View: 1421|Reply: 1
|
RNF Racing, Barracuda jalin kerjasama
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pasukan MotoGP WithU RNF Racing berbesar hati mengumumkan menandatangani perjanjian dengan aksesori motosikal terkemuka Itali, Barracuda bagi memantapkan lagi persiapan menjelang perlumbaan musim depan.
Barracuda menjadi salah satu penaja perintis dengan pasukan sekarang (Petronas Yamaha SRT) dari 2019 dan menyumbang kepada kejayaan yang dicapai oleh pasukan.
Sejak penubuhannya pada 2002, Barracuda sentiasa tampil dengan reka bentuk baharu dan menawarkan penyelesaian serta perkhidmatan teknikal terbaik kepada penggunanya.
Menurut pengasas dan prinsipal pasukan WithU RNF, Datuk Razlan Razali, mereka teruja dapat berkerjasama dengan Alessandro Giardina dan mengagumi ketekunan pihak berkenaan dalam sejarah industri pemotoran.
"Kami bangga dan teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami Barracuda. Sejak saya bertemu Giardina, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Barracuda pada tahun 2019, kami berkongsi semangat dan dorongan yang sama, iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam apa yang kami lakukan.
"Mengambil kira keghairahan itu, kami bergabung tenaga untuk membawa bahagian berkualiti tinggi bagi jentera kami. Kejayaan kami adalah kejayaan mereka dan kami gembira dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh Giardina dan syarikatnya untuk meneruskan perjalanan ini bersama kami.
"Kerjasama ini tidak mungkin datang pada masa yang lebih baik kerana kami bersedia untuk pengembaraan baharu dalam kelas utama Kejuaraan Dunia akan datang pada 2022.
"Produk Barracuda direka dengan penuh terperinci dan bertujuan semata-mata untuk menghasilkan kualiti terbaik, dan dilengkapi dengan pasukan yang bersedia untuk menawarkan khidmat nasihat.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kembali Giardina dan pasukannya, bersama-sama kami agar dapat bersaing di dengan menghasilkan prestasi terbaik untuk musim akan datang," kata Razlan.
WithU RNF Racing akan menggunakan khidmat penunggang berpengalaman, Andrea Dovizioso dan pelumba Moto3, Darryn Binder bagi bersaing di kelas perdana musim depan, dengan jentera Yamaha YZR-M1 menjadi taruhan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uda-jalin-kerjasama
|
|
|
|
|
|
|
|
CEO Barracuda, Alessandro Giardina (kiri) bersama Razlan. FOTO Ihsan WithU RNF Racing |
|
|
|
|
|
|
| |
|