CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 0

Delhi arah sekolah ditutup

[Copy link]
Post time 17-11-2021 02:40 PM | Show all posts |Read mode

KABUS tebal akibat pencemaran udara di New Delhi. FOTO AFP



New Delhi: Delhi mengarahkan semua sekolah ditutup sehingga satu tarikh ditetapkan, susulan pencemaran udara yang mencapai tahap bahaya.

Selain itu, pihak berkuasa meminta pekerja bekerja dari rumah dan mengharamkan trak daripada memasuki ibu negara India itu.

Pada Sabtu, kerajaan mengarahkan semua sekolah ditutup untuk seminggu dan mengharamkan kerja pembinaan selama empat hari.

Namun ketika perintah itu diumumkan pada lewat Selasa, Suruhanjaya Pengurusan Kualiti Udara berkata, semua institusi pendidikan perlu ditutup sehingga satu tarikh ditetapkan kemudian.

Lori, kecuali yang membawa barangan keperluan diharamkan daripada memasuki ibu negara sehingga 21 November dan kebanyakan kerja pembinaan ditangguhkan.



Alat antikabus dan penyembur air beroperasi di lokasi hotspot, sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Enam daripada 11 stesen tenaga termal dalam jarak 300 kilometer radius diarahkan untuk menghentikan operasi secara sementara.

Suruhanjaya itu juga meminta sekurang-kurangnya 50 peratus daripada tenaga kerja di sektor awam untuk bekerja dari rumah dan menggesa pihak swasta melaksanakan langkah sama.


Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 2:03pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.714957 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list