CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3374|Reply: 0

‘Muzium Terbang’ Pertama Di Dunia

[Copy link]
Post time 7-11-2021 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Arab Saudi Bakal Melancarkan ‘Muzium Terbang’ Pertama Di Dunia Tidak Lama Lagi



Tidak hanya bergantung kepada industri petroleum, kini Arab Saudi beralih kepada sektor pelancongan dan bakal melancarkan ‘muzium terbang’ pertama di dunia yang akan dibina di dalam kawasan bekas kilang minyak di Al-Ula.

Menurut laporan dari Arab News, ‘muzium terbang’ ini bakal menyajikan pengunjung dengan pameran arkeologi yang akan memaparkan pelbagai koleksi replika dan artifak yang ditemui di Al-Ula melalui kapal terbang dari Kota Riyadh ke Kota Purba Al-Ula.



Muzium terbang ini adalah projek kerjasama antara Suruhanjaya Diraja Al-Ula dan syarikat penerbangan Arab Saudi.

Pengunjung juga boleh menonton dokumentari Discovery Channel yang bertajuk “Architects of Ancient Arabia’ yang dikeluarkan pada tahun ini. Pengarah Penyelidikan Arkeologi dan Warisan Budaya, Rebecca Foote berkata, pihak muzium juga akan memberikan penerangan tentang pengenalan dan juga penjelasan mengenai artifak yang dipamerkan di situ.


“Al-Ula adalah satu permata yang tersembunyi di Jazirah Arab dan kami akan perlahan-lahan menemui rahsianya. Kami juga berharap agar kami dapat berkongsi lebih banyak lagi maklumat mengenai kerja kami dengan pengunjung yang membuat lawatan ke ‘Museum In The Sky’ yang dikendalikan oleh Arab Saudi ini.” kata Foote.

Muzium Dengan Pameran Arkeologi Terbesar Di Dunia



Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Al-Ula, Philip Jones berkata, muzium tersebut juga akan menekankan kepentingan kerja-kerja arkeologi yang dijalankan di Al-Ula. Tambahnya lagi, ia adalah program arkeologi yang terbesar di dunia setakat ini.

Dia amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan pasukan Arab Saudi dan mengalu-alukan semua pengunjung yang akan mengunjungi muzium tersebut tidak lama lagi.



Naib Presiden Komunikasi Arab Saudi, Khaled Tash pula berkata, ‘muzium terbang’ itu adalah kesinambungan daripada kerjasama berterusan bagi mengetengahkan lagi warisan berharga Al-Ula dan mempromosikannya ke peringkat global sebagai destinasi pelancongan yang terbaik.

Al-Ula sendiri merupakan tapak bersejarah yang menawarkan pelabagai aktiviti sepanjang tahun dan amat mengalu-alukan kedatangan pengunjung tempatan dan juga antarabangsa.

Buat julung-julung kalinya, ‘muzium terbang’ ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menempah tiket bagi melawat Al-Hijr iaitu mercu tanda pertama di Arab Saudi yang berdaftar dengan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Sumber:https://murai.my/2021/130646/ara ... ia-tidak-lama-lagi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 1.379129 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list