CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1006|Reply: 0

[Kelantan] Balun ayah OKU dengan kayu hanya kerana RM10

[Copy link]
Post time 24-10-2021 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Balun ayah OKU dengan kayu hanya kerana RM10[size=0.8]Oleh Hidayatidayu Razali - Oktober 24, 2021 @ 4:07pmbhnews@bh.com.my



BACHOK: Seorang warga emas berusia 62 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) diserang dengan kayu oleh anak lelakinya hanya kerana tidak memberikan wang RM10 yang diminta untuk membeli makanan.

Warga emas itu dipukul bertalu-talu dengan kayu oleh anaknya yang berusia 34 tahun sehingga berdarah dan patah tangan dalam kejadian jam 11 pagi di hadapan rumah mereka di Kampung Dusun Durian, Bekelam di sini, pada 17 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa cedera termasuk patah pergelangan tangan kanan dan luka di kepala kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Machang.

Katanya, warga emas itu juga menerima sembilan jahitan di kepala.

"Kejadian disedari oleh anak lelaki mangsa berusia 32 tahun yang ketika insiden berada di Kedai Lalat, Kota Bharu. Anak lelaki mangsa itu mendapat panggilan daripada abangnya yang juga suspek kejadian yang memaklumkan dia memukul ayah mereka.

"Anak lelaki mangsa terus pulang ke rumah untuk melihat keadaan ayahnya dan mendapati warga emas itu cedera akibat dipukul. Lelaki itu terus membawa ayahnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad Ismail berkata, laporan polis dibuat lambat iaitu Khamis lalu berikutan ayahnya simpati dengan suspek dan bimbang anaknya itu akan ditangkap oleh polis.

Selepas dipujuk dan bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan.

Beliau berkata, susulan laporan itu, suspek ditahan pada jam 5 petang Khamis lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326/ 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

"Polis juga merampas kayu yang digunakan suspek dan mendapati ia patah dua dipercayai selepas digunakan untuk memukul mangsa.

"Hasil semakan, mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah tetapi hasil ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah," katanya.

Menurut beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula kelmarin sehingga Khamis ini.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046991 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list