View: 1350|Reply: 5
|
Terjumpa Duit Simpanan Dalam Pasu, Anak ‘Kantoikan’ Rahsia Ayah
[Copy link]
|
|
Terjumpa Duit Simpanan Dalam Pasu, Anak ‘Kantoikan’ Rahsia Ayah
Biasanya setiap orang mesti mempunyai satu tempat yang lain untuk menyimpan sedikit sebanyak duit simpanan mereka tanpa pengetahuan orang lain.
Tempat penyimpanan tersebut berkemungkinan sesuatu tempat yang langsung tidak disangka dan jika ianya diketahui orang lain, ianya mungkin akan menjadi satu bahan lawak atau kelakar.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang berada di Guangxi, China apabila salah satu tempat penyimpanan duitnya telah diketahui oleh seluruh keluarga gara-gara perbuatan anak perempuannya.
Al-kisahnya, anak perempuannya gemar melakukan senaman dalam rumah mereka. Namun, pada satu hari, anak perempuan mereka secara tidak sengaja telah terpecahkan pasu besar di ruang tamu.
Bagaimanapun, anak perempuan mereka yang berasa kesal dengan kejadian tersebut turut terkejut apabila menemui sejumlah duit yang tersimpan dalam pasu itu.
Difahamkan, pada ketika itu, ibunya sedang berada di dalam bilik dan baru bangun dari tidur.
“Saya tengah duduk dalam bilik tidur. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi kaca yang kuat datang dari ruang tamu. Kemudian, saya terus turun dari katil dan berlari keluar bilik. Saya nampak pasu telah pecah dan duit yang banyak.
“Tanpa membuang masa, saya mesej suami dan minta dia pulang dengan kadar segera. Ekspresi wajahnya berubah sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah,” kata si isteri.
Menurut isteri kepada lelaki terbabit, dia menghabiskan masa untuk mengira duit simpanan tersebut dan didapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5,000 Yuan (lebih kurang RM3,000).
Tanpa disedari, rahsia suaminya telah diketahui oleh si isteri bahawa dia menyimpan duit simpanan dalam pasu tersebut selama 13 tahun, bermula pada 2006 sewaktu pasangan terbabit membeli rumah berkenaan.
Apabila rahsia si suami terbongkar, dia pun menceritakan perkara yang sebenar kepada isterinya. Walaupun si isteri tidak mengambil hati, namun dia menganggap perkara itu agak kelakar.
Isterinya sempat memerli suaminya dengan berkata lebih 10 tahun kumpul duit simpanan, tetapi dia cuma dapat menyimpan beberapa ribu Yuan sahaja. Memetik laporan portal Nangtime.
sUMBER:https://iamlejen.com/terjumpa-du ... -ayah/#.YZ3c8KJBxhE
|
|
|
|
|
|
|
|
ganjil sikit je kumpol smpai 13 tahun...3k jee
kt mesia duit rm42 juta ( 63728295.20 yuan) tetiba muncul dlm akaun...lg syok owner punn claim xtau dtg dr mn...pastu dia blanje abis...smpai bank pun x coll mintak refund |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik duit simpanan, bukan duit rasyuah..
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat kisah bini polis update story, basuh unifom laki jumpa duit... hampir hari2 jupe duit..
bodoh nya, tak terlintas ke di pikiran duit apa tu... lg mau cerita dlm medsos |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ler tu nak jugak dia menyimpan duit buat membazirkannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|