CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 0

India 'dibuka semula' selepas 'tutup' 20 bulan

[Copy link]
Post time 16-11-2021 09:48 AM | Show all posts |Read mode
   

TAJ Mahal. FOTO AFP



New Delhi: Selepas sekatan selama 20 bulan akibat Covid-19, India membuka pintu sempadannya kepada pelancong asing daripada negara dengan perjanjian timbal balik.

Pengendali pelancongan berkata, bagaimanapun, permintaan adalah kurang mendapat sambutan disebabkan harga tiket yang tinggi dan sekatan ke atas pelancong dari Britain, China dan negara lain, lapor AFP.

Negara yang terkenal dengan Taj Mahal, istana gurun dan rizab harimau menyekat kemasukan semua pelancong asing pada Mac 2020 ketika wabak berkenaan semakin meruncing.

Kerajaan negara itu mengumumkan kelonggaran selepas menerima tekanan daripada industri yang menjadi penyumbang penting ekonomi India.

Visa pelancong dikeluarkan untuk warga asing yang divaksin sepenuhnya dari negara dengan aturan timbal balik yang tiba dengan mulai 15 Oktober lalu dengan 500,000 visa pertama diberi percuma.



Pelawat dari negara yang dibenarkan boleh mendapatkan visa pelancong dalam talian dan hanya perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari selepas ketibaan.

Tetapi pelancong dari Britain, Eropah, China, Brazil, Afrika Selatan dan negara lain tertakluk

kepada langkah tambahan termasuk ujian Covid-19 semasa ketibaan.

Presiden Persatuan Pengusaha Pelancong India, Rajeev Mehra berkata pihaknya menjangkakan kehadiran pelancong kira-kira lima peratus berbanding sebelumnya, untuk tempoh beberapa bulan akan datang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 1.045079 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list