CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 1

[Kelantan] Masjid Kampung Laut dicalon warisan dunia

[Copy link]
Post time 16-10-2021 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Masjid Kampung Laut dicalon warisan duniaOktober 16, 2021 @ 12:02am


ECERDC mencalonkan Masjid Kampung Laut sebagai objek warisan dunia.



TUMPAT: Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 tahun dan pembangunan Kampung Laut sebagai kampung warisan dekat sini, dicalonkan sebagai objek dan tapak warisan kebangsaan.

Ia seterusnya bakal diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berkata, pencalonan itu satu perancangan jangka panjang bertujuan menjadikan Kampung Laut sebagai pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi 'mesti lawat' di Kelantan.

Katanya, projek pembangunan semula kampung berkenaan dilaksanakan di bawah ECERDC bertujuan menjana ekonomi menerusi aktiviti pelancongan, membantu penduduk tempatan meneruskan aktiviti ekonomi lain yang terjejas akibat pandemik COVID-19, sekali gus menjana semula pertumbuhan sosioekonomi di kawasan sekitar.

Pengurus Besar Pejabat ECERDC Kelantan, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, keistimewaan projek itu adalah pembangunan mampan yang turut meraikan dan memelihara budaya, warisan dan tradisi kampung tempatan.

"Kampung Laut bakal menjadi muzium hidup bagi masyarakat setempat berpeluang menjana pendapatan melalui aktiviti kebudayaan seperti persembahan wayang kulit dan permainan wau.

"Usaha ini akan menyuburkan kembali minat generasi muda menghidupkan kembali aktiviti kebudayaan seumpama ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, projek pembangunan semula Kampung Laut turut merangkumi Laman Warisan Seni yang dijangka siap awal tahun depan dan akan menyediakan ruang menjual produk tempatan seperti batik, wau dan kraftangan kepada 12 pengusaha.

Sementara itu, ECERDC dalam kenyataan sama memaklumkan Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah mengetuai delegasi ke Kelantan sebagai sebahagian daripada Program Jelajah Belanjawan 2022 hari ini.

Program jelajah itu melawat Laman Warisan Serunding Kampung Laut yang juga sebahagian daripada projek pembangunan semula kampung itu.

"Penyiapan Laman Warisan Serunding Kampung Laut ini bertepatan masanya dengan kebenaran merentas negeri yang diumumkan baru-baru ini, setelah hampir setahun sempadan negeri ditutup dan menjejaskan sektor pelancongan.

"Saya berbangga kerana ECERDC berpandangan jauh dan meneruskan projek seperti dirancang walaupun sewaktu pandemik kerana ia akan memastikan momentum pembangunan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tidak terjejas dan mewujudkan peluang pekerjaan serta keusahawanan baharu kepada masyarakat setempat," kata Mohd Shahar. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2021 04:02 PM | Show all posts
This is a good news. Good job ECERDC.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.393385 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list