah layak ke piala dunia apahal nak sibuk jadi tuan rumah pulak ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2010 03:13 PM | Show all posts
apa ke bodo duk banding ngan pasukan afrika selatan.. SA tuh sah2 antara pasukan terkuat di benua afrika.. pastu pnah main world cup sebelum jd tuan rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 12:12 AM | Show all posts
Tak ada apa yang hebat pun sekadar jadi tuan rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049310 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list