View: 5300|Reply: 11
|
Peguam Maut Kereta Terjunam Ke Laut
[Copy link]
|
|
PULAU PINANG, 15 Julai (Bernama) -- Seorang peguam maut apabila kenderaan jenis BMW 5 siri berwarna putih yang dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut di Teluk Tempoyak, Batu Maung, di sini hari ini.
Mangsa, Anuar Sulaiman, 37, maut dipercayai akibat lemas kerana terperangkap di dalam kereta yang terjunam ke dalam laut itu.
Pegawai Turus Traffik negeri, ASP Ahmad Ezzely Razali berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Teluk Tempoyak menghala ke Bayan Lepas dan telah berpatah semula untuk mengambil telefon bimbit yang dipercayai tertinggal di rumahnya.
"Kereta yang dipandu oleh mangsa hilang kawalan di kawasan selekoh dan berbukit lalu merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut," katanya kepada pemberita, di sini, hari Khamis.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa yang bersendirian dipercayai memandu secara laju berdasarkan tiada kesan brek yang kelihatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan telah disahkan mati lemas oleh pakar patology Dato Dr Bhapuhinder Singh.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=513994
Mcm mana leh terbabas kt selekoh sampai boleh masuk laut.....rasanya kt situ mana boleh nak speed....jalan pun sempit ja...al-fatihah untuk arwah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni husband member aku...
dorg baru je kawin last yr bln 5 n de baby 3months...
al-fatihah untuk arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# shazm85
kesiannya, baby kecik lagi, moga wife dia tabah,
takziah, innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
penah pegi teluk tempoyak tu..mmg jalan kecik n berliku camne bole speed..
tp dah ajal dia...al-fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan teluk tempoyak tu bahaya, kecik je jalan die.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# matbuq
arwah ni kawan husband saya, kita org pun terkejut dengar berita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH |
|
|
|
|
|
|
|
seriau sgt bc org eksiden.. kdg2 jalan yg kita pnah lalu lak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mimpi semalam yg arwah da tanam duit hampir 10J...
adakah benar mimpi2ku ini.. hahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
My condolences for the family and the family suffered a tremendous loss.
This is why it is VERY important for us to take up insurance to protect our loved ones from financial losses as the the baby is only 3 months old.
In general to take care of that baby would need at least RM 1K/mth, RM 12K / year, RM 240K for 20 years. (Milk, diapers, nanny, Tuitions, food, clothing, etc)
That does not even include setting aside savings for his/her education when he/she grows up.
Regards,
Roy Steven Ung
Email: [email protected]
Prudential Assurance (M) Bhd
Prudential BSN Takaful Bhd
KWSP Penang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|