View: 2019|Reply: 3
|
Taman Tema MAPS Kini Terbengkalai, Dipenuhi Semak Samun
[Copy link]
|
|
Bakal Jadi Seperti Mimaland? Taman Tema MAPS Kini Terbengkalai, Dipenuhi Semak Samun
Taman tema yang hanya beroperasi hampir tiga tahun itu telah ditinggalkan begitu sahaja
Suatu ketika dahulu buat mereka yang lahir pada era 80-an dan awal 90-an pasti tahu akan taman tema Malaysia In Miniature Land atau lebih dikenali sebagai Mimaland yang sudah lama ditutup.
MAPS Dipenuhi Semak- Samun
Untuk info, Mimaland tersebut telah pun dipenuhi dengan semak samun malah turut mengubah landskap asalnya. Kini nasib yang sama juga dikatakan akan dialami oleh taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak. Manakan tidak, berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter @viralperak kawasan persekitaran MAPS mula ditumbuhi rumput-rumput liar dan dipenuhi dengan semak samun.
Ramai Yang Terkejut
Dikhabarkan, sejak ditutup pada Januari 2020 taman tema yang hanya beroperasi hampir tiga tahun itu telah ditinggalkan begitu sahaja dan rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut melihat foto terkini MAPS yang begitu menyedihkan.
Ada diantara mereka turut berkongsi pengalaman berkunjung ke taman tema ini dan berharap ia akan dibuka semula termasuk di bawah pengurusan yang baharu.
Sumber:https://murai.my/2021/131924/maps-ipoh-perak-terkini/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tutup sbb pandemik.. baru bukak, takde fulus kot nak maintain.. |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya..mohon dijaga & opkos murahkkan la harga tiket |
|
|
|
|
|
|
| |
|