CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Kelantan] Vaksinasi belum lengkap tiga dikompaun cuba rentas negeri

[Copy link]
Post time 19-10-2021 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Vaksinasi belum lengkap tiga dikompaun cuba rentas negeri[size=0.8][size=0.9]Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my


Keadaan semasa aliran trafik dari udara di Jalan besar Kubang Kerian menuju ke pusat bandar. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR





Kota Bharu: Tiga individu dikompaun RM2,000 seorang selepas dikesan cuba merentas negeri untuk pulang ke Kelantan walaupun tidak lengkap vaksin Covid-19 di sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Puteh dan Machang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati, tiga individu itu sudah mengambil vaksin Covid-19 bagi dos pertama dan menunggu untuk suntikan dos kedua.

Beliau berkata, di SJR di Pasir Puteh, pihaknya mengesan satu kes, manakala sekatan secara rambang di Machang mengesan dua individu.

"Mereka mencuba nasib untuk pulang ke kampung walaupun tidak lengkap divaksinasi, namun polis dapat mengesannya.

"Bagi kes di Pasir Puteh, mereka tidak akan terlepas kerana anggota di lokasi itu bertugas secara bergilir-gilir bagi tempoh 24 jam, manakala dua individu itu terlepas pulang dengan memasuki Gua Musang, Kuala Krai sebelum dapat dikesan polis di Machang.

"Kita tidak akan berkompromi apabila memberi kompaun serta-merta dan mengarahkan mereka supaya berpatah balik ke destinasi asal," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Shafien berkata, keadaan trafik di Kelantan tidak banyak berubah dan terkawal seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya mengatur perjalanan mereka untuk mengelakkan kesesakan.

Selain itu, katanya, mereka dinasihatkan sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) dan menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu.

Disiarkan pada: Oktober 19, 2021 @ 8:02pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.518593 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list